Skip to main content

Malu Di Rumah Sendiri

Assalamualaikum. Sori la pasal entri sebelom ni yang dok kutuk Redknapp selaku coach Tottenham. Hari ni baru guwa akui yang Totenham memang hebat. Tapi, menang dengan Arsenal 3 - 2 semalam tu nasib je. Jangan dok bangga sangat. Haha,, (tak nak terima hakikat). Kepada fans Arsenal tu, korang jangan sedih plak. Game kita semalam dah terbaik dah. Memang banyak dah peluang. Cuma gol je yang tak jumpa. Ehehe...sape yang tengok match semalam ni, conferm tak menyesal.

Dengan Arsenal dan Chelsit kalah semalam. Nampaknya hanya Man U la yang tersengih sebab diorang menang 2 - 0 dengan Wigan semalam dan berkongsi mata dengan Chelsit semalam. Ceh...Arsenal kena potong plak dengan Man U. Memang patut la Wenger badmood semalam. Siap baling botol air lagi. Takpe..guwa rasa tak lama je kedudukan Man U tu. Tapi, match semalam telah memecahkan rekod Totenham yang selama 17 tahun tidak pernah menang dengan Arsenal di Emirates. Perghh..lama tu beb...dah berpuluh-puluh coah dah Totenham guna untuk kalahkan Arsenal. Last-last, coach Redknap yang tiada perasaan ni yang dapat memecahkan rekod di Emirates...

Jom..kita tengok dulu skuad Arsenal kita yang beraksi semalam. Aku rasa, skuad semalam adalah skuad yang terbaik Wenger, Tapi, tak de rezeki. Kalah jugak. Sebaik-sebaik kita merancang pom, Allah jugak yang menentukan. Betul tak? So, redha je la...

Chamakh

Arshavin - FAbregas - Nasri

Denilson - Song

Sagna - Koscielny - Squilacci - Sagna

Fabianski

Wenger nampaknya menggunakan taktik 4-2-3-1 untuk game Totenham ni dengan meletakkan 2 pemain DM iaitu Song dengan Denilson. Bijak plan Wenger. Wilshere yang bermain sebagai CM terpaksa digantikan dengan Denilson untuk berganding dengan Song. Kalo korang perasan, skuad ni sama dengan skuad yang bermain dengan Everton sebelom ni,cuma tiada Wilshere dan Djourou je. Djourou terpaksa diletakkan di bangku simpanan dengan kehadiran Koscielny. 

 gembira di awal-awal minit je..

Haha..guwa tak tahu la kat mana lemahnya skuad kita ni. Pada halftime, kita dah leading dah dengan jaringan 2-0 hasil daripada Nasri dan Chamakh. Kita alpa atau kita lalai yang boleh menyebabkan totenham ni menjaringkan 3 gol utk separuh masa lagi.

Seawal minit 9 lagi Nasri telah menjaringkan gol hasil bola hantaran tinggi Fabregas. Kalo korang tengok sendiri video gol Nasri, baru korang boleh imaginekan. Ehehe..sori la..guwa tak upload video kat sini. Tapi, kat tepi blog guwa ni ada blog yang sediakan highlight. Korang rajin, korang donload la sendiri. Dalam gol ni, Gomes ada sedikit membantu usaha Nasri utk menjaringkan gol. Tak tahu la macam mana diorang berpakat.


Gol ke 2 Arsenal pulak hasil hantaran lintang Arshavin kepada Chamakh. Guwa pom pelik jugak, macam mana Chamakh boleh jaring gol dengan bola macam tu. Tak tahu la, nasib Chamakh ataupun skill Chamakh yang tinggi. Haha..Gomes pom tertipu beb....Kalo korang tengok highlight, boleh tahu la macam mana Gallas kena 'booo' oleh fan - fan Arsenal. Best jugak tengok Gallas kena 'booo'. Haha..Tapi, terbaik la Gallas ni, jadi kapten utk Totenham. Nasib baik dia tak menangis macam jadi kapten kat Arsenal tempoh hari.

 bekas kapten Arsenal ni...baik2 skit..

Game semalam dah best dah. Kedua - dua team berbalas serangan. Guwa tak tahu la macam mana Redknapp bagi suntikan kat pemain dia ni. Masuk halftime kedua, perghh..memang semangat giler diorang ni. Arsenal pom nampak cam menggigil skit. Yang aku tengok steady skit Song dan Sagna je. Haha..

Gol pembuka Totenham dijaringkan oleh Bale. GAreth Bale yang dok komen dalam entry guwa pasal Redknapp tu. Dia la yang jaringkan gol untuk Totenham. Guwa tak berapa ingat la sape yang assist. Tapi, dok rasa Van De Vaart. Bale ni memang terbaik la bagi guwa. Banyak sangat jasa dia kat Totenham. Kalo totenham power pom jasa dia je. Ehehe.. Kat sini, guwa tak puas hati dengan bek Arsenal. Guwa bengang la dengan bek ni. Tak tahu la apesal. Guwa pom tak tahu sama ada salah bek ke salah pe. Tapi, kalo Vermaelan main, memang guwa tak komplain la. Haha...



Pasal Vermaelan ni sgguh misteri. Doktor kat kem Arsenal pom beritahu guwa yang dia pom tak tahu bila Vermaelan ni akan sembuh. Misteri betol. Harap - harap tak kena sihir oleh bomoh siam. 

Gol kedua Totenham ni  la aku dok rasa gol nasib je. Diorang mendapat sepakan penalti yang diberi free je oleh pengadil. Alasan pengadil adalah kerana bola free kick terkena tangan Fabregas dalam kotak penalti. Bila guwa tengok balik video, memang sah la Fabregas dok alih tangan nak menahan bola. Haha.,tapi, Fabregas bagitahu Ref yang dia nak menahan bola dari terkena muka. Takpe la Fabregas, ref ni tak percaya kat ko. Try pada ref lain plak ye. Ehehe.. Penalti pom lawa gak dari kaki Van de Vart. Memang terpedaya terus Fabianski.

 Denilson pom tak puas hati dgn Gallas..ehe

Gol last dari Kaboul ni la yang menjadi gol kemenangan diorang. Guwa rasa Kaboul pom tak bajet nak score gol sebab lepas dia score gol tu nampak muka cam terkejut je. Bibir dia pucat semacam je. Haha. Tandukan Kaboul hasil  bola freekick Van De Vart ni lah yang  memecahkan rekod diorang menang kat Emirates. Tahniah banyak - banyak untuk Totenham sekali lagi. Sekali ni je korang menang kat Emirates. Ehehe..Minit 86 beb..Korang bayang lah, mesti frust gila team Arsenal. Dah la leading 2-0, last-last kalah dengan gol pada minit 86.Ehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.