Assalamualaikum.
Hari ni member aku yang paling cun telah tag aku dalam blog dia yang bernama nesloo. Kalo ada sesape yang tak pernah tengok korang tekan je link ni.
Aku dah iklan da blog dia dalam entry sebelom ni
kalo korang yang perasan mesti dah tahu macam
mana dia ni istimewa di hati bloger ubi badok. Wakaka.
Jadi,
untuk tidak menyinggung perasaan bro yang hati
kuntum ni, aku selaku wakil editor ubi badok menjawab la apa soalan
mengarut yang dia nak suh jawab sangat tu. Macam budak
pempuan lak dok main jawab tag ni.Ehe..
1. Apa yang penting dalam hidup korang?
Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan Islam.
2.Benda terkahir yang korang beli pkai duit sendiri.
Aku beli ayam kat restoran AL BAIK. Power
giler ayam dia. Tak nyesal habis duit aku. (murah je)
3.Dimanakah tempat yang korang ingin melangsungkan perkahwinan
dan tema perkahwinan korang nanti?
Yang ni kena tanya bakal isteri aku la. Nak diskusi dulu dengan dia.
ehehe...
4. Adakah korang bercinta sekarang?
Ya, cinta kepada Allah dan jugak kekasihya Nabi Muhammad S.A.W.
5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang.
Selagi yang termampu selagi itu masih sayang, Wakakka..
6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang.
Kat umah dia la. Ditemani oleh ibu kesayangan dia. Ehehe
7. Novel/Buku/Majalah terkahir yang korang beli?
Buku tu aku da tak ingat da nama dia..Tapi skang ni
tuan blog nesloo yang pinjam.Haha
8.Apakah nama penuh korang?
Asmara
9.Antara mak dengan ayah, yang mana korang lebih mesra?
Sudah tentu ayah. Anak ayah kan.haha
10. Adakah korang basuh baju sendiri?
Soalan ni cam dah takde modal da...tak perlu nak jawan lah..haha
11. Namakan nama orang yang betul - betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Of Course la Cesc Fabregas. WAkaka..
12. Pilih salah satu, peluk or cium?
Mesti la cium...mmuah,,,
13. 5 benda yang korang sangat2 sayang dalam hidup korang?
1. laptop dell aku
2. nfone nokia 2300
3. Quran poket aku
4. Kasut futsal baru beli
5. Kitab2 dan buku2 yang aku beli.
14. Lagu yang korang suka dan selalu dengar
Lagu nyanyian sheeda, aku sudah tidak percaya padamu lagi.haha
15. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas.
14051991
Aku sambut dengan member aku yang skang ni body dia dah tuff da, Kitorang kongsi duit nak jamu budak - budak yang perut macam tong sampah ni makan nasik berlaukkan kambing. Nampak grand giler, maklum la, si tuff tu dah nak balik da. Tinggal lagi perut cam tong sampah ni kat Mesia. Wakaka. Kitorang ari tu sambut kat Restoran yaman yang menjadi kegemaran sifu muing. Ehehe
Haha.. siap jugak akhirnya. Punya la malas aku nak jawab soalan2 yang remeh temeh macam ni,
Kalo bagi soalan math ke, prinsip akaun ke, berbaloi gak aku
jawab.
Ni soalan basuh baju sendiri ke, nak peluk ke nak cium, ntah apa2
punya soalan. Sape la yang start buat tag ni. Ehehe.
Soalan last saje je aku tak jawab. Dia suh tag 6 orang blogger. So, aku dah tahu, mesti buat serabut kepala bloger yang aku tag tu nak jawab.
So, kalo ada mana2 blogger yang nk suh aku tag dia, bagi tahu la kat shoutbox tu. Tak de hal la. Malu muka pom kejap je..ehehe
So, kalo ada mana2 blogger yang nk suh aku tag dia, bagi tahu la kat shoutbox tu. Tak de hal la. Malu muka pom kejap je..ehehe
P/s : Semua jawapan kat atas tu adalah jawapan persendirian aku. Tidak ada kaitan dengan mana - mana editor ubibadok yang lain. Kalo editor lain nak jawab, buat entry yang lain eh. Kekeke...
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.