Skip to main content

Kisah Sup Telur

Dalam tetibe aku menjenguk blog member aku kat Nesloo tadi, aku tengok dia update pasal laki pandai masak. Aku dah tahu yang dia ni memang terer memasak. Macam bapak dia kot. Cuma kat dalam entry tu dia tak bagitahu sangat yang dia pandai masak. Biasala..awek mesti ramai tertarik kalo dia cakap yang dia memasak tu mmg kaw-kaw. Kalah chef Korea yang pakai kopiah putih ala-ala cite Gourmet tu. Kalo tak tahu citer Gourmet, korang senyum je la.. Tak tahu teman nak terangkannya.

Dalam banyak-banyak masakan kat oversea dulu la. Aku rasa-rasa, aku dah boleh agak dah apa jenis makanan yang member aku ni tak suka makan. Kalo chef, biasanya semua jenis makanan dia makan kan? Tapi, aku tengok dia ni pelik sikit je. Anti gile dengan makanan ni. Aku dengar dia anti dengan makanan ni pun daripada roomate-roomate aku time kat oversea dulu. Cuba tanya dia sendiri, dia buat muka masam je. Kahkah...

Sup telur. Korang pernah dengar tak masakan sup telur. Kalo tak pernah, korang try la. Kat kedai mamak ada satu masakan macam ni. Try la order satu. " Mamak, sup telur hancur satu.." Kalo member aku ni dengar menu apa untuk tengah hari ataupun malam time kat oversea dulu, conferm... akan terpampang jelas muka dia macam tak selesa dengan nama sup telur. Kah3... tengok-tengok, tak sentuh pom sup telur tu. Rela kelaparan. Anti benar dia dengan sup telur. Kalo mood dia terlalu bengang disebakan menu sup telur pada hari tu, ada rezeki untuk roomate-roomate dia makan kat luar la. Kalo tak KFC, melahap McD dengan order BigMac. Hakhak... (Heran jugak, mood bengang, tapi boleh belanja roomate makan sedap lagi..)

Yang aku paham, sup telur yang member aku anti tu sup telur macam ni. Korang bayangkan korang tengah membuat sup, lepas tu, bila sup tu dah nak masak da... macam dah menggelegak gitu kuahnya..korang amek telur dalam 20 biji (roomate aku ramai, tu yang makan banyak tu), lepas tu..korang pecahkan dan masukkan dalam kuah tu. Habis je 20 biji telur tu, korang kacau biar sebati... Haha.. korang boleh imagine tak sup telur yang power tu. Aku rasa, resipi macam ni la yang member aku tak leh makan tu.

Heeee...aku pom tak tahu entah sedap ke atau tidak dengan masakan macam tu. Setibanya aku di sana, tahu-tahu resipi tu dah dihazafkan disebabkan tiada orang yang ingin menjamahnya. Kesian kat Chef yang memasak untuk masakan selepasnya sebab terpaksa basuh periuk yang tersisa dengan makanan yang tak habis. Hakhak...

Tapi, satu je yang aku nak pesan kalo korang tengah menghadapi situasi yang lebih kurang macam ni. Situasi dalam keadaam makanan tak sedap atau pun bukan taste kita berada di hadapan kita dan dalam keadaan ingin bersantap dan melahap dengan lahapnya. Try-try je..pergh.. memang tak sedap. Tak sedap memang tak leh imagine kan. So, korang jangan la terus je kutuk makanan tu. Kutuk pulak memang kaw-kaw la... Habis segala bintanga kuar dari mulut korang tu. Jadi kita macam tu ye sebab Nabi S.A.W larang kita untuk berbuat sedemikian rupa. Termasuk dalam salah satu akhlak yang buruk.

Kalo korang tak suka sekali pun makanan itu, korang jangan makan la. Tak yah la dok kutuk2 plak kan. Kesian kat makanan tu. Ingat, dia pom makhluk Allah jugak. Dia boleh paham la kalo setakat korang kutuk dia tu. Hehe.. makan je satu suap, rasa tak sedap, so korang tinggal la... bagi je kat orang lain. Hehe..

**kalo korang nak tahu, ejaan yang betul bagi telur ayam atau seumpamanya   adalah dengan huruf 'u' iaitu telur, bukan dengan huruf 'o' telor. Telor itu adalah untuk budak-budak atau pun untuk orang yang cakapnya tak berapa nak betul lagi tu.

Ramai sangat yang tak tahu ejaan betul Dalam menulis ni, kena tahu-tahu jugak la Bahasa Melayu yang betul. Ye atau tidak? Korang jawab la...

yang ni telur tak hancur..tak de gambar yang telur hancur...

Comments

  1. eh mood bengang pun leh belanja org lg erk...klu cmtu best la,hr2 buat jiji bengang biar die belanja hak3x....

    ReplyDelete
  2. mueheh bedo'oh doh ni ngayim ko aku..ahaha

    ReplyDelete
  3. dop nati ko jiji, aku pon dop brehi mey.. hahaha

    ReplyDelete
  4. fikah:suh jiji bengang la..aku tak berani

    Sek muzolat : aku malas ngulah lebih2 jah..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.