Skip to main content

Posts

oh malam minggu

nampak gambar kat atas tu..dalam gambar tu ada perkataan CHILIS kan..? kalo orang yang kaki makan mesti tahu la apa benda chilis tu. satu nama kedai makan yang ala ala western gitu. tak pom ala-ala yang fast food. nak jadikan cerita..haha..siap ada cerita lagi kan...?aku rasa ni kedai makan yang last la aku makan kat sini..kedai.pergh..makanan mahal amat..burger biasa aku order pom ada dalam dekat SAR 40. tapi..makan kenyang jugak..tak tahu la kat mana mahal tu..overall semalam habis dekat SAR 800.kejap je. satu malam dah habis 800. cerita sebenarnya..nak masuk kedai ni tak sengaja pom..planing asal adalah nak masuk shopingmall..dalam tu ada foodcourt and harga dia pom biasa biasa je..tapi..pergi semalam..dia tak bagi masuk untuk golongan muda mudi yang belum berkahwin..katanya pak guard,.malam tu adalah malam untuk keluarga bershoping.cehh..memberontak perut.. tapi..kalo satu sorang bawak pasangan yang berjubah hitam dan berniqob tu..konferm2 la dia bagi masuk..asal ada pasangan

bila musim dingin

musim sejuk datang lagi seperti kebiasaannya. bagi yang dok kat benua arab ni..sememangnya musim sejuk ni ditunggu kerana pedih mengharungi musim panas. pedih tu orang yang pernah merasainya sahaja dapat tahu tahap kepedihannya. musim sejuk tahun ni rasa macam lain plak dengan musim sejuk tahun lepas. aku rasa macam tahun ni lebih sejuk je..sampai tak mandi untuk seminggu tu perkara biasa je. cuma kadang kala..sejuk yang melampau ini tak selesa jugak.manusia.selalu je merasa tak cukup.musim panas datang nak musim sejuk.musim sejuk mari nak suam2 plak..tapi..ingat..jangan sesekali kita menghina cuaca., tak kira sejuk mahupun panas kerana Allah lah pentadbirnya. kalo kak LM kita tu..masuk musim, terus je dia demam..harap harap cepat sembuh ye kak.perubahan suhu yang mendadak kot.kata ulama, musim sejuk adalah rahmat yang besar buat orang orang mukmin..tau tak apa pasal ulama cakap macam tu..? kalo kat malaysia..musim sejuk tu macam musim hujan la.hujan pom sejuk jugak.betul tak..?

wordless

**lama dah tak buat wordless ni..

berhati hati dalam bulan muharam

Apa macam masuk bulan Muharam? Bulan pertama dalam kalendar Islam untuk tahun baru hijrah. Mesti ramai je  blogger yang dok update pasal kelebihan bulan Muharam yang mana terdapat didalamnya hari Asyura iaitu jatuh pada 10 haribulan. Mesti ramai je antara kita yang nak share kelebihan dan fadhilat berpuasa di hari Asyura. Mencari rujukan di mana mana dan di antaranya yang share status friend kat wall FB dan dibawa masuk ke entry blog. Bagus..memang satu usaha bagus dalam kalangan blogger yang ingin menyemarakkan dakwah agar reader2 mendapat ilmu dan juga beramal dengannya.. Cuma kadangkala tu..kita terlepas pandang dengan entry kita. Dapat je fadhilat ataupun kelebihan Muharam/Hari Asyura, terus je kita post buat entry. Kebiasaanya fahdilat ini selalu disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w. Seharusnya kita memeriksa sama ada benda yang ingin kita sebarkan tu betul betul sahih ataupun tidak. Antara satu kelebihan ataupun fadhilat yang didustakan atas nama Nabi Muhammad s.a.w un

Doa Awal.dan Akhir Tahun

Artikel yang dicopy dan dipaste dari blog saudara AbuUmair Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun. Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selak

tidak beriman ketika melakukan dosa besar

Nabi s.a.w ada bersabda dalam satu hadis yang mana mafhumnya : "Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari). Makna hadis di atas adalah jelas yang mana seseorang itu tidak dalam keadaan beriman ketika mana dia melakukan dosa - dosa di atas. Berzina, mencuri dan meminum arak. Ketiga - tiga dosa di atas adalah antara 3 dosa besar yang disebut oleh Nabi s.a.w. Hadis ini juga menafikan golongan Khawarij yang mengatakan terkeluarnya  dari Islam bagi si pelaku dosa besar.  Jelas menunjukkan disini martabat iman dan juga Islam. Seseorang itu akan bersih dari dosa besar dan juga kecil bilamana dia dalam keadaan beriman. Ketahuilah yang iman itu bertambah dan juga berkurang. Ibarat satu bulatan yang besar yang mana di dalamnya terdapat satu bulatan yang kecil. Bulatan yang kecil adalah iman dan bula

# 2

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku bergegas turun dari tingkat 4 menuju ke pintu belakang universiti. Di situ terdapat satu mesin ATM Ar-Rajhi. Memang kebiasaan agenda PPM ( Persatuan Pelajar Malaysia Madinah ) untuk berkumpul di situ jika ada aktiviti yang dilakukan di luar universiti. Satu lagi program yang disusun oleh PPM pada malam ini. Pakej haji untuk memudahkan pelajar - pelajar Malaysia di Madinah menunaikan ibadah haji. Dari pengangkutan, penginapan hinggalah ibadah haji itu selesai sepenuhnya. Tetapi masih ada mulut - mulut sumbang yang mengutuk persatuan. Entah... aku pun binggung. Terasa beg aku bergetar. Aku terus mengeluarkan handphone. Tertera nama Khairul Amri..Seorang sahabat yang satu batch dengan aku. Walaupun satu batch, ada lebih rasa hormat kepada Amri. Awal dua tahun dia lahir sebelum aku mengenali dunia ini. " Assalamualaikum Amri... macam mana? " terus je aku tanya jika ada apa - apa kecemasan. " Waalaikumussalam..hang kat mana tu? ",

# 1

Madinah di pinggiran musim panas. Suhu makin menurun. Perlahan-lahan panas mula menghilangkan diri. Kadang - kadang, hawa  yang bersisa haba kepanasan masih lagi terasa? Mana mungkin hidup ini tanpa haba..?! Mungkin tahun ini juga adalah satu kelebihan buat jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima. Semuanya adalah rahmah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Tidakkah terfikir orang - orang Atheis, bagaimana bumi ini begitu sistematik aturannya? Dalam setahun ada padanya musim sejuk, ada juga musim panas. Diri ini masih lagi termenung. Diri ini adalah salah seorang yang akan menjadi tetamu Allah di bumi Mekah. Bumi yang mana terletaknya kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Kiblat yang satu sampai bumi ini hancur.  Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Tak semua yang dapat mengecapi nikmat ini. Satu anugerah besar. "Ya Allah... layakkah diriku ini untuk mengecapi nikmat Mu yang besar ini? Aku tahu, diri ini banyak melakukan dosa dan maksiat kep