Skip to main content

Kesempatan

Rasanya agak lama dah blog aku tidak di update. Hak3. Maklumla..org sibuk dengan pelajaran. Masa untuk blog ni tak difokus sangat. Lain la macam member aku yang minat sangat nesloo tu..dia tu memang dinafikan yang beliau sudah tak fokus sangat dengan belajar, skang ni dok tengah mengajar orang adala...

Tapi, kita kena ingat yang hidup ini tidak boleh lari dari belajar. Sampai mati kita akan belajar dan belajar. Jangan sesekali kita merasakan yang ilmu kita sudah cukup dan tak perlu ditambah lagi. Tak kisah la ilmu apa sekalipun. Yang penting belajar dan terus belajar. Dan ingatlah untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar ilmu yang kita belajar itu adalah ilmu yang dapat memberi manfaat.. Tak macam tu ke?

Itu macam nasihat la sikit. Aku setakat nak nasihat orang sikit - sikit tu boleh la.. Nak nasihat banyak-banyak takut korang pula yang tak leh terima yang aku ni sangat bagus. Kah3..

Hee..di kesempatan ini, aku nak mintak maaf banyak - banyak kat sesape yang telah follow belog ubibadok ni. Secara balasannya, mesti korang yang follow aku tu nak aku follow balik kan.? Kat sini aku nak bagitahu yang aku mintak maaf sebab server buat hal. Aku tak tahu la pasal internet kat sini ke, ataupun pasal lappy aku. So, yang mana follow aku, lepas tu tngok follower kat blog dia tu tak bertambah, boleh la pelan-pelan nk unfollower aku..keke..aku tak kisah sebab belog aku pom bukannya ramai follower. Tu pom hajat nak buang je widget follower. Haha..

Di kesempatan ini jugak, aku pom tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Hakhak. Tapi, buat masa skang ni aku dok tengah countdown nk tngok game Arsenal nga Barca. Ada dalam 30 minit lagi. Tapi, yang masalahnya, aku tak de port nak tengok malam ni. Port yang ada jauh sangat..tambah - tambah tak de transport yang laju sikit. Kalo setakat jalan kaki tu sampai je. Tapi, sampai je kat port tu, basah lencun baju aku. Disangka orang aku pulak yang main dengan Barca. Hakhak.

Apa - apa pom, untuk game malam ni, sokongan aku tak berbelah bahagi. Hanya untuk myheart iaitu Arsenal. Hehehe. Korang yang mana sokong Barca tu jangan benci pula kat aku. Kita bersaing secara sihat ye. Kekeke. Angap je Arsenal ni adik kepada Barca. Adik pom, tak mutahil boleh menang dengan abang  kan?

so, aku blah dulu la. Tengah ikhtiar nak tengok macam mana game malam ni. Satu lagi, hajatnya, entry aku tak akan ada bnyak sangat gambar sebab internet kat sini akan slow kalo kita upload something. So, aku malas nak menyeksakan internet dan juga diri aku untuk upload gambar - gambar yang tak seberapa penting. Keke..

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.