Skip to main content

Posts

Norwich City ( 1 ) v Arsenal ( 0 )

 ENTRY ARSENAL!!! Tak perlu cakap banyakkan bila Arsenal kalah kan.? Predict aku yang Arsenal akan menang dengan jaringan gol 3 biji tanpa sebarang bolos ternyata meleset sekali. Kita hanya merancang. Hanya Tuhan yang menentukan. Kita hamba nak buat apa lagi kan.? Hanya pasrah dengan segala suratan.. Hehe. Nampak dah macam emosi dah... Skuad adalah seperti biasa. Giroud sebagai penyerang,penyerang yang masih belum menunjuk bisa. Podolski dan Gervinho sebagai wing yang tak berapa lebar sayapnya, Arteta dan Ramsey sebagai Defensive Midfield dan juga Santi Cazorla sebagai arkitek di padang Norwich City. Mungkin ianya nampak sebagai skuad yang cukup ampuh untuk menumbangkan Norwich. Tetapi, itu semua adalah syok sendiri. Giroud Podolski - Cazorla - Gervinho Arteta - Ramsey Santos - Vermaelan - Mertesacker - Jenkinson Mannone Dah la kalah, lepastu ada berita buruk pula apabila Oxlade Chamberlain yang hanya masuk beberapa minit terpaksa keluar kerana kecederaan yan

Preview : Norwich v Arsenal

ENTRY ARSENAL !!! Malam ni adalah match Arsenal selepas international break. Menjadi tetamu kepada stadium Norwich City. Katanya Wenger, dia nak menjadikan Oktober adalah Oktober yang paling bermakna untuk Arsenal. Kita sama - sama tengok tahap mana kesungguhan Arsene Wenger dalam mengendalikan Arsenal. News yang baik setakat ni adalah dengan kehadiran Jack Wilshere dalam skuad utama Arsenal. Selama 15 bulan dia berehat. Mengambil masa untuk pulih dari kecederaannya. Paling tidak pun Wenger akan letak dia dalam pemain simpanan untuk malam ni. Untuk main first tu memang tak la aku rasa. Kehadiran Wilshere ni adalah pengganti dengan kecederaan Walcott yang cedera paru - paru pada perlawanan England menentang San Marino baru ni. Dengar khabar mengatakan yang paru - parunya lebam. Pelik betul kan istilah perubatan ni. Aku pun tak tahu macam mana kalau paru paru tu lebam. Boleh batuk darah katanya. 2 minggu untuk lebam itu surut mengikut pakar perubatan Arsenal. Kesian Walcott kena ta

"Let Us Capture Ur Beautifull Memories"

Seminggu untuk satu entry mungkin sesuai untuk student sepenuh masa macam aku kan..? Jadi, tak de la orang cakap aku mengkhianati amanah ibu bapa. Ibu bapa ingat kita pergi belajar jauh-jauh memang study kaw - kaw tiap hari. Tapi, rupa - rupanya tiap - tiap hari dok mengadap blog je.. Padehal dok layan anime je. Haha Dari jauh aku nak mengucap tahniah buat sahabat aku yang dulunya slim tapi sekarang sedikit chubby sebab sudah berjaya dalam bidang yang dia impikan. Dari zero kepada hero. Tagline nampak familiar je kan..? Tahniah kepada Azizi Azahazuhari kerana sudah berjaya dalam bidang photography nya. Sekarang mesti dia sibuk dengan job sini dan sana.. Tambah - tambah musim cuti sekolah. Kalau dulu, dia femes je dengan blog NESLOO . Tapi sekarang mungkin dia sedikit busy dengan job - job sebagai jurufoto. Terpaksa bergegas ke hulur ke hilir. Tak cukup lagi dengan hulu dan hilir dia ke utara dan ke selatan. Semuanya adalah demi sebutir beras untuk mengalas perut bagi meneruskan keh

Sahabat itu bukanlah seperti chewing-gum

Sudah lama blog hitam ni tidak menyerikan wajahnya dengan entry - entry terbaru. Andaikan blog ini ada perasaan, sudah pasti ianya akan menangis hiba kerana terlalu lama ditinggalkan oleh tuannya. Tinggal tanpa khabar berita. Ibarat memberikan seribu pengharapan... tetapi ditinggalkan tanpa sebarang kata.. Alangkah zalimnya.. Mungkin sudah tidak sempat untuk seperti masa dahulu. Kalau sempat pun setakat 2 3 jam sehari hanya untuk twitter. Minta maaf rakan - rakan blogger. Nak singgah menyinggah pun tak sempat. Sekarang ini aku hanya menulis bila ada masa dan ada idea. Ada someone yang aku kenal melontarkan persoalan :   " what have we do if we trust to somebody. Tapi somebody tu tak appericiate?" Kalau aku, serius aku bagitau yang aku akan rasa geram, marah, tak puas hati.. Senangnya semua benda-benda negatif mesti ada.. Contoh mudah la... kita ada seorang kawan.. keluar sama - sama, stay sama - sama, makan sama - sama.. kita percaya yang dia adalah seorang sa

Semuanya nak Perfect

Lelaki biasanya ada aim dia tersendiri dalam mencari calon isterinya. Ada piawaian yang perlu dipatuhi dan kriteria yang perlu diambil kira. Biasanya lelaki - lelaki awam ni akan memandang rupa sebagai piawaian yang terpenting sekali. Lelaki - lelaki kat luar sana sudah sedia maklum tentang tuntutan Islam dalam mencari teman hidup iaitu agama, keturunan, harta dan paras rupa. Cuba tanya mat rempit  kalau tak percaya. Cuba tanya nak wanita jenis macam mana untuk dibuat isteri. Paling cincau pun diorang mesti nak yang pakai tudung. Tudung separuh macam artis pun jadi la kalau tak dapat yang berlitup sepenuhnya. Ini sudah fitrah manusia. Inginkan kepada kebaikan. Sudah lazimnya wanita yang bertudung dan penuh dengan ilmu agama itu adalah wanita yang baik. Itulah lelaki. Demand sangat. Nak yang perfect. Kalau nak yang perfect tu boleh, tapi kena pastikan yang kita itu adalah betul - betul perfect. Perfect zahir dan batin. Itu semestinya mustahil kerana manusia sendiri bersifat dengan le

Raya ke Tujuh

Hari raya ketujuh bersamaan dengan 7 syawal. Hari raya mungkin sudah habis buat mahasiswa dan mahasiswi kerana ada antara mereka sudah berangkat menuju ke kampus masing - masing. Mungkin cuti mereka pendek dan aku yakin, mereka dapat manfaatkan cuti mereka yang pendek tu dengan benda yang berkualiti. Moment yang dapat disimpan dalam memori untuk terus tersenyum di hari yang mendatang. Aku masih menghitung hari untuk berangkat ke Madinah. Rabu nanti. 29 Ogos. Doakan moga aku sampai dengan selamatnya. Cuti aku yang singkat membuat hari - hari aku memang padat. Keluar pagi balik malam. Tapi, tak kemana sangat pun.. lepak - lepak dengan member sambil kongsi - kongsi cerita kehidupan. Imbas kembali kenangan zaman budak remaja. Masa untuk bergelak ketawa. Tak nak fikir lagi masalah pelajaran. Memang kehadiran Syawal amat bermakna di bumi Malaysia kerana tradisi orang Melayu menjadikan Aidilfitri masa untuk ziarah menziarahi sanak saudara. Kalau bukan Aidilfitri, entah... aku rasa saudara

Alex Song sudah menjadi warga Barcelona

WARNING : ENTRY ARSENAL Luka minggu lepas belum lagi hilang bila RVP berpindah ke kelab Manchester United dan hari ni Alex Song bagai menambah luka baru dengan secara rasminya dia sudah menjadi pemain Barcelona!!! Alex Song... pemain Barcelona. Ku sangkakan diriku bermimpi... bangun pagi ni pun cek berita memang betul. Betul dan betul... Alex Song dilaporkan sudah selesai menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan Barcelona dengan satu kontrak yang dirahsiakan. Mungkin bukan dirahsiakan.. Tetapi tidak mendapat capaian media.. Tidak dihebohkan sangat. Mungkin juga perpindahan secara tiba-tiba. Jadi, yuran perpindahannya tidak dapat dipastikan jumlahnya. Undisclosed fee. Aku berasa yakin dengan perpindahan Song bila buka laman web rasmi Arsenal dan terus ke pautan News. Berita perpindahan Song adalah betul - betul realiti walaupun hakikatnya minda waras aku menafikannya. Penafiaannya menandakan aku sangat - sangat menyokong Song sebagai tulang belakang Arsenal. Bagi aku, per

Syawal Melayu

Selamat hari raya eidulfitri kepada semua blogger ataupun tidak. Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan berjuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini secara live mahupun secara alam maya. Mungkin ada tulisan aku yang menggores hati dan masih lagi berbekas sehingga kini...mungkin ada yang jadi parut yang bisa bernanah kembali.  Aku tahu yang suasana beraya di Malaysia memang berlainan dengan suasana beraya di negara negara Arab. Setakat aku berada di Mesir dan Saudi, Arab beraya memang aku respect la. Siap saja solat raya. Diorang terus je balik rumah.. masuk bilik and then..tidur. Best kan..? Takde la nak sibuk bejalan sini sana. Ziarah sana sini. Gosip menggosip dan bergelak ketawa. Tapi, aku cuma pelik dengan sambutan orang Melayu dengan kehadiran Syawal. Sedikit kesal pun ada. Habis je menjamu juadah berbuka puasa terakhir... cepat je bunyi mercun kedengaran. Memang satu pembaziran aku nampak di situ. Mungkin bagi sesetengah orang ianya macam hiburan yang jarang jarang

Jiji dan Unjai di KFC

28 Ramadhan. Ramadhan semakin berada di penghujungnya untuk tahun 1433 Hijrah. Bulan yang mana padanya terdapat satu malam yang dinamai malam seribu bulan. Entah sempat atau tidak untuk kita merasai Ramadhan yang akan datang di tahun 1434 Hijrah. Sama - sama kita mendoakan agar sempat dengan Ramadhan yang akan datang. Malam yang ke 28 aku plan nak jumpa dengan 2 orang member. Member sepanjang zaman. Aku pun tak tahu kenapa member member aku yang lain menggelarkan 2 orang ni adalah Artis. Istilah ni digunapakai kepada orang - orang yang susah nak buat date dan diajak keluar. Asyik sibuk dengan temujanji. Haha. Tapi, bagi aku... nak jumpa diorang ni tak de la susah sangat. First, aku mesej diorang. Tanya diorang malam ni moreh kat mana, terawih kat mana. Terus, sorang yang bernama Azizi Ayob tu reply bagitau yang malam ni jumpa kat KFC berdekatan dengan stadium. Sorang lagi tu tak reply mesej. Aku dah syak yang dia kehabisan kredit. Diorang berdua tu siap nak belanja lagi. Mula - mul