Karya Andrea Hirata yang tidak mengecewakan. Terbaik. Sebuah cerita yang berlatar belakang tentang pendidikan. Matematik khususnya. Sungguh, mampu meninggalkan satu kesan yang dalam pada jiwa manusia yang normal. Menceritakan tentang seorang yang dari bangku sekolah lagi bercita-cita ingin menjadi seorang guru matematik. Guru matematik yang jauh di pedalaman, mengajar anak-anak desa dan kampung supaya mahir matematik. Namanya Desi Istiqamah. Dipanggil Bu Desi oleh anak muridnya. Seorang guru yang berprinsip dah sentiasa teguh dengan prinsipnya. Dalam kalangan muridnya, Bu Desi mungkin boleh dianggap seorang yang garang dan tegas. Hanya mahukan kejayaan sebagai hasil daripada anak muridnya. Buku ini boleh dibahagikan kepada 2 babak besar. Satu babak menceritakan tentang Bu Desi. Bagaimana pada awalnya dia boleh bercita-cita ingin menjadi seorang guru matematik dek kerana terkesan dan kagum dengan guru matematiknya dahulu. Dari situ, dia menanamkan satu azam. Ingin menjadi g
melakar apa yang minda sering kusut