Skip to main content

MASING-MASING

Politik tengah rancak. Harga emas tengah turun. Madinah makin panas. Hati bertambah rindu. Tengok, semua benda tersebut masing - masing tidak mempunyai kaitan dengan yang masing - masing. Masing - masing punya isu tersendiri dan pengolahannya yang tersendiri. Sebagaimana hidup seseorang. Masing masing punyai agenda masing - masing.

Banyak kan masing - masing? Biasalah, masing - masing ada cara masing - masing. Ikut citarasa individu masing - masing untuk penggunaanya. Politik tanah air makin panas. Siap ada markaz partis yang kena bom lagi. Dah macam movie pula lagak politik di Malaysia. Penuh dengan konspirasi. Sehingga siap ada khabar angin mengatakan sampai berpuluh billion duit digunakan untuk berkempen. Kalau betul sampai berbuluh billion. Sah, ini gila!!

Sementara politik tengah rancak dan hangat membara, pengerusi Public Gold menyarankan agar sesiapa yang punya duit lebih untuk membeli emas. Dikatakan harga emas turun mendadak sejak dari tahun 90 an. Mungkin dia juga ada dengar khabar angin perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen tu mencecah puluhan billion. Beli emas ni elok untuk simpanan bagi aku. Tapi make sure duit untuk beli tu adalah duit lebihan yang memang dikhaskan untuk menabung. Jangan sesekali terkejar untuk membeli emas sehinga duit untuk keperluan licin. Utamakan keperluan dari kehendak. Prinsip ekonomi asas.

Politik rancak, harga emas mendadaknya turun. Madinah menggelegak kepanasan. Menggelegak? Tidak lah sampai menggelegak, tapi cukup untuk menggambarkan yang Madinah sekarang ini semakin panas dari hari ke hari. Hari ke hari menuju musim panas. Suhu sekitar 30 - 33 darjah celcius. Mungkin terlalu panas untuk orang yang sekarang ini berada di Dublin.  Kan FA? Haha. Dikhabarkan juga tiadanya shortsem untuk tahun ni di Universiti Islam Madinah disebabkan tarikh puasa Ramadhan terlalu hampir dengan tempoh pembelajaran. Hmmm.. no shortsem.

Hari - hari yang semakin panas. Panas juga kah hati ini dengan rindu.? Itu soal hati, hanya empunya hati yang tahu bagaimana situasi dan keadaan. Undercontrol atau pun overcontrol. Rindu itu adalah satu anugerah sebagaimana satu lirik lagu nasyid. Empunya rindu perlu tahu cara manage rindu dengan baik. Perlu tahu cara untuk menjinakkannya. Kadang - kadang rindu itu perlu disuntik dengan pelali agar jangan terlalu buas. Kadang - kadang perlu disebat pedih agar jangan terlalu memberontak. Kadang - kadang perlu jumpa pakar kaunseling agar lebih motivate. Tidak begitu FA?

Comments

  1. baru tau yang madinah makin panas.. alert juga yang emas dah turun.. masih hold dari beli emas..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.