Genap sebulan aku balik berkampung dan bermukim kembali di bumi Malaysia. Kalau sebelum ni, aku menjadi warga kota Madinah. Kota suci yang menjadi saksi kepada kemegahan Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Empat tahun aku berada di sana dan saatnya sudah pun tiba untuk aku kembali pulang. Pertemuan dan perpisahan itu sudah sinonim dalam fitrah kehidupan.
Alhamdulillah. Aku dapat menghabiskan jua degree aku selama 4 tahun di sana. Aku kira peluang yang aku dapat untuk belajar di Madinah adalah antara rezeki yang paling tak ternilai diberikan oleh Allah. Apa tidaknya, ada satu ketika aku sudah berputus asa untuk meneruskan pengajian. Aku sudah mengangkat ganggang telefon dan memberitakan perkara ini kepada orang tua ku semasa aku di UIA dulu. Benda ni kalau dikenang memang mengembalikan nostalgia yang syahdu. Allah tahu, dan Dia berikan aku peluang untuk terus belajar dan menuntut ilmu. Hehe.
So, sekarang ni aku menulis sebagai salah seorang penganggur yang kehormat. Baru aku tahu perasaan orang yang menganggur ni macam mana. Mereka akan mula merungut yang zaman semasa belajar adalah zaman yang paling seronok dan gembira. Ye la kan? Zaman belajar mana nak fikir sangat tentang duit. Paling tidak pun akan dapat PTPTN kalau tak dapat biasiswa MARA mahupun JPA. Memang ianya berbeza dengan zaman selepas belajar.
Zaman selepas belajar ni adalah zaman untuk mencari balik duit yang telah habis dilaburkan semasa zaman belajar. Rasa tertekan untuk membalas balik budi dan jasa ibu bapa dalam membayar yuran persekolahan kita sewaktu dulu, rasa tertekan untuk tidak lagi bergantung kepada beras dan lauk yang ibu bapa kita beli. Rasa tertekan apa lagi? Rasa tertekan dengan perasaan sendiri yang memperkatakan seolah - olah kita ini tidak lagi mampu berdikari sendiri. Ye dak?
Sebelum balik Malaysia ni, aku dah ada sedia sedikit bekal untuk buat belanja semasa keadaan ekonomi tengah gawat di sini. Bekal sementara untuk mencari pekerjaan. Makin lama makin kurang dah bekal aku ni. Kerja pun masih belum dapat lagi. Mungkin percaturan Allah itu masih belum aku nampak dengan jelas dengan mata kasar mahupun mata fikiran. Biasa memang macam tu pun kan? Kita tak nampak apa kebaikan yang Allah aturkan untuk melainkan setelah kita dapat benda tersebut. Begitu kan?
semoga dipermudahkan.
ReplyDeleteinsyaAllah nt ada rezeki tu.. selamat hari raya..
ReplyDeletesemoga dipermudahkan selamat hari raya!
ReplyDeletebila baca coretan bro, terus muhasabah diri.
ReplyDeletejauh lagi perjalanan yuyu.. :(
tahniah dah setel jugak tempuh 4 tahun kat sana kan HJ.
ReplyDeleteinshaAllah nti ada tu rezeki kerjanya.. moga dipermudahkan :)
Semoga segera beroleh pekerjaan tetap. Insyaallah.
ReplyDelete