Skip to main content

Ramadhan Ini Sedikit Berbeza 1435 / 2014

Pejam celik pejam celik ni rasanya dah tak terasa sangat sudah dekat sebulan berada di Malaysia sejak pulang dari Madinah. Blog pun tak terupdate dengan berita kepulangan tuan penulis ke tanah air. Pertama sekalinya, aku nak ucapkan selamat berpuasa buat Muslimin dan Muslimat dan para blogger. Walaupun terlambat, tapi Ramadhan masih belum berakhir. Ye dak? Semoga puasa kalian semua akan diterima Allah. Celakalah anak Adam apabila berakhirnya bulan Ramadhan tapi dosanya tidak diampunkan oleh Allah.

Ramadhan tahun ni seakan berita perit buat umat Islam. Gaza diserang, dibedil bertubi - tubi oleh Iblis Israel tanpa mengambil kira kemuliaan umat Islam menyambut Ramadhan yang berpuasa di siang hari. Mereka mungkin sempat bersahur, tapi tidak dapat menjamin apakah mereka dapat juga berbuka di dunia ini. Mungkin mereka akan berbuka di syurga bersama para penghuni Gaza yang lain. Syahdu nan pilu dengan saudara kita di sana. Doa untuk mereka adalah senjata kita yang utama bagi kita yang tidak mampu mengangkat senjata untuk menolong mereka.

Saat Gaza diburu dan dikepung dari segenap penjuru, Malaysia pula dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati. Tragedi yang pasti merobek hati dan jantung keluarga mangsa yang terlibat. MH17 ditimpa bencana. Tanpa salah dan tanpa silap, sebuat pesawat Malaysia Airlines di tembak dengan peluru berpandu dari darat tanpa meninggalkan seorang penumpang pun yang hidup. Kekejaman apakah dunia kita sedang alami sekarang ini? Moga Allah membalas dengan balasan yang setimpal. Benarlah firman Allah, tangan manusia itu sendirilah yang merosakkan muka bumi ini. Ya, dunia semakin uzur dan semakin hampir dengan penghujungnya.

Ramadhan datang bertamu. Di Gaza, di Iraq, di Syria dan di Rohingnya kita boleh tengok saudara kita di sana tidak aman untuk melakukan ibadah kepada Allah sekaligus untuk merebut malam seribu bulan di bulan yang mulia ini. Tapi, kita di sini dengan suka dan gembiranya membazirkan peluang keamanan dan ketenangan dengan membeli belah di pasar raya. Bilal mengalunkan azan, sedangkan kita pula sibuk untuk menghidupkan enjin kereta. Ingin mengejar sale dan jualan murah di pasaraya. Kita masih terlena dalam kelalaian. Itu adalah hakikat.

Comments

  1. eh... habis ngaji dah ko? buleh raya di Malaysia la tahun ni ins sha allah...

    ReplyDelete
  2. muhasabah.. moga Allah ampuni kita.

    Bro, jom iftar reramai.. roger ostad jiji terr!

    ReplyDelete
  3. Eh dah ada kat tanah air? Selamat berpuasa dan selamat menyambut aidil fitri yg bakal tiba tak lama lagi

    Ye lah.. Kaklong pun heran, dlm Allah beri kita teguran dan kesedihan ni pun ramai yg masih lalai gembira sakan shopping sana sini time yg sepatutnya difokuskan utk ibadah. Byk time lain yg sesuai kot...

    ReplyDelete
  4. Allah..dua2 sedih. Gaza mahupun Malaysia. Hmm..

    ReplyDelete
  5. bencana, tragedi, bala... itu semua ujian...

    taoi kita tak sedar, kit yang bersenang-lenang pun sebenarnya sedang diuji... kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.