Skip to main content

# 1

Madinah di pinggiran musim panas. Suhu makin menurun. Perlahan-lahan panas mula menghilangkan diri. Kadang - kadang, hawa  yang bersisa haba kepanasan masih lagi terasa? Mana mungkin hidup ini tanpa haba..?!

Mungkin tahun ini juga adalah satu kelebihan buat jemaah haji yang menunaikan rukun Islam yang kelima. Semuanya adalah rahmah dan rahmat daripada Allah s.w.t. Tidakkah terfikir orang - orang Atheis, bagaimana bumi ini begitu sistematik aturannya? Dalam setahun ada padanya musim sejuk, ada juga musim panas.

Diri ini masih lagi termenung. Diri ini adalah salah seorang yang akan menjadi tetamu Allah di bumi Mekah. Bumi yang mana terletaknya kaabah yang merupakan kiblat umat Islam. Kiblat yang satu sampai bumi ini hancur.  Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah bagi. Tak semua yang dapat mengecapi nikmat ini. Satu anugerah besar.

"Ya Allah... layakkah diriku ini untuk mengecapi nikmat Mu yang besar ini? Aku tahu, diri ini banyak melakukan dosa dan maksiat kepada Mu.." hati ini bersoal sendiria. Malu rasanya dengan Tuhan Yang Satu..tiada yang lain kecuali Allah Taala. Allahuakbar.

Tapi, lupakah aku yang Allah itu Maha Pengampun? Bersangka baiklah kepada Allah dan janganlah berputus asa daripada rahmatnya. Mekah seakan - akan memanggil aku. Tak jemu - jemu tanah berkat ini menyambut tetamu Allah.

*******

Comments

  1. untunglah depa yg pergi haji taun ni..

    ReplyDelete
  2. sedangkan ko yg berada di tanah suci pun berasa berdosa.. aku yg duk di perlis ni, lagi la bro.. banyak dosa yg nk mintak pengampunan.. harap2 dapat la dihapuskan semua dosa ni

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah HJ dok denu...kirim2 doa cheq sue atek...sokmo dok tgk dale Salam Baitullah.... mmmmmmm nak gi sgt serow

    ReplyDelete
  4. oih ko update?
    unbelieve! adekah cerpen bersiri?

    ReplyDelete
  5. Semoga ada peluang untuk aku juga nanti.. tapi bilakah?

    doakan untuk aku skali..

    ReplyDelete
  6. hala bro..ni satu agi blog aku tengok nuff tengah2 alam ni..gile babeng semak bro..aku jadi mls nk bace blog ko bro..hee...jgn mara aa..nway..lme x nmpak

    ReplyDelete
  7. rindu sana...nnt akak nak ke sana akak bg tau.tlg bw akak ziarah kat sana ye

    ReplyDelete
  8. alhamdullilah...sentiasa muhasabah diri..=)

    ReplyDelete
  9. semoga dimurahkan rezeki untuk ke sana...bertuah ubi badok berada di sana....

    ReplyDelete
  10. syahdu baca entri hj kali ni..
    syukur..jd tetamu Allah thn ni.

    ReplyDelete
  11. teringin nak pergi
    tapi xtaw bile

    ReplyDelete
  12. niat di hati ingin pergi ke sana...

    ReplyDelete
  13. hj..
    sedaknyooo..
    tlg doa tuk ambo etepp..huhuhu

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah

    wallah..x sabo asenye menunggu cito lag nihhh =]

    ReplyDelete
  15. bestnye duk Mekah kan..hmm..bile kat sana ada jugak perasaan nak tinggal terus kat sana..tapi entahla..tak tahu bila akan tercapai

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum H.....alhamdullilah syukur atas limpah kurnianya seronok dpt melakukn ibadah haji di sana...:)

    ReplyDelete
  17. serious gua pun teringin nak pergi sana -__-

    ReplyDelete
  18. semoga aku pn salah sorg yg menjadi tetamu Allah nanti... amin

    ReplyDelete
  19. doakan saya dapat pergi ke sana.. untung awak belajar kat sana.. alhamdulillah :)


    typo di situ.."bersoal sendiria"? bersoal sendirian mungkin.. :)

    ReplyDelete
  20. aku tgh kumpul duit lah ni . baru ada 70 hengget.

    ReplyDelete
  21. selalu dengar pengalaman orang kat Mekah. teringin nak rasa sendiri pulak.

    ReplyDelete
  22. mudah mudahan dimurahkan rezeki aku utk ke sana. amin.

    ReplyDelete
  23. dari mana dpt line tenet? hairan sebentar~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.