Skip to main content

Posts

TRIP GUNUNG BASOR, JELI KELANTAN (PART 2)

Bersambung  untuk part 2. Untuk yang mana-mana belum lagi baca part 1, boleh baca dulu tapi kalau tak baca pun tak apa sebab plot ceritanya sangat mudah. Tak baca part 1 pun boleh faham je yang part 2 ni. Bukan macam cerita Avengers ni. Hahaha 29/3 Gogo dan Mat Zam menyiapkan roti pita Awal-awal pagi gogo dah bangun untuk masak sarapan buat line upnya. Menu sarapan kami adalah roti pita bersama dengan tuna. Tak tahu nak komen macam mana. Makanan kalau semuanya makan dalam hutan, memang tak ada yang tak sedap. Semua rasa sedap je. Aku balun 3 roti pita disebabkan terlalu sedap. Breakfast kami 9.20 pagi Kami memulakan perjalanan kami daripada kemsite untuk menuju ke puncak Gunung Basor. Masing-masing berbekalkan dengan 1.5 liter air sungai yang di bawa di dalam beg daypack. Cuma aku sahaja yang bawa 3 liter. Aku tahu yang aku minum banyak air, disebabkan itulah aku siap sedia untuk bawa air lebih. Mana tahu tengah ontrek nanti ada mari rasa nak berak ke? ...

TRIP GUNUNG BASOR, JELI KELANTAN (PART 1)

Gunung Basor. Ya, satu nama gunung yang terdapat di Negeri Kelantan. Mungkin nama gunung ini tidak segah seperti Gunung Stong, tidak dikenali ramai orang tapi Gunung ini mempunyai ketinggian yang lebih tinggi daripada Gunung Stong iaitu dengan ketinggian 1840 meter. Gunung ini juga berada dalam daerah Jeli tetapi hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, tidak tersohor seperti nama-nama gunung G7. Sarapan pagi dahulu. Buang-buang apa yang patut. Kali ini, Trip Kembara dan Rekreasi (TKR) yang diketuai oleh gogo (Group Organizer) yang hensem lagi bergaya, Abe Areh telah menganjurkan trip ke Gunung Basor. Trip ini memakan masa selama 3 hari iaitu pada 28-30 Mac 2019. Sebenarnya, TKR sudah lama merancang untuk ke Gunung Basor iaitu pada tahun 2018 tetapi pada tarikh yang dirancang pada tahun lepas, gunung di Kelantan telah ditutup untuk pendakian kerana musim tengkujuh dan Gogo terpaksa menunda ke tarikh lain yang akhirnya diputuskan pada tarikh 28-30 Mac. Aku merupakan...

TRIP GUNUNG TOK NENEK (2H1M)

TRIP GUNUNG TOK NENEK, LOJING Tarikh : 29 & 30 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu) Tinggi : 1,916 meter/6,284 kaki Tempat : Lojing, Sempadan Kelantan Perak Bagi sesiapa yang inginkan pemandangan gunung yang tersangat cantik lagi mabeles, Tok Nenek adalah gunung yang boleh aku suggest untuk korang. Dari puncak gunung, pemandangan adalah 360 darjah dengan banjaran gunung-ganang yang menghijau. Sekeliling kamu cuma nampak gunung yang menghijau dengan pepohon kayu. Syaratnya, kamu mesti sampai ke puncak!! Haha. Dari puncak Tok Nenek, boleh nampak di sana Gunung Yong Belar Trip yang dianjurkan oleh Trip Kembara & Rekreasi (TKR) ini diketuai oleh gogo Tuan Muhd Arif. Mengikut tentatif, meeting point kami adalah di RnR Lojing pada jam 7.00 pagi. Aku, Muiz, Muzz, Muaz dan Firdaus telah bertolak pada pukul 11.30 malam dari Kota Bharu dengan dua buah kereta. Plan bertolak awal malam supaya sampai kat RnR nanti boleh la nak tidur sejam dua. Tapi, sebenarnya kami dah tak awal dah...