Christian Eriksen elak Spekulasi..dan MOussa Sissko

Salam sejahtera. Berjumpa lagi ye kita. Aku kira dah lama dah tak update blog ni. Sorry r sbb skang ni sibuk sikit nga exam. Kena fokus kat exam kejap. Fokus pom, tak konferm lg dapat jawab. Tapi, kurang²nya ada gak usaha utk fokus bg peperiksaan final ni. Maklumla..student lg kan. Hehe..



OK. Kita cerita pasal Eriksen ni. Kalo sebelom ni, aku ada post tentang pemain muda Ajax yg menarik minat Arsenal utk mendapatkan pemain muda ini. Pemain ini menarik minat Arsenal kerana dia dapat bermain utk skuad utama pasukan Ajax bg usia semuda dia. Tahu² la yg Arsenal ni gemar nga pemain muda dan berpotensi utk dikembangkan. Tapi, tu la, Arsenal takde rezeki sbb Eriksen menamatkan spekulasi perpindahannya dengan melanjutkan kontraknya dengan Ajax sampai 2013/2014.

Hancur lebur harapan Arsenal. Nak buat camner, org tak sudi. Hehe..Kita cari org len la plak. Menurut report, pemain lagenda Arsenal iaitu Bergkamp lah yg rekomen budak ni kat Wenger yg mana Bergkamp skang adalah coach kat Ajax.

Selain itu, kelab² yg besar seperti Barcalona, Chelsea dan Man U nampaknya tidak terlepas utk scouting pemain ini. Biasala, sperti aku kata sebelom ni yg, kelab² besar hanya scouting pemain yg diintai² Arsenal. Diorang tahu yg skuad scouter Arsenal ni ada mutu dan keunggullannya tersendiri. Haha.

Pemain ini baru je berumor 18 tahun dan telah pom membuat kemunculan bersama Ajax sebanyak 18 kali utk musim 2009/2010 dengan 3 butir assist. Cukopla dengan umor dia kan? Hehe. Jadi, utk sekarang  ni, Erisksen dah tak dapat digosipkan lg nga Arsenal.

Menurut Eriksen bercakap tentang spekulasinya:

"I've also read the rumours linking me with Arsenal and Barcelona, but that is all they are: Rumors. People are free to write whatever they want, but I have not been in touch with any of these clubs. I'm too young to leave Ajax for a European giant yet

( Saya telah membaca gosip² yg mengaitkan saya dengan Arsenal dan Barcalona, tetapi itu semua hanyalah khabar angin. Orang bebas utk menulis apa yg mereka mahu, tetapi saya langusung tidak tertarik dengan mana² kelab. Saya masih muda utk meninggalkan Ajax utk kelab gergasi Eropah.)

Rupa² Eriksen ni masih muda utk bermain nga kelab² besar. Takpela Eriksen, nanti ko dewasa sikit, timbang² la utk join Arsenal.~

2.Arsenal dikhabarkan sudah hampir utk mendapatkan 'New Viera' dengan harga 12juta pound. Arsenal langkah setapak kehadapan dengan fikiran terbuka utk mendapatkan pemain antarabangsa PErancis ini, berumor 20 tahun, Moussa Sissoko. Sekarang ni, Sissoko bermain utk kelab Toulouse dan telah banyak menolong kelabnya utk tempoh 2 musim yg lepas.

Sissoko a.k.a New Viera

Sissoko dikatakan cukup kuat di bahagian pertahanan dan mampu utk menghubungkan kekuatan pertahanannya dengan kekuatan utk menyerang. Jadi, sekurang²nya dapat la Sissoko ni buat back up Silvestre ataupon Gallas. Takpon, dapat gak Sissoko ni main sebagai defensive midfileder.  utk ganti Song ataupon Denilson.

Jadi, dengan tamatnya gosip Eriksen, tambah lg gosip nga Moussa Sissoko. Tu pom, tak sure Wenger ni betol² serius utk beli Sissoko. Semuanya di tangan Wenger. HEhe..Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun