Sabtu yang lepas aku masih ingat lagi riak mukanya yang tersenyum lebar semasa di kenduri kahwinnya. Sempat berceloteh, usik - usik manja. Dia baru mengadakan kenduri kahwin setelah mengikat tali perkahwinan pada bulan Disember tahun lepas. Berpakaian ungu pada tengaharinya dan berpakaian baju Melayu pink pada sebelah petangnya. Tapi, pada pagi semalam aku mendapat khabar duka lagi lara yang dia sudah pergi mengadap Allah. Bertemu Sang Pencipta sekian makhluk. Selang sehari dia mengadakan kenduri kahwin, dia pergi buat selamanya dari dunia ini. Ya Allah... Aku terkejut dan sedikit terkesima bila mendengar berita kehilangannya di sebuah group whatsapp batch yang sama - sama satu pengajian peringkat menengah dahulu. Ahmad Izzat Bin Rosli. Seorang kawan dan juga sahabat. Lebih 5 tahun aku membesar di alam asrama bersama - sama dengan dia. Seorang yang selalu menceriakan suasana. Sejak dari Tingkatan Satu lagi dia mendapat nama gelaran yang terkenal dengan panggilan 'Ijat Misai
melakar apa yang minda sering kusut