Arsenal 0 - 0 Manchester City

Arsenal hanya mampu seri je lawan dengan Manchester City malam ni. Dah la main kat Emirates. Keputusan dia seri tanpa jaringan. OK la daripada kalah. Dengan seri lagi dengan City malam ni, Arsenal sudah 4 game Arsenal tak menang. Hanya seri dan kalah je. Huh.
Song terbaik malam ni..

Robin Van Persie bermain sebagai starting malam ni dan Song pula nampak sudah fit untuk bermain. Song ni memang hebat la. Aku rasa kalo Eastmond yang ganti tempat Song malam ni, tak mungkin Arsenal akan seri. Mungkin kalah. Jadi, Arsenal dapat seri pom sebab DM kita ni memang gagah la. Padan la dengan 3 orang anak dia ada kan? Kita tengok skuad untuk malam ni ::

Fabianski
Sagna - Campbell - Silvestre - Clichy
Rosicky - Song - Diaby
Walcott - Van Persie - Nasri

Subs : Eboue, Eduardo, Bendtner, Vela, Eastmond, Armand Traore, Mannone.

Untuk malam ni, Van Persie yang jadi kapten kita. Aku tengok Persie ni macam sedih je game dia malam ni. Sedih kot sebab Fabregas tak main. Susah la sikit Arsenal nak kontrol ball dan susah gak Arsenal nak create chance kalo Fabregas tak de ni. Korang boleh tengok sendiri kan yang 4 game yang lepas tu, sebab tak de Fabregas la. Nampak impak yang besar kat situ. 

Untuk subs plak, Eboue dan BEndtner masok pada separuh masa ke dua pada minit 69 dengan Rosicky dan Walcott yang kuar. Tepukan untuk mereka kerana bermain dengan baik dan penuh team work. Masok Eboue je, lincah betul sampai tak ingat pom nak passing. 
Adebayor main subs je malam ni

Kad kuning malam ni kita dapat 4 keping je. Masing -  masing diambil oleh, Silvestre(42), Diaby(51), Song(67), dan Persie(82). Bek malam ni aku paling puas hati dengan Clichy la. Lincah. Aku rasa dia ni ada peluang nak jadi striker la. Sol dan Silvestre plak macam kura-kura. Lambat betol. Silvestre ni dah ok dah cuma nampak terlebih stamina sampai ada gak dia jatuh sorang-sorang. Fabianski malam ni nampak lebih baik sikit. Tak de la lepas gol bodoh malam ni. Dah belajar dari kesilapan. Cepat betul coach dia ajar. Tadi pom, ada satu bola tinggi, dan nasib baik la Fabianski tangkap dengan kemas dan tak jatuh dah bola yang dia tangkap tu. Janji jangan ulang kesilapan yang sama, nanti orang dapat kesan.

Match secara detail lak : 



Arsenal     Manchester City
Shots (on Goal) 14(4) 3(1)
Fouls 14 14
Corner Kicks 5 1
Offsides 2 3
Time of Possession 58% 42%
Yellow Cards 4 2
Red Cards 0 0
Saves 1 4










Secara keselurahannya, kita yang baik malam ni. Ball possesion pom kita yang dapat. Shoot pom kita yang banyak, cuma gol je yang takde. Ok la tu. Given pom injurt malam ni sebab rembatan bola diaby ni. Aku pom tak tahu apa pasal nga Given ni. Bola Diaby ni bukannya laju pom, last-last dia yang injurt. Maybe kuat sangat Given terbang nak save bola Diaby sampai terseliuh bahu dia. Tapi, dia ni nampak sakit sangat la. Sampai kena usung keluar padang.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun