Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Food

REVIEW : NASI ARAB MANDY HAJI CHEF FAIZ TERBAIK!

Bagi penggemar Nasi Arab Mandy yang berada di Kelantan, aku cadangkan untuk cuba Nasi Arab Mandy Chef Faiz. Nasi arab dia ni betul-betul sedap dan hampir-hampir nak sama rasanya dengan Nasi Arab yang aku selalu makan semasa belajar di Madinah dulu. Nasi Arab beliau ni, jika dimakan begitu sahaja pun sudah sedap sebenarnya. Tapi, nak rasa yang lebih sedap, boleh request lauk ayam dan kambing. Kalau special lagi, boleh minta lauk arnab. Tapi kalau tak makan daging haiwan darat, boleh request dengan taukey dia nak daging haiwan laut. Dia boleh buat lauk ikan tilapia, ikan merah, ikan keli dan lain-lain ikan yang ada stok dengan beliau. Nasi Arab Mandy dengan Lauk Arnab. Paduuuuu.. Aku cuba lauk arnab haritu memang betul-betul padu. Makan sehingga lupa dunia. Tapi awas!! Arnab tu kalau sekali tengok memang bentuknya macam kucing parsi. Haha. Bau nasi dia sungguh mengasyikkan. Aromanya menusuk hidung, menyebabkan semakin bertamboh selera ketika makan. Kalau nak lagi sedap, semasa makan tu k

REVIEW NASI ARAB - LAMB KABSAH

Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..? Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je.  Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza