Skip to main content
Assalamualaikum semua. Lama dah agaknya blog ubibadok ni tak update. Kalo ibarat ubi la..dah lama dah buruk dalam tanah sebab tuan dia tak nak gali ambik. Kurang-kurang boleh jugak rebus makan time hujan macam ni. Kalo dok biar macam tu, silap-silap, babi hutan jugak yang kenyang. Apa macam? Betul tak? Haha..

Aku sebenarnya tak de motif pom nak update blog ni. Last sekali aku tengok entri ni pasal editor blog ni yang dapat pergi Madinah. Jadi, di kesempatan ini, aku pom nak wish selamat belajar la kat luar negara tu. Bukan calang-calang tempat tu. Madinah beb. Tanah haram lagi. Kat situ jugak ada masjid Nabawi. Oooo....Kalo aku, nak sangat la pergi belajar kat tempat macam tu. Time kepala hotak dok serabut ni, boleh pergi masjid Nabawi, ambik berkat sedikit sebanyak. Betul tak?

Jadi, kepada yang berkenaan tu, selamat belajar dan selamat pulang la. Aku tak nak sebut la nama ko kat dalam ni takut tak jadi secret pulak. Aku sebenarnya dok tunggu update daripada Ustaz kita yang skang ni dok tengah mengajar kat Tahfiz MAIK. Aku minat sangat baca tulisan dia. Simple je. Haha. Aku pom heran sangat dengan ustaz ni. Kalo tengok sekali imbas memang nampak bukan macam ustaz la. Nampak macam Awie Wings la kalo korang terpandang dia sekali imbas. Aku pom konpius time first time tengok dia. Dengan jambang dan kening dia..Fuhhh,,memang seiras la..aku nak explain kat sini pom susah. Yang aku dapat cam dia tu time dia bersuara. Aku ingat kan suara dia rock macam awie. Apa...suara macam penyanyi nasyid. Hahaha. macam tak caya la pulak. Muka cam awie, suara macam Munif Hijaz.



Siasat punya siasat...baru la aku dapat tahu yang dia ni bekas ahli nasyid sekolah. Patut la. Ahli nasyid rupanya. Ahli nasyid yang diberi anugerah oleh Allah Taala dengan mukanya yang Rockers. Kalo korang nak tahu lagi, dia ada buat rakaman album, tapi..takde satu syarikat rakaman pon yang nak publish dia punya karya. Aku pom tak tahu apesal takde syarikat yang berani ambik risiko. Untuk pengetahuan korang, rakaman yang dia buat tu hanya dalam format mp3 yang direkod dalam handfon xpress musicnya. Last sekali aku tengok handfon dia...fuhh..dasyat beb...punat dia tu..dah tak de da...Kalo dia nak balas mesej, dia tekan je atas papan litar yang kaler emas tu. Kesian betul, handfon tak de casing.

Tapi, korang jangan tengok luaran je. Selain berbakat dalam bernasyid, dia ni pandai gak bertaranum. Bab taranum ni aku rasa ada edittor lain yang nak ulas. Aku tak leh nak ulas banyak-banyak, takut dia detect pulak. Haha. kalo korang nak dengar kuliah maghrib dari dia, korang kena pergi la cari madarasah alik hulu pasir mas. Aku nak cakap nama kampung takut detail sangat. Kalo nak tahu jugak, contact facebook la ye. Ehehhe...Kalo korang dengar ceramah dia,, pergh,,,memang sangkut la..meleleh beb.

Tu baru sikit je pasal editor blog  misteri ni. Last update ialah post yang sebelum ni. Aku masih tertunggu lagi update dari dia. Tu baru citer pasal nasyid je pasal  dia. Tak masuk bab sukan dan bina badan lagi ni. Kalo aku citer pasal tips badan nak tuff macam dia ni..perghhh..korang mesti tak caya. Mudah n simple je. Jadi, aku simpan je tips badan tuff dari dia ni sementara menunggu dia update post yang baru. Bye...

malu la letak body sendiri..

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.