Skip to main content

Posts

"GUANA PRESS...SEKALO BERES"

Masa habis kelas ambo tadi, ambo melintas kelas tingkatan 4. Ambo tengok sahabat ambo tengah mengajar. Ambo berhenti kejap. Macam sedap topik yang dia ajar. Topik sedap, ulasan dari cikgu yang mengajar pun boleh tahan bersemangat. Macam dengar ceramah politik. Hari ini naik, esok minyak turun singgit lima puluh sen. Ambo pelik. Sain ambo mengajar Prinsip Akaun. Tapi masa tu dia ajar subjek Feqh. Bab sembelihan. Tengah cerita tips-tips sembelih binatang korban. Bagaimana lembu yang kurus, tapi boleh dapat banyak daging. “Awak semua paling kurang kena tahu cara nak sembelih ayam, biri-biri, lembu. Kemahiran yang perlu ada pada semua yang bergelar lelaki. Nanti, mertua suruh sembelih lembu, boleh sembelih. Tak kekok. Kena belajar. Kena usaha sampai pandai. Jangan asyik main pubg, moba. Lepas tu berjoget buat video tiktok macam beruk manyes.” Bersemangat dia syarah, macam dirasuk. Lepas tu ada seorang pelajar di barisan belakang angkat tangan. “Cikgu, guano press tu… sekalo bereh.”

MANCHESTER UNITED IS PENCHESTER UNITED / PENALTY UNITED?

Penchester United aka Penalty United “Betul ke Manchester United tukar nama kelab sekarang ni?” Aku bertanya kepada sahabat aku semasa makan di kantin pagi tadi. “Tukar nama? Nama apa? Aku tak tahu. Setakat aku jadi penyokong setia Manchester United, tak pernah lagi Manchester tukar nama.” Nampak terkejut sahabat aku. Seakan-akan percaya dalam tidak percaya. “Aku tengok Twitter tadi. Ada satu tweet bertulis ‘Manchester United is Penchester United’ . Itu sebab aku tanya tu. Maklumat sahih mesti ada dengan kau. Penchester. Bunyi sedap juga.” Aku jelaskan kepada dia. Lama dia tengok aku. Pandangan dia menembusi mata aku. Nampak macam dia tengah berfikir. Menerawang jauh. Menggali maklumat dalam benak kepala; kenapa Manchester United jadi Penchester United. Sahabat aku yang duduk meja sebelah menoleh kepada kami. Kepala dia botak. Nampak macam nak sertai perbualan kami. “Korang dua orang tak tahu ke kenapa jadi Penchester? Ni, tengok gambar ni.” Sahabat aku tunjuk skrin telefon dia yang te

FUTSAL ALUMNI AMTAQ AIDILADHA; TAKTIK GERILA G21

Team G21 yang belum lengkap Asalnya ambo daftar sebagai pemain team G21 pada futsal alumni baru-baru ni. . Bila tengok player team G21 sudah ramai walapun ada yang lipak kehadiran, ambo beralih untuk bersama-sama dengan team batch, gen 24. . Masa awal tu, ambo rasa was-was pasal Kapten G21 bagitahu, “Kalau demo nak jadi ‘champion’ malam ni, demo kena main dengan team G21.” . Ambo duduk termenung sejenak. Gerak hati ambo lebih cenderung untuk bersama dengan batch sendiri. . “Tak apalah Kapten Jesh, ambo undur diri lah. Team G21 cukup molek tu pemain. Sek 24, pemain pun tak cukup. Lagipun G21 ramai wakil PEKDIS. Ada import player Johor kasut pink.” Ambo rendah hati mohon undur diri. . “Beres kalau macam tu. Team kawe nak guna taktik gerila malam ni. Main macam Real Madrid lawan Barcelona dulu-dulu. Kepung ramai-ramai, cari kaki dulu. Masa main tu muka serius. Biar pemain lawan panas dan rasa diprovok.” . “Tak bergaduh ke nanti? Kang panas-panas jadi stage tomoi pula.” Ambo buat-buat risa

FA CUP 19/20 MILIK ARSENAL

Megah dengan Arsenal di dada. Hehe Sebenarnya lama sangat baju ni ambo simpan. Sayang nak pakai takut haus. Memang niat nak pakai kalau Arsenal angkat piala musim ni. . Malam tadi masa makan nasi kerabu tumis, ada seorang brader ni tengok ambo atas bawah je. Ambo syak dia ni penyokong Chelsea sebab dia pakai selipar ada lambang setan biru. . Ambo pun tengok juga dia. Lepas tengok tu, ambo pun tengok lambang Arsenal di baju ambo. Biar dia nampak lambang Arsenal megah di dada ambo. Lepas tu ambo senyum kepada dia. Dia pun senyum balik kepada ambo. Tapi sedikit sinis. . Masa dia lalu tepi ambo, dia berbisik kepada ambo, “Demo baru nak mengaku jadi fan Arsenal ke? Kolar baju keras molek tu.” . Ambo terkesima. Dia ingat ambo baru sokong Arsenal sebab Arsenal baru angkat piala. Ambo pendam. Sabar. Standard penyokong Chelsea nak provok sebab musim ni dia tak dapat piala lagi. . Lepas siap makan, ambo pun bangun basuh tangan. Sambil lalu tu, giliran am

SKETSA TEMPAH SEMBELIH LEMBU KORBAN; DATANG BERSAHAJA

Gambar tiada kaitan dengan cerita. Pagi tadi ambo pergi tempat sembelih lembu korban. Ambo pergi dekat dengan tukang sembelih. Tujuan nak tahu dia guna pisau apa. Pirge ke Victorinox. . Tapi sampai dekat, ambo terdengar tukang sembelih sedang berbual dengan seseorang. . “Bos, demo gerbang (korban) juga ke? Hensem nampak. Seluar jean dengan baju kemeja. Siap pakai cap John Deere lagi.” Tukang sembelih nampak cucuk angin. . “Ya pakcik. Kawe gerbang juga ni. Hensem eh? Terima kasih. Baru sampai dari Shah Alam semalam. Cap biasa-biasa je ni pakcik. Beli shopee 30 ringgit.” . “Berapa ratus satu bahagian lembu ni?” Tanya pak cik tukang sembelih. . “650 riyal pak cik.” . “Lepas tu, pisau, kapak tak bawa ke? Nak lapah, nak potong daging, nak cincang tulang?” . “Tak bawa pakcik. Kawe mari nak tengok jah. Mak suruh mari tengok. Mak cakap sunat mari tengok lembu kita gerbang kena sembelih.” Yakin dan bersahaja dia jawab. . Serentak

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 'SINGLE'

Selamat Hari Raya Aidiladha 'Single' Biasanya ambo akan jumpa dengan sahabat ambo ni pada hari raya pertama lagi. Rumah dia dengan rumah ambo tak berapa jauh. Sekangkang kera. Kampung sebelah menyebelah. Hari ni ambo jumpa dia lewat sikit. Dia nampak bersahaja. Misai baru trim. Nampak rapi. Ambo pun ucap, “Selamat hari raya ber’single’ sobat.” Dia tengok ambo. Kelopak matanya berkelip dua tiga kali. Ambo pun ucap sekali lagi, “Selamat hari raya ‘single’ sobat!” Nada suara sedikit tinggi. Dia pun tanya ambo, “Apa benda single tu?” Alosss. Dia blur rupanya. “Single tu demo la. Demo kan single. Bujang. Tak menikah lagi.” Ambo bagitahu dia. “Ooo… samalah dengan demo. Tak beza sangat kita dua sebenarnya. Demo pun single juga. Kahwin tapi duduk berjauhan. Sama jah tu dengan kawe. Hahaha.”

HILANG BISA, TINGGAL TARING

Atas kiri; Amin, Syuaib, Hakimi, Hafiz Bawah dari kiri; Arafat, Faiz, Jamil, Shauqi Terima kasih kepada alumni MTAQ kerana menganjur futsal mahabbah untuk ahli-ahlinya. Penganjurannya boleh dikatakan berjaya kerana hampir kesemua batch kecuali satu batch; bermula batch 21 hingga batch 29 yang berdaftar. Pada mulanya, team kami batch 24 ni agak hambar. Suam-suam kuku bila yang nak bermain cuma 5 orang sahaja. Tapi, akhirnya cukup satu team. Rupanya ada beberapa ‘player star’ kena pm tepi, merayu supaya turun beraksi. Diletakkan bersama team batch 21, 25 dan juga Golden Age boleh dikatakan agak mencabar kerana team mereka telah menempa nama di peringkat antarabangsa. Dulu-dulu, satu Mesir kenal dengan team mereka. Jazari FC & Jentufy FC.  Kena pula game pertama, team kami kalah 0-1 dengan batch 21. Semangat kami mula pudar. Tambahan, player star kami belum sampai lagi. Tapi kami bangkit dengan seri 1-1 melawan Golden Age. Dan penentu untuk kami ma