Pagi petang siang dan malam ibarat sudah tidak ada maknanya jika hati kita sudah risau dan runsing. Saban hari asyik termenung memikirkan hal tersebut. Bergolek di atas katil. Kiri ke kanan. Menyenggeng ataupun meniarap mahupun me nelentang . Kita gelisah. Masa ini senang saja syaitan datang membisikkan benda - benda yang negative dekat kita. Kit a sudah berwaspada, tapi kita seringkali tewas. Jadi, jika benda sebegini berlaku dekat kita.. iaitu sesuatu hal yang membuatkan kita runsing bila memikirkannya... cepat - cepatlah kita menanamkan sesuatu yang positive dalam minda dan emosi kita. Sesuatu yang cukup kuat yang boleh mencengkam dasar fikiran dan hati kita. Sesuatu yang tidak goyah bila dibadai taufan sangkaan buruk datang me landa. Jika sehari dua mungkin boleh bertahan dengan baik.. tapi, jika fikiran sudah menjadi tak terkawal , emosi bertera bur , terlalu banyak benda negative yang ditiupkan oleh raja was - was, tidak mustahil kita akan tumbang. Rebah tersungkur. N
melakar apa yang minda sering kusut