Gosip-Agbonlahor dan Metzelder

Gosip perpindahan terbaru sekarang ni hangat di Eropah memandangkan EPL 09/10 bakal berkahir tak lama lagi. Biasala tu untuk gosip² sbb yang boleh untung pom akhbar² kerana ramai orang beli surat khabar utk tahu berita² camni. Tapi, akhbar pom, diorang ni punya link yang blh dikatakan kukuh untuk kita bg kepercayaan sebanyak 20/30%.



Terbaru, Wenger dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang tinggi lampai dari Aston Villa. Biasala, setiap hari, gosip terbaru je yang kuar. Agbonlahor dikaitkan dengan Wenger kerana penyerang prolifik itu sedang mengintai kelab yang bermain di Liga Juara- Juara. Jurulatih Aston Villa sendiri mengakui yang dia ni bimbang sangat² jika Agbonlahor meninggalkan kelab tersebut.

Tambah pula, O'Neil sangat bimbang kerana James Milner dan Ashley Young turut mendapat perhatian daripada kelab Man U dan juga Chelsea. Gusar dan tak lena tidur ni. Pemain England yg baru berumur 23 tahun sudah dapat dipanggil penyerang yang berbisa dengan dapat menjaringkan 16gol untuk musim. Yang kurangnya, Agbonlahor tidak mewakili mana² kelab di Liga Juara - Juara.



Mengenai Metzelder pula, WEnger dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain German itu walaupun umor dia sekarang ini 29 tahun. Wenger ingin mencari bek baru kerana bek sekarang ni sudah tidak ada kualiti dan terlalu banyak untuk disimpan. Dah tua tapi, kualiti kureng. Wenger juga telah menimbangkan mengenai nasib Silvestre dan juga mengenai pembaharuan kontrak Sol Campbell dan juga William Gallas. Tapi, William Gallas ni aku masih minat la kat dia. 

Metzelder nampaknya dipinggir oleh Pellergini dan tidak ditawarkan kontrak baru kerana dia menganggap bekas pemain Borrusia Dortmund ini sebagai lebihan kelengkapan. Itula, kelab yang ramai bintang, kesian kat bintang yang tak berapa nak bersinar. hancur karier. Metzelder dikatakan mencari kelab yang dapat menaikkan namanya bagi memasuki skuad Joachim Loew utk World Cup nanti.

Metzelder hanya bermain 3 match saja untuk musim ini kerana mengalami masalah kecederaan lutut yang panjang. Walaubagaimanapun, Wenger bersedia untuk menawarkan kontrak jangka pendek untuk Metzelder ini. Adios. 

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun