Terkini...
Assalamualaikum...berita terkini mengenai team Arsenal kita. Mungkin berita ni dah jadi tak terkini sbb lambat nk dipublishkan. Sory la kalo ada yg rasa berita ni dah jadi yg tak terkini seperti berlaku dalam berita terkini di TV3. Hahaha.. Ok. kita pergi ke tajuk berita terkini kita ye.
Berita terkini yg ubi baru dapat pada malam ini adalah mengenai pemain defender yg dilayan kad merah oleh pengadil Atkinson pada perlawanan menentang West ham sabtu lepas. Ape beritanya? bEritanya macam ni.. FA iaitu Football Association, tgk tu, nk tulis nga nk sebut pom sama payah je. FA ni macam persatuan bola sepak England la. Ok. Sudah pasal Fa. Fa ni mengumumkan yg pihak Arsenal ada merupakan rayuan untuk menarik balik kad merah yg dilayan kepada Vermaelan.
Disebabkan itu, satu sesi pendengaran akan diadakan pada hari selasa ini untuk menentukak keputusannya. Harap2 Vermaelan ni clear la ye. Bukan masalah duit nk bayar denda tapi, masalah untuk bermain bg game yg seterusnya. Kalo bab duit tu, ubi pom blh tolong kalo Mael ni tak cukup duit. Tol tak..??Hahaha...MAel jangan sedih dan jugak jangan risau sbb Arsenal ni banyak sokongan kalo ada pemain2 yg tidak cukup duit. Jangan bimbang ye, yg penting fokus tu yg penting. Insya Allah segala pertolongan akn disalurkan melalui saluran yg betol.
MAel dilayan kad merah pada penghujung separuh masa pertama pada malam itu disabitkan ada kesalahan menjatuhkan Franco yg dikatakan pengadil, Mael telah menafikan satu peluang Franco untuk menjaringkan gol. Terus saja sesuka hati ref melayang kad merah apabila melihat sahabat baik dia yg berada di penghujung padang mmengibarkan bendera merah kuning dengan bersungguh2. Haha,,sahabat sejati kan??Ape yg nk diheran. Ape2 pom kita tggu hari selasa ni keputusan rayuan Arsenal.
2. Berita ni ubi tak tahu la hangat ke tak..sbb berita ni ubi tak post lagi dalam ubibadokblogspot ni. Mungkin untuk memanjangkan post, jadi ubi post jugak. Ok kan??Kalo tak ok bg la komen kat shoutbox tu, insya ALLAH ubi akan jawab. Berita ni adalah berita mengenai Thierry Henry yg dilaporkan meluahkan perasaan dia terhadap wartawan yg dia tidah mahu bermain untuk menentang Arsenal bg team BArcelona nanti. Henry nk main untuk Arsenal ke??Ape dah jadi??HAhaha... Bertubi2 soklan daripada reporter lepas Henru mengeluarkan kenyataan macam tu.Hahaha..
Bukan macam tu la reporter. Henry kalo boleh tak nk la bermain time melawan Arsenal nanti. Henry ada banyak kenangan manis masam dan masin(3 rasa) dengan Arsenal ni. JAdi, terkilan la jugak sbb kena lawan dengan team yg masa dulu kita bersuka ria bersama. Betol tak reporter??Ramai reporter pom menjawab. BEtol2!!! HAha..terkejut HEnry.
Henry mengatakan yg akan berasa janggal apabila memasuki Emirates dengan memakai jersi team lain. Biasanya dia menjejajaki Emirates dan Highbury dengan jersi Arsenal je. Tapi 31 MArch ni jadi lain, pakai jersi BArca pulak. Sedih2...Selama 8 tahun saya berada di Arsenal. Tuan puan tahu tak??Sedih la kalo saya kena lawan team yg 8 tahun bg saya gaji. Henry jugak dengan tegas mengatakan yg dia tidak akan meraikan golnya jika dia menjaringkan gol untuk BArca. Sekain dulu. Au revoir.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.