Skip to main content

Arsenal Kalah Lagi dengan Barca

Apa macam semalam geng Barca? Mesti tersenyum je kan? Keke.. tahniah untuk korang kerana Barca mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Arsenal semalam dengan agregat 4-3. Yang menang mesti suka, yang kalah sudah semestinya sedih. Kepada fan Arsenal yang fanatik sangat tu, jangan terlampau sedih. Sakit badan nanti kan. Biasala...team underdog.. kalo menang tu, terlampau ok la pulak...

Bukak je belog aku pagi ni, tengok-tengok kat shoutbox ada sorang member aku yang nama AweDonde shout takziah kerana Arsenal kalah. Mesti tersenyum geng diorang bila tahu team Arsenal yang aku sokong sebelum ni kalah sakan dengan Barca. Nak balas akibat yang game first kot sebab pada game first Arsenal nga Barca kat Emirates. Diorang asyik kena takziah je sebab tewas dengan Arsenal 2-1. Tapi, satu kebanggaan buat Arsenal kerana mampu menang dengan Barcelona.

Itu pasal, aku hanya tengok live streaming je kat internet. Tapi, yang kelakarnya, live streaming aku tu boleh je delay 20 minit. Tu pun aku perasan time match half time ke 2. Boring-boring tengok game, aku klik la livescore, tengok-tengok Arsenal dah satu sama siap dengan Persie dapat kad merah lagi. Termenung aku sejenak. Aku pergi cek balik kat livestereaming tu, rupa-rupanya yang kat livestreaming aku tu baru minit 47 dan kat livescore da minit berapa da. Jadi, aku buat keputusan yang keputusan di livescore itu adalah lebih tepat berbanding livestreaming aku tu yang asyik-asyik sangkut je.

Tapi, tak mengapa. Untuk memuaskan hati aku yang tengok livestreaming delay, hari ni aku donwload full match game semalam dalam format High Definition. (HD). Gambar ni memang terbaik sekali la. Kalo tak terbaik, takkan skysport ataupun channel-channel sukan kat Astro buat HD kan? Mesti lebih jelas kan. Kalo korang yang tak tahu tu, rajin-rajin la selak pakcik google. Nak explain pun rasa macam tak penting sangat.

HD pom HD jugak. Masalahnya, besar sangat saiz file tu. Ada la dalam 1Gb lebih. Kalo bagi user internet yang amek kelajuan internet 4mbps, itu tak de masalah bagi korang sebab dalam masa sejam lebih dah boleh habiskan. Tu pun kalo maintain 4mbps. Kalau yang aku ni pulak, pakai yang pakej format 1mbps. Dah la pakai 1mbps, nak dapat kelajuan betul-betul 1mbps tu memang kadang-kadang je. Macam dah kena tipu dan dizalimi dengan syarikat internet macam ni.

Aku selaku sahabat nesloo, nak ucapkan takziah jugak kepada beliau kerana Arsenal telah kalah semalam. Kahkah. Sabar je untuk menghadapi hari-hari yang mendatang apabila bertemu dengan muka-muka yang sama je semuanya. Semuanya muka macam bendera Barcelona. Biasala..team kita dah baik dah semalam, sebaik saja Persie dapat kad merah, semuanya telah berubah. Kekeke.. ada hari kita balas pula.. Sekarang ni kita suh anak-anak buah Wenger ni fokus untuk game lawan ManU sebagai liku-liku cabaran untuk menggapai piala FA.

Aku harap, pada mana penyokong bola tu, janganlah sampai kita berbalah-balah dalam menyokong pasukan kita itu. Yang kalah janganlah diejek kerana itu adalah amalan yang amat bertentang dengan ajaran Islam yang murni. Bukan jugak daripada akhlak yang terpuji.


Kalah itu sudah adat permainan. Jika ejek-mengejek itu sudah menjadi tradisi, tak mungkin ejekan itu boleh menyebabkan hati mana-mana pihak tersinggung dan terjadi kejadian bermuka masam dalam sehari dua atau boleh berlarutan sehingga sebulan dua. Yang buruknya adalah berlarutan sehingga bertahun lamanya. So, kita semua dah besar dan dah matang, fikirlah sebaiknya. Takkan kerana bola hubungan keakraban kita dengan sahabat-sahabat boleh jadi renggang. Jangan bagi ruang untuk orang kafir tersenyum dengan kerenah kita kerana sememangya mereka amat suka bila tengok umat Islam berpecah!!

Comments

  1. Tak sia sia i bangun kul 3 pagi nak tgk bola semalam weh!

    Cayalahhh barca! olee olee :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.