Skip to main content

Posts

Dipotong 15 dan Dihumban ke Dalam Mangkuk Tandas, Apa Salah Saya Ibu?

Allahuakbar. Terkejut bila tengok tajuk akhbar hari ini. Manusia sudah kembali ke zaman jahiliyah dah agaknya. Bahkan mungkin lebih teruk dari zaman umat yang terdahulu. Bayangkan bayi tanpa dosa dibunuh dan dibuang ke dalam mangkuk tandas. Tak cukup dengan bunuh, siap dipotong – potong lagi. Macam mak – mak potong tembikai dah. Tak ada perasaan ke manusia zaman sekarang ini? Makin maju manusia dengan teknologi, makin jauh dan hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Kita renung balik zaman umat yang terdahulu. Kalau zaman Nabi Musa, bayi lelaki akan dibunuh tanpa banyak soal. Zaman jahiliyah sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasulullah, bayi perempuan ditanam hidup – hidup. Zaman sekarang, bayi tanpa mengira status jantina dibunuh tanpa perasaan. Bahkan manusia lebih jahat sehingga tergamak memotong – motong bayi tersebut dan disumbat di dalam tempat yang hina di muka dunia ini. Lubang jamban! Taraf najiskah seorang bayi yang tidak berdosa sehingga perlu dih

Salah ke Selfie Atas Pentas?

Gambar dari Ohmedia.my Ada tengok tak berita tentang pelajar yang kena gantung statusnya sebagai pelajar di Uitm. Sudah jadi viral dekat laman sosial. Tengok ke tidak? Mungkin boleh dijadikan viral tu sebab ianya ada kaitan dengan trend zaman sekarang. Trend selfie. Macam - macam isu kat Malaysia sejak masuk bertebarannya generasi Y ni. Haha.. Ringkasnya, pelajar jurusan diploma dalam bidang fotografi tu digantung kerana aksinya merakamkan gambar selfie semasa di atas pentas untuk menerima scroll pada majlis konvokesyen. Mungkin rasa sangat teruja dan ghairah, tu yang dia terus keluarkan handphone dan snap gambar dengan gaya selfie. Dia sengih sampai cuping telinga dalam gambar tu. Almaklum la... berbaloi dengan penat lelah selama bergelar pelajar diploma. Tapi, caunsellor kat sebelah dia dalam gambar tu nampak serius je. Haha. Spoil betul. Bagi aku, pihak Uitm mungkin mengambil serius dalam hal ini. Perbuatannya seolah nampak tidak beradap dan tiada tatasusila. Biad

Potential Arsenal Lineup for the Weekend Clash With Manchester United

Jangan risau. Entry dalam Bahasa Melayu. Tajuk je yang kemain nampak gempak dalam bahasa inggeris. Haha. Semangat yang berkobar sebagai peminat setia Arsenal tu perlu ada untuk menentang musuh tradisi malam esok. Man United mungkin akan menjadi mangsa kekejaman Arsenal. Mungkin je. Fan Man Utd jangan nak panas pula. Bagi chance sikit dekat fan Arsenal. Fan Man Utd kena ingat, Man Utd bakal dirobek dan diratah ibarat kambing golek. Aummmm... Hahaha. Penjaga Gol Tak lain tak bukan. Ospina semestinya akan mengambil tugas untuk menjaga gawang gol Arsenal. Sejak Ospina fit, nampaknya Ospina sudah mengambil alih tempat Shezni yang selama ini tampak angkuh dengan gambar selfienya. Wenger hanya memberikan Shezni beraksi untuk piala FA. Ya, esok Ospina akan beraksi tanpa ragu. Defender Mengikut perkiraan aku. Wenger akan menggunakan defender favouritenya buat sekarang ini. Favourite Wenger sekarang ini adalah:- Bellerin - Mertesacker - Koscielny - Monreal Cuma, favourite aku

Rohingya, Apa Nasibmu di Dunia Ini Kelak?

15 Mei 2015 menyaksikan satu lagi tragedi yang boleh dipertikaikan tentang nilai kemanusian bagi  tiga buah negara. Malaysia, Thailand dan juga Indonesia. Berita Reuters melaporkan yang sebuah kapal yang memuatkan kira – kira 400 orang pelarian Rohingnya berlayar tanpa arah di Teluk Andaman dan ketiga – tiga negara ini nampaknya tidak mahu menerima kedatangan mereka. Mereka tidak dibenarkan memasuki perairan negara masing – masing.  Apa yang menyedihkan lagi, Indonesia dan Malaysia merupakan negara yang majoritinya adalah Islam dan merupakan saudara seagama dengan pelarian Rohingnya tersebut. Rohingnya sudah hilang arah dan sudah tiada tempat untuk dituju. Di tanahnya sendiri pun sudah diusir oleh pelampau Buddha dan tentera Burma. Kehormatan, harta dan hak mereka dirobek dengan rakus oleh pelampau agama. Bukan setakat diusir, malahan sudah beribu – ribu saudara seIslam kita dibunuh disana. Di manakah sensitiviti kita bila mana saudara – saudara kita diperlakukan dengan sedemikian

Wanita Tidak Boleh Solat Zohor Pada Hari Jumaat?

Aku ada terdengar satu perbualan. Isi perbualan yang separa ilmiah kira aku. Dalam perbualan tersebut, aku tertarik dengan satu topik. Katanya, wanita tak boleh solat zohor pada hari Jumaat selagi Pak Imam belum habis berkhutbah dan selesai solat Jumaat di masjid. "Tidak sah!!" Aku sedikit kehairanan kerana benda ini seolah baru bagi aku. Benda baru yang asing bagi aku. Tak pernah lagi aku dengar benda yang sedemikian rupa. Rasa keinginan untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkara tersebut terbit dengan membuak dalam dada aku. Digapai handphone dan terus menggunakan syeikh Google. Ditaipnya dalam bahasa arab mengenai permasalahan tersebut dan terus aku terjumpa satu website yang dikumpulnya fatwa - fatwa dalam dunia Islam. Baik dalam bab ibadah mahupun muamalah. Website yang semuanya dalam Bahasa Arab. Satu website bukan kepunyaan orang Melayu, Mengikut kefahaman aku dalam artiker tersebut, ternyata fatwa itu sama sekali tidak menyokong pendapat yang mengat

Seputar Isu Terbaru di Malaysia

Makin banyak isu hangat di Malaysia yang tak sempat diikuti sejak GST diperkenalkan. Mana tidaknya, marhaen perlu mengerahkan keringat dengan lebih banyak daripada biasa untuk menampung perbelanjaan harian. Barangan dapur, barangan anak – anak, dan juga barangan keperluan yang lain. Itu rakyat marhaen yang biasa. Tahukah yang ramai lagi marhaen yang ditimpa musibah bah kuning di Kelantan hujung tahun lepas belum lagi dapat berteduh di sebuah tempat yang dinamakan rumah? Ramai mereka yang hanya mendiami khemah dan juga bangsal buruk yang seakan menunggu masa untuk rebah menyembah bumi? MANGSA BAH MASIH DIPINGGIRKAN? Jenguk seketika di laman media sosial, boleh nampak yang rakyat Malaysia masih begitu peka dengan permasalahan ini dan cuma mampu menjadi keyboard warrior. Sangkaan baik itu perlu. Mungkin itu sehabis daya mereka yang dapat menyumbang untuk marhaen yang masih lagi dalam kesempitan dan juga kesusahan. Kekadang, kita akui yang kita memerlukan golongan ini. Luahan me