Skip to main content

Posts

LATA MAWO : SATU LAGI 'HIDDEN GEM' DI JELI?

Lata Mawo, Jeli. Belum lagi ramai pengunjung. Selepas pulang dari hiking Bukit Salor baru-baru ini , guide aku, Kak Adah telah buat satu deal untuk masuk ke Lata Mawo dengan kenalannya. Katanya tempat ini baru sangat dijumpai oleh orang tempatan. Aku cakap okay saja memandangkan hari masih lagi cerah dan panjang. Lata Mawo. Tak pernah dengar. Cantik ke? Menarik ke? Itu pertanyaan yang buat aku jadi bertambah nak masuk tengok macam mana rupanya. Mungkin boleh jadi antara salah satu tempat menarik di Jeli dan juga tempat menarik di Kelantan. Untuk masuk ke tempat ini, perlu menggunakan powil ( four wheel ) atau pick-up truck . Jalan balak dan dan kena menaiki bukit. Ada lopak air dan kena melintasi anak sungai. Kalau pergi dengan kereta Iswara, memang jahanam la kereta. Lagi-lagi kereta tu lowered. Powil yang digunakan untuk mengangkut pengunjung. Jalannya masuk ke Kampung Batu Melintang. Terus sahaja menuju ke Empangan Pergau dan simpangnya sebelah kanan sebelum sampai di Empangan Perga

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

REVIEW MOTOSIKAL YAMAHA NVX

Yamaha NVX Terima kasih kepada kawan saya, Faiz Che Khalid yang sudi bagi motor Yamaha NVX untuk dipandu uji. Motor ini sudah diubah suai. Tukar CDI, tukar brake disc depan, tukar seat, tukar ekzos, side mirror di bawah, tukar cover set dan macam-macam lagi. Banyak ubah suai? Katanya, engineer Yamaha tak pandai. Biar dia modify sendiri. Tapi akhirnya tetap jadi NVX bukan Harley Davidson. Katanya dah habis RM 4000 ribu untuk ubah suai ni. Top speed setakat 107km/h sahaja. Tak laju walaupun dah habis throttle. Penggunaan petrol turun 2 bar untuk perjalanan dari Pasir Mas - Nilam Puri - Pasir Mas. Sedikit berayun, bergoyang dan tidak stabil bila cecah kelajuan 90km sejam. Pickup motor ni terbaik. Selamba potong myvi di trafic light. Ada rasa yakin yang tinggi bila nak potong trailer. Seat selesa. Ada span di bawah punggung dengan tempat bersandar di bahagian pinggang. Kalau perjalanan jarak jauh, mungkin selesa dan punggung tidak cramp. Part side mirror paling menyampah. Pertama kali amb

4 TIPS CAMPING DI PULAU RHU, TERENGGANU

Nun di sana 'view' Bukit Kluang Siapa sangka, pulau yang nampak dengan jelas bila berada di puncak Bukit Kluang itu adalah Pulau Rhu yang boleh tahan cantik dan sangat sesuai untuk berkhemah atau camping. Biasanya, semua orang mesti perasan akan sebuah pulau yang sangat dekat dengan Pantai Bukit Kluang. Itulah Pulau Rhu. . Tak tahu Bukit Kluang? Bukit Kluang terletak di Besut, Terengganu. Tak tahu di mana Terengganu? Ternyata anda adalah seorang anak Alien! . Bagi penggemar camping, ini adalah satu port yang sangat sesuai kerana tempatnya banyak dengan pokok Rhu. Mana-mana tempat boleh hampar khemah dan gantung hammock dengan angin pantai yang lembut membelai wajah, bertentangan pulau dengan pemandangan Bukit Kluang. Ahhh.. memang memukau. . Untuk ke tempat ini, hanya boleh sampai dengan bot dengan bayaran RM 20 untuk pergi balik. Setakat ini, tidak ada lagi orang yang pergi ke pulau tersebut dengan berenang. Dengan kayak mungkin ada. Tapi tak disarankan sekiranya terjadi trage

MEMBER MENTAL : AMBIL SEMUA LA KALAU NAK!

Cerita malam tadi. Team G21 lawan team Haji Ming. Katanya Haji Ming, “Team kawe lawan geng muda malam ni. Mesti team ni semua umur 21 sebab nama team G21.” . 21 dalam G21 ni sebenarnya tak melambangkan umur. Tapi melambangkan wajah yang awet muda. Sentiasa macam umur 21 gitu. . Semasa habis perlawanan, ada sesi bedah perlawanan. . “Har, nampak ‘otok’ tadi masa main. Beres ke?” Abon tanya Koha. Mungkin dia perasan sesuatu yang orang lain tak perasan. . “Aaa… perasan demo? Dekat garisan out tadi?” Koha menjawab tapi jawapan dengan soalan lain. . “Haaa, betul dah. Dekat garisan out.” . “Ambo panas sebenarnya Bon. Bola out sepatutnya kita ambil. Tapi dia pergi pass bola dekat keeper, dan keeper boleh buat tak tahu. Padahal jelas sangat mereka buat bola out.” Koha bagitahu perkara sebenar. . “Ooo… benda begitu nak marah?” Ambo mencelah. . “Marah la. Kawe berlari nak gi ambil bola. Alih-alih, keeper buat tak tahu. Terus ambil goal kick.” . “Patut la kawe dengar demo berbisik dengan keeper me

CARI KERJA SANTAI DI KELANTAN?

Bila duduk semeja dengan orang yang ada skrol Master, perbualan dia jadi lain sikit. Ambo adalah antara orang yang bertuah malam tadi. . “Mad, demo kerja KL, acap kali balik Kelantan sebab nak ziarah ayah yang tak berapa sihat. Kawe rasa, baik demo cari kerja di Kelantan. Boleh duduk dekat dengan mak ayah. Bila-bila masa boleh jenguk mak ayah.” . “Betul. Kawe ada terlintas juga. Tapi kalau balik Kelantan, kawe tak sempat cover.” Kening Mad berkerut. . “Apa yang tak sempat cover?” Ambo tanya dia. . “Hutang. Kawe kerja sekarang ni banyak untuk cover hutang. Kalau balik Kelantan, rasa tak sempat nak cover. Kena start balik dari gaji basic.” . “Ooo… banyak hutang. Kawe bagi cadangan jer. Pasal Mad orang bijak, ada Master, malam-malam pakai spek kuning. Mesti ada planing lain.” . “Plan setakat ni ada. Rasa nak cari kerja yang rilek-rilek sikit.” . “Kerja sekarang tak rilek ke?” . “Tak rilek. Letih sangat sehingga kawe rasa kawe tak ada masa untuk diri sendiri. Kehidupan kawe seharian hanya

CINTA... KALAU SUDAH TEKAD!

Kita tunjuk kepada yang masih bujang. “Bos Yi, jauh betul demo nak menikah. Rentas negeri tu.” Ambo tanya sain ambo, Bakari. “Jauh pun, bila kawe kata nak, kawe tak hirau dah.” Dia jawab dengan nada sedikit tinggi. “Demo fikir sehabis molek dah ke?” “Hmmm… kawe fikir sehabis,dua habis tiga habis. Banyak kali dah kawe fikir sampai habis. Tapi bila sayang dan cinta itu sungguh tinggi dan menebal, jauh pun kawe rela.” Sambil tangannya buat isyarat tinggi melepasi kepala. “Molek dan sangat molek kalau begitu. Demo ada prinsip. Kawe sebagai sain akan support dan sokong demo. Lepas ni, kita cakap guna ‘hang’ dengan ‘cheq’ pun kawe rela.” “Ermm… hang ni, cheq ligan baru tahu. ‘Kopek’ hang tahu ke padia maksud dia?” Tanya Bakari sambil tersengih. “Amboi… pandai dah sebut ‘kopek’.” **kopek dalam bahasa loghat utara bermaksud dompet/beg duit ******** Tahniah buat sahabat semeja kedai kopi ambo. Sudah melangsungkan perkahwinan. Moga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah