Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pendidik

SINGKAT! BAJU KORPORAT 2023

Singkat ke? Macam tak je. “Kawe tak puas hati! Baju kawe singkat! Nak butang pun ketat! Sangkut.” Rintih Amin sambil memegang baju korporat di tangan kanannya. Baju korporat yang diukur sebulan sebelum cuti baru-baru ini sudah siap dijahit. Warnanya lembut dan cantik. Wajib untuk semua guru dan staf. Wajib ambil dan wajib juga bayar. “Sangkut dekat mana Min?” Tanya aku. “Aii… demo… buat-buat tanya. Ni… sangkut sini la.” Jawab Amin sambil tapak tangannya mengusap-usap perut. Sambil usap perut, sambil bibirnya tersenyum bangga. Nak kata boroi, tak boroi. Nampak sado ada lah. Berat Amin 83kg, lebih 3kg dari berat aku. “Betul dah tu Min. Masa demo ukur hari tu, perut demo tak maju ke depan lagi. Dalam masa sebulan lebih ni, perut demo membusung tanpa sedar. Tu jadi tak muat tu.” Jawapan aku seolah-olah berpihak kepada tukang jahit. Seperti bukan salah tukang jahit yang menyebabkan baju Amin singkat. “Masalahnya… bukan kawe sorang. Demo tengok Zikri. Tak muat juga! Sangkut! Lagi terut dari

UJIAN KEMASUKAN SABK : DILEMA

Khairum sedang menemuduga calon “Mil, nak bagi lepas macam mana ni budak?” Tanya Amin usai sahaja Ujian Kemasukan Tingkatan Satu untuk SABK. Amin salah seorang antara guru yang dilantik sebagai panel temuduga peringkat sekolah. “Sebab apa min? Budak tak jawab ke?” Tanya aku kehairanan. “Tak boleh baca Quran langsung ni!” Jawab Amin tegas. Tangannya yang terletak atas meja digenggam erat. Geram. Boleh membaca al-Quran adalah salah satu elemen yang diguna pakai dalam menilai kelayakan untuk masuk ke SABK. Kenapa? Sebab kurikulum yang dipakai di sekolah aliran SABK adalah kurikulum dini dan kurikulum dini subjek utamanya adalah subjek agama dan bahasa arab. “Parah tu. Kalau demo tak bagi lepas, budak ni mesti akan pergi sekolah harian biasa Min.” Memang itu sahaja pilihan yang ada sekiranya ingin bersekolah di sekolah kerajaan. “Emmm… ikut gaya, macam tu lah.” Suara Amin seakan pasrah. Matanya jauh merenung ke hadapan. Banyak benda yang difikir olehnya. “Nanti sampai bila-bila la dia tak

AMBIL ALIH SUBJEK SYARIAH TINGKATAN 5

Lawatan PPD ke kelas tingkatan 5 "Eh, aku bagitahu hang awal ni. Hang kena ajar Syariah tingkatan 5, cover Uzair.” Ujar Zahrul kepada aku. Uzair yang mendapat 26 hari mc adalah seorang ustaz yang mengajar subjek al-Syariah tingkatan 5 di sekolah. Dan, SPM sudah tidak lama lagi untuk pelajar menempuhinya. “Hang la ni. Uzair dah bagitahu dia tak boleh datang kelas tambahan malam, hang cakap dia kena datang juga. Dia stress la tu, terus jatuh dekat tandas tadi.” Aku bergurau dengan Zahrul. Uzair pada tengah hari sebelum berakhirnya sesi persekolahan, telah jatuh dan nampak dari raut wajahnya seakan perit menahan kesakitan. Nasib baik ketika dia jatuh tu ada orang yang berdekatan dengannya dan dapat memapah dia masuk ke dalam kereta. “Tu la… aduh. Aku pun rasa bersalah dengan dia. Aku keras sangat dengan dia tadi. Aku cakap dekat dia, hang pandai-pandai la cari pengganti kalau tak boleh nak datang kelas malam. Tengok-tengok tengah hari tadi dia jatuh dan esoknya dapat MC. 26 hari pula

ABANG BOMBA

Perasan segak dengan uniform bomba! Tidak pernah terfikir dan juga terlintas dalam fikiran yang aku akan menyarung uniform lengkap seorang bomba. Dulu, pernah ada cita-cita untuk menjadi askar. Pakai celoreng, masuk hutan, mengendap dan menyorok dari musuh, kemudian bertempur dengan pistol dan juga senapang. Tapi itu ketika masih lagi zaman kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita Arnold Schwarzenneger dalam movie setiap Rabu pada pukul 10.00 malam. Kemudian, cita-cita itu lebur bersama masa yang bergerak tanpa henti yang seiring dengan fikiran turut menjadi matang. Terpengaruh juga dengan kata-kata kawan yang jadi askar boleh cepat mati. Askar akan berada di barisan yang paling hadapan bila mana berperang. Bila di barisan hadapan, bila kena tembak, yang depan akan tumbang terlebih dahulu. Darah membuak merata-rata, ambulans tidak dapat nak menolong, akhirnya rebah menjadi mayat. "Mu nak mati awal ke jadi askar?" soalan ini pernah dilontarkan kepada aku. Ahh... sudah. Tukar

PERATURAN SEKOLAH LAGI ZALIM DARI YAHUDI

“Mil, kita kalau jadi guru ni, kena banyak sabar.” Sahabat ambo nama Hafizi melontar kata nasihat. . “Ji ada pengalaman ko?” . “Ada juga walaupun tak banyak. Kita nak didik anak dia, tapi ibu bapa pula semacam tak menyokong usaha kita. Bahkan siap dipersalahkan lagi,” intonasi suaranya seakan mengandungi rasa kecewa. . “Cuba Ji cerita pengalaman Ji.” . “Ceritanya begini Mil. Pada suatu hari, datang seorang bapa kepada pelajar di sekolah.” . Hafizi memulakan cerita. . “Ustaz, ambo mari ni nak bincang pasal telefon anak ambo yang dirampas oleh pihak sekolah. Boleh ke kalau ambo nak tebus balik?” Seorang bapa dalam umur 40-an bertanya kepada Hafizi yang merupakan ketua unit HEM di sebuah sekolah. . Keduanya duduk di atas sofa di dalam bilik tamu sekolah. Saling mengadap antara satu sama lain. Di tengah-tengah mereka ada sebuah meja kayu beralaskan cermin jernih. . “Minta maaf banyak Encik. Memang kita tak boleh bagi tebus. Saya ikut polisi sekolah. Barang larangan yang dirampas oleh pihak

KRONOLOGI PKPD DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah dikenakan perintah PKPD bermula 23 April sehingga 6 Mei. Nampaknya MTAQA turut mengikuti jejak sekolah tahfiz yang lain. Mula-mula sekali sekolah SMU Bunut Sarang Burung, kemudian Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas, kemudian MTAQ Pulai Chondong dan akhirnya MTAQA Banggol Chicha. Ada orang kata ini adalah agenda freemason untuk menghapuskan pelajar-pelajar tahfiz di bumi Kelantan. Betul ke? Kalau betul, bermakna agenda mereka masih lagi tidak berjaya kerana virus ini lebih merbahaya kepada pesakit yang mempunyai antibodi yang lemah dan juga yang mempunyai penyakit kritikal. Tapi, pelajar ini antibodi dia masih berada di fasa sedang membina. Mungkin ada yang sudah matang, jadi tak semudah itu virus ini untuk menyerang dan meruntuhkan sistem antibodi pelajar tahfiz. Lagipun, setiap hari sel-sel badan pelajar tahfiz dijamu dengan zikir dan alunan ayat-ayat al-Quran. Ayat kebal, ayat pengasih, ayat pelindung semua dibacanya dan didengarkan kepada sel-sel badan, ne