Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ceritera

DIARI PKP 2021 : PART 2

Pukul 9 pagi, masuk satu panggilan. Terpampang di skrin telefon, ‘Rohing 20’. Angka 20 bukan menunjukkan Rahim berumur 20 tahun, tapi sebagai tanda yang Rahim merupakan senior di zaman sekolah dulu-dulu. “Assalamualaikum Mil. Dah siap ke?” Rahim menghulurkan salam. Aku perhati Rahim, memang setiap kali dia buat panggilan, wajib untuk dia menghulurkan salam terlebih dahulu hatta untuk bercakap beberapa patah perkataan. Ada sekali tu dia menghubungi seseorang, “Assalamualaikum bos, beres.” 3 patah perkataan dan terus dia mematikan panggilan. “Waalaikumusalam Hing. Ya, siap dah. Kawe tengah tunggu demo mari ambil. Sama macam janji demo semalam.” “Mil, tukar plan boleh? Demo mari sendiri. Tempat kerja kawasan Lati. Berasa malas nak ambil demo.” Lati ni memang kawasan rumah Rahim, kalau Rahim nak ambil aku, dia kena menyeberang beberapa kampung untuk pergi dan patah balik semula ke Lati. “Boleh. Kawasan mana Lati tu?” Hari mula-mula kerja, aku tidak cakap banyak. Terus sahaja bersetuju. “Ma

DIARI PKP 2021 : PART 1

Jentera Rahim “Hing, kalau nak pasang plug bahagian dapur rumah kawe tu, berapa demo ambil caj?” Aku melontar satu persoalan kepada Abdul Rahim, tapi selesa dipanggil dengan panggilan Rohing. Rahim sekarang kerjayanya sebagai electrical engineer. Rahim termenung sejenak. Merenung siling sambil jari-jemari mengusap janggutnya yang sejemput. “Biasa kawe duk ambil RM 180 untuk satu plug, tarik wayar dari DB,” Rahim memberi jawapan. “Kalau kawe minta demo buat, boleh?” “Hmmm… berapa plug nak pasang?” “Satu.” “Hmmm… macam ni la. Kawe ajar demo, lepas tu demo pasang sendiri. Boleh?” “Sebenarnya, demo malas nak buat ke kalau satu plug?” Soalan Rahim sengaja tidak dijawab bahkan dilontar pula satu soalan lain. “Bukan. Kawe rasa kalau demo pasang satu plug, 2, 3 bulan lagi demo nak pasang satu plug lagi. Baik demo belajar pasang sendiri. Bila-bila masa demo boleh pasang.” Rahim menjelaskan. “Demo rasa kawe mudah faham ke nak belajar wiring ni? Lepas tu demo rasa kawe boleh buat sendiri ke lepas

PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021

Hari ini, persekolahan sesi 2021 bermula biarpun seluruh negara kecuali Sarawak menjalani PKP. Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, cuma pelajar tingkatan 5 dan 4 sesi 2020 yang diwajibkan hadir. Tingkatan 4 meneruskan peperiksaan percubaan SMTQ yang tertangguh. Ada beberapa kertas lagi yang belum diselesaikan. Menunggu peperiksaan sebenar yang bermula pada 26 Januari nanti. Bermula dengan mata pelajaran al-Quran. Harapnya bersedia semua. Manakala tingkatan 5 meneruskan pengajian bersemuka bersama para guru. Persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi. Mudir baru, Ustaz Othman Bin Lah menghantar pesanan, meminta semua pelajar menjaga SOP untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. Mana-mana yang dijangkiti semasa peperiksaan, bermakna tiada lagi peperiksaan buatnya. Mereka perlu ulang tahun, dua kali di tingkatan lima. Tambah beliau lagi, para guru lebih-lebih lagi kena jaga SOP. Tunjuk contoh yang baik kepada pelajar. Baiklah tuan mudir. Kantin huru-hara hari ini. Tender baru, Zara Ikhtiar Ente

ANEKDOT : HONDA KEHABISAN MINYAK

Belum lagi E, tapi minyak dah Empty Jarum minyak baru mencecah warna merah. Merah tandanya amaran minyak hampir habis. Meter sampai di E, bermakna tangki minyak sudah kosong. Itu kebiasaannya untuk motor honda wave type R 100 kepunyaan aku. Motor Honda Wave, tapi laju macam motor Yamaha 125z. Tapi, hari ini satu sejarah yang lain dari kebiasaan. Jarum meter baru mencecah merah, tiba-tiba motor yang aku naiki mati. Tak ada kuasa. Dipulas tali minyak, kosong. “Aaa… kalau jenis macam ni, masalah minyak habis,” hatiku mengomel sendirian. Aku syak memang habis minyak. Aku turun dan buka seat. Aku pusing penutup minyak. Ya, memang betul minyak sudah habis. Patut la dari semalam meter minyak tidak berganjak dari kedudukan mencecah amaran. Perjalanan aku untuk ke stesen minyak tidak berjaya. Terkandas di tengah jalan. Dalam 500 meter lagi untuk sampai ke stesen minyak Caltex, Pasir Mas. Nak telefon kawan, tak berbaloi sebab dekat sangat. Aku buat keputusan untuk tolak saja motor. Cuaca baik, r

MEMINTA DOA, MEMINTA TOLONG DENGAN ORANG YANG SUDAH MATI

“Mil, tak ada soalan nak tanya aku? Aku kepuasan ni. Biasanya mu banyak soalan,” Raja Saiful yang merupakan salah seorang dari pewaris Raja Sakti di Kelantan bertanya kepada aku. “Hari ni aku tak ada soalan Su. Tapi, ada satu soalan yang kawan aku tanya. Jadi, aku nak minta mu jawab.” Tiba-tiba terlintas ada satu soalan yang dilontarkan bertalu-talu minggu lepas dalam group whatsapp. “Okay. Acu cuba lontar mari soalan kawan mu tu. Aku nak dengar dan aku nak tahu susah atau senang soalan tu.” Macam biasa. Keyakinan kena tinggi. “Begini soalannya. ‘Sekarang ni, orang hidup yang mendoakan orang mati atau orang mati yang mendoakan orang hidup?’ Tu soalan kawan aku. Aku minta mu jawab kalau betul bahawa mu adalah pewaris Raja Sakti.” Soalan berharga 10K sudah dilontar. “Agak susah soalan mu tu. Betul ke mu ada kawan yang tanya soalan macam tu?” *** Soalan yang panas dalam seminggu dua ini dalam Facebook dek kerana tersebarnya satu video seorang ustaz yang mendakwa boleh untuk meminta tawass

CERITERA : KAWAN DITEKAN DARI SEGENAP PENJURU

Pagi semalam ada jodoh untuk bertemu mata dengan sain aku. Dia ada banyak nama. Popular dengan nama ‘abey’. Kadang-kadang ada juga yang panggil dia dengan nama Ous. “Lama tak jumpa demo. Duk mengajar Besut lagi ke?” “Tu la. Lama sungguh tak jumpa demo. Kawe ada di Besut lagi.” “Demo nampak sibuk lani. Jarang balik Pasir Mas.” “Kawe bukan tak nak balik. Kawe sebenarnya ditekan dari banyak penjuru. Jadi kawe ambil jalan selamat. Duduk rumah sewa di Besut.” Ous mula menceritakan masalah. “Ditekan dari banyak penjuru? Bunyi macam berat tu masalah demo. Kena tekan macam mana tu?” “Kena tekan dengan bos kawe. Kiri atas kanan kiri.” “Ya la. Kena tekan apa tu? Kawe tanyo dari tadi lagi. Demo tak jawab.” Ambo pula yang tak sabar. “Rileks. Nampak demo pula tekan kawe ni. Kawe sebenarnya kena tekan orang suruh kawe menikah. Ma kawe, abah kawe, orang kampung kawe, ahli masjid kawe, sain-sain kawe, pensyarah kawe. Semua pakat duk tekan suruh kawe menikah!”