Di sini aku nak untuk ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat seorang sahabat jauh di malaysia sana. Seorang blogger yang famous dengan panggilan ostad jiji. Pemilik blog Nesloo. Mohamad Azizi Azahazuhari. Nama dia setakat Azizi je, yang belakang tu nama bapa dia. Haha. Tuannya handsome. Cute. Pakai spec. Body tough mengalahkan Justin Bibir. Dulu la tough. Sekarang ni tak tahu la macam mana.. haha.. maybe tough juga. Tapi bentuk je lain.
Tak banyak aku tahu pasal dia ni. Aku cuma first kenal dia masa zaman sekolah menengah. Masa aku form 1 tu dia dah form 4. So, aku tak kenal sangat la brader ni. Lagipun masa kat sekolah dulu. Dia ni taiko. Semua junior kalau boleh tak nak terserempak dengan dia. Garang sangat. Kalau lalu ikut dorm number 104 masa tu, sah la.. akan ada suara memanggil dari dalam bilik tu.. " Woiii budak, masuk sini kejap.!! ". Abang taiko panggil, takkan buat derk je kan budak - budak tu. Haha
Biasa budak tu akan masuk, kalau berdua, sorang akan tunggu kat luar. Setia. Sorang lagi akan masuk. Dalam 5 minit selepas tu budak tu keluar la. Tak pukul. Taiko tak pukul orang. Muka je garang. Haha. Tapi muka budak tu nampak sedih gila la. Kat tangan dia ada pencebuk air yang geng - geng taiko ni buat mandi. Kitorang panggil dulu nama 'gayung'. Kalau ikut maksud kamus dewan tu, memang betul la gayung tu pencebuk air.
Kalau budak tu bimbit gayung keluar bilik, sah la yang dia ni kena paksa ambil air minum kat kantin tu. Hot chocolate, hot latte, hot mocha, horlick panas. Semua ikut menu masing - masing. Geng geng taiko ni dah tahu yang budak lalu kat depan bilik diorang tu kebanyakannya yang hendak pergi minum or makan kat kantin tu. Jadi, geng taiko ni malas sikit. Nak jadi macam raja. Semua orang datang bawa depan mata je... baru nak makan. Hahaha. Nama lagi taiko kan..?
Tu minuman. Makanan pun sama. Siap order lagi kat budak - budak ni suruh bawa tray dari kantin tu bawa kat bilik. Satu tray untuk 2 orang biasanya. Jimat space. Sian kat pekerja - pekerja kantin. Nak marah budak tu, budak tu jadi mangsa taiko. Nanti diorang pula kena marah dengan ustaz sebab bagi izin student bawa tray makanan masuk bilik. Haha. Itu salah satu tabiat taiko la. Banyak lagi, kalau nak citer panjang sangat. Boleh buat novel kot. Tapi, taiko memang gangster sangat dulu. Siap ada orang culik dia lagi dengan kereta... Nasib baik la taiko ni ahli Silat Gayong, dia buka pintu kereta, terus lompat dari kereta masa kereta tu bergerak. Haih.. berani nak culik taiko.
Nak katakan jodoh, aku jumpa la taiko ni kat Mesir. Kebetulan satu rumah pula. Rumah tu ada 5 tingkat. Power kan rumah kat mesir. 5 tingkat main - main je rumah kat sana. Kebetulan atau pun takdir katakan, aku menetap di tingkat 4 sama - sama dengan taiko ni. Alamakkk.. nanti taiko buli aku. Cuakkk juga. Tapi, aku dengan taiko tak kenal sangat pun masa tu. Setakat main jeling jeling mata je. Aku pun banyak habiskan sisa masa aku kat tingkat 3. Menumpang kasih bilik orang lain sementara proses mengenali taiko dengan lebih dekat. Aku ada dengar taiko cakap muka aku sombong gilaa.. Haha.. Taiko masa first time tengok aku la tuu..
Sebulan, dua dan tiga bulan berlalu... aku tak sedar yang aku dan taiko dah kamcing. Tak tahu la taiko jampi aku apa dia sampai boleh jadi kamcing macam tu. Taiko ni nampak je macam tu. Kadang kadang unpredictable. Haha. Tapi, aku kat mesir tak sampai setahun je sempat dengan taiko ni. Taiko senior. So, dia grad awal la daripada aku. Aku pun kat mesir setahun je, terbang pergi cari FA pula... rasa tak best pun ada bila tak ada taiko. Tu aku blah awal tu. Grad pun tak masa kat sana. Haha.
Before balik tu.. aku sempat plan lagi dengan taiko sempena birthday dia. Birthday dia dengan aku tak sampai sebulan pun beza. So, kitorang plan nak celebrate sama - sama. Kat rumah kitorang masa kat Egypt dulu, siapa punya birthday, dia patut buat majlis kesyukuran untuk bagi makan kat semua penghuni rumah 5 tingkat tu. Satu tingkat 3 orang. So, dalam 15 orang juga. Biasa budak ni setakat masak nasi 2 periuk, lepas tu beli ayam bakar dua tiga empat ekor je. Dah nampak grand dah. Tapi, aku dengan taiko ni nak buat lain dari yang lain.
Aku dan taiko share duit sama - sama. Kitorang plan nak bawa pergi makan kat luar. Pergi makan nasi dengan kambing bakar putar kat restoran Arab. Restoran Yaman kalau tak silap hari tu. Nampak superdupergrand la kalau nak compare dengan ayam bakar tu. Tapi, budak budak rumah kitorang tu, memang dah sedia maklum yang perut diorang ibarat tong sampah. Tak main la setakat penuh je. Mesti nak melimpah ruah sampai tumpah - tumpah kat luar tu. Tak nak kenyang biasa - biasa je. Harga pun tak biasa biasa la. Perut bodoh kalau bahasa kasar. Harga pun boleh tahan kasar. Haha. So macam mana taiko tahun ni? Ada plan nak belanja bekas bekas penghuni rumah 5 tingkat ke tahun ni? Belanja dengna package kenduri kawin je lah eh..? haha
hahahaa..cilakak..dalam2 n3 ntuk aku..bo2 aku nk tersentuh hati..ado cito adik ipar jgk deh..
ReplyDeletewahwahwah kemain la Taiko. syok je jadi taiko. makan,minum semue boleh buli bebudak junior =P
ReplyDeleteehem~ wahwahwah senyum sampai xleh tido la Farah Alisya kat Dublin sane tu =P