Skip to main content

Posts

Showing posts with the label outdoor

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 2

Senja sudah menjengah. Bunyi cengkerik sudah kedengaran dalam hutan di sebalik sungai. Matahari pula sudah tidak kelihatan. Hanya cahayanya masih lagi terang kemerah-merahan. Sedang asyik melayan bunyi deru sungai, aku tengok makin ramai budak-budak dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun yang turun ke sungai. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai. Pelbagai gaya dan aksi. Sikit saja aksi mereka hampir sama dengan Pandalela Rinong. Tapi kesemua mereka berkepala botak. ‘Sah. Kalau kepala botak, mesti budak-budak yang belajar dekat pondok ni.’ Hatiku berteka sendirian. “Abe! Mari la mandi sekali!” Budak cilik di hujung sungai menjerit ke arah kami. Agaknya budak ni mungkin baru berumur 9 tahun. Dia paling kecil dekat situ. Dari dalam hammock, aku mengangkat tangan melambai. Isyarat menunjukkan aku dengar panggilannya. Terus saja aku melayan perasaan dibuai hammock. “Abe! Mari la mandi. Ke Abe takut lemas?!” Budak kecil tadi sekali lagi menjerit dari arah sungai. Takut lemas? Tercalar eg

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 1

“Motor Kriss kawe ni boleh sampai Dabong ke? Jauh tu?” Soal Mat Yie sangsi. Dia masih ragu-ragu adakah motor Kriss usang kepunyaannya mampu untuk bergerak sejauh 124KM sehala dari Pasir Mas ke Dabong biarpun no plate motornya berbaris 3 angka. “Kita try Khamis ni macam mana. Kalau sampai, sampai la.” Jawab aku sambil kaki menguis-nguis tayar motor Mat Yie. “Mil, motor demo setakat pusing kawasan Pasir Mas boleh la. Nak jalan jauh mesti tak sampai.” Ada saja suara sumbang yang memperlekehkan motor Honda milik aku. Hampir setiap minggu, mesti ada sekali yang melontarkan ayat-ayat sinis. Hairan, walaupun jenama H, masih ada kasta. Jika motor, dipandang lekeh, jika kereta, disanjung tinggi. Apakah bezanya? Khamis kunjung tiba. “Yie, kita gi pacak khemah. Esok, Jumaat kita balik. Okay ke?” “Kawe beres belaka. Yang tak beres cuma motor kawe. Takut kena sidai tepi jalan.” “Jangan risau Yie. Kriss demo ni buatan Modenas. Modenas ni syarikat Malaysia yang keluarkan produk motorsikalnya sendiri.

TAPAK PERKHEMAHAN PASIR RAJA, KUALA KRAI, KELANTAN : CAMPSITE TENANG, AMAN DAN DAMAI

Tenang, aman, dan damai Perasaan untuk camping masih lagi membara setelah lama dikurung sebelum Kelantan memasuki fasa 3 untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kali ini, aku cuba mencari campsite di sebelah Kuala Krai. Untuk masuk ke Lata Y (biar pun sudah berkali camping di sana) tidak kesampaian kerana tiada kenderaan 4x4 untuk merentas jalan balak yang penuh dengan lumpur. Basikal? Lupakan saja. Pengalaman lepas begitu perit dan pedih untuk diulang kembali. Dengan menggunakan Google Maps, aku mencari lata atau jeram sekitar Kuala Krai. Sebut sahaja Kuala Krai, sudah ada beberapa lata dan air terjun yang viral dan menjadi bualan di media sosial. Motif aku untuk camping adalah untuk mengelakkan daripada ramainya orang. Cuma ada bunyi sungai, bunyi cengkerik di kala malam dan bunyi-bunyi serangga saling bersahutan di hutan. Tiada hiruk-pikuk manusia lain yang tidak aku kenal. Sombong betul kan? Nombor pemilik tapak campsite Kuala Krai sudah tersohor dan masyhur dengan Air Terjun Istana Sa

CAMPING DI KUALA BALAH, JELI : TOK BATIN FOREST CAMP

View mengadap kaki bukit dan juga sungai mengalir perlahan. Berteman kopi di pagi yang dingin. Sungguh asyik. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan berita gembira buat indvidu yang telah cukup divaksin dengan dua dos, rancangan untuk pergi camping diatur dengan secepat yang mungkin. Macam biasa, yang diatur dengan cepat ni biasanya lebih menjadi rancangannya berbanding dengan rancangan yang diatur memakan masa berbulan-bulan. Di tebing sungai sebelum pergi ke campsite Sungai yang berada di sebelah lagi. Sungai ini arusnya deras berbanding sungai yang sebelah lagi yang berada dalam gambar di atas. “Nak camping mana kita ni?” kawan aku terus menelefon bertanya port camping. Nampaknya dia juga tidak sabar untuk camping. “Boleh belaka. Asal camping jah. Ada hutan, ada sungai, ada bunyi-bunyi cengkerik, kira jadi.” Jawab aku. Ciri-ciri untuk camping bagi aku tidak banyak.  “Jom Lata Y?” bunyi macam mengajak, tapi masih lagi dalam nada pertanyaan. “Lata Y jauh sangat nak offroad. Kita nak santa

TRIP CAMPING LATA Y 2.0, KUALA KRAI, KELANTAN

TRIP LATA Y 31 MAC – 01 APRIL Trip ini sudah dirancang berkali-kali namun banyak halangan sehingga akhirnya berjalan dengan lancar pada 31 Mac. Kebetulan 31 Mac adalah cuti pertengahan penggal untuk sesi persekolahan, maka aku juga turut cuti. Memang kebiasaanya, sesuatu trip atau sesuatu program yang dirancang sangat awal dari Tarikh kejadian, kadang-kadang tidak menjadi. Ada yang kecundang di pertengahan jalan, ada yang berubah rancangan sehingga terlampau banyak dan akhirnya trip juga tidak berjaya. Namun, tidak dinafikan, ada trip yang berjaya dengan cemerlang dengan rapinya aturan bermula awal perancangan lagi. Jadi, untuk trip kali ini, rancangan sudah ada dua bulan awal. Rancangan untuk ke Lata Y, Kuala Krai. Tapi, butiran terperinci untuk ke sana masih lagi dalam perbincangan. Antara halangan terbesar adalah kenderaan untuk dibawa masuk ke sana dan bilangan ahli yang ingin turut serta ke sana. Kadang-kadang, ada ahli yang cukup. Maksud cukup di sini adalah ahli yang m