Skip to main content

tidak beriman ketika melakukan dosa besar

Nabi s.a.w ada bersabda dalam satu hadis yang mana mafhumnya :
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).
Makna hadis di atas adalah jelas yang mana seseorang itu tidak dalam keadaan beriman ketika mana dia melakukan dosa - dosa di atas. Berzina, mencuri dan meminum arak. Ketiga - tiga dosa di atas adalah antara 3 dosa besar yang disebut oleh Nabi s.a.w.
Hadis ini juga menafikan golongan Khawarij yang mengatakan terkeluarnya  dari Islam bagi si pelaku dosa besar.  Jelas menunjukkan disini martabat iman dan juga Islam. Seseorang itu akan bersih dari dosa besar dan juga kecil bilamana dia dalam keadaan beriman. Ketahuilah yang iman itu bertambah dan juga berkurang.
Ibarat satu bulatan yang besar yang mana di dalamnya terdapat satu bulatan yang kecil. Bulatan yang kecil adalah iman dan bulatan yang besar di luarnya adalah Islam. Jika seseorang itu melakukan dosa besar, ianya hanya keluar dari sempadan bulatan kecil iaitu iman dan masih lagi berada dalam satu bulatan yang besar, iman.
Tidak dapat lari dari seseorang itu yang ingin mencari keredaan Allah adalah perlu dalam keadaan sentiasa beriman agar dapat mengelakkan daripada melakukan dosa - dosa besar. Dosa - dosa besar adalah tidak lain mengundang kemurkaan Allah taala.

Comments

  1. oooooooooooooo kalau la ditimpa musibah mase tu

    mati dalam tak beriman

    takotnye la

    ReplyDelete
  2. salam HJ..kadang2 kita tgk org yg pernah buat dosa besar bila bertaubat lbh tekut dr org lain.moga Allah mengampun kan dosa mereka dan menerima amalannya

    ReplyDelete
  3. slmt kembali berblog!

    agak susah nak jaga graf iman ni..

    *ada kesilapan sikit pd perenggan kedua last..perkataan yg terakhir tertukar dari islam ke iman.

    ReplyDelete
  4. risaunye terjerumus sekelip mata dalm keadaan yg sebegini..

    ReplyDelete
  5. erm..betol
    smoga iman kita sentiasa stabil..
    sbb segala amalan dlm kehidupan kta bergantung pd iman kita kan?
    masakan org beriman teguh akan membuat dosa?
    tepuk dada tny iman..tepuk hati cari diri.^^
    jemput dtg blog sy~

    ReplyDelete
  6. this is nice entry.

    smoge iman kite semua tetap teguh, aminn ;)

    ReplyDelete
  7. moga iman kita sentiasa kuat...

    ReplyDelete
  8. insyaallah akan sentiasa di ingati...

    ReplyDelete
  9. minta minta iman kita kuat ye

    ReplyDelete
  10. peringatan yang baik, huhu

    ReplyDelete
  11. "Ibarat satu bulatan yang besar yang mana di dalamnya terdapat satu bulatan yang kecil....."

    pengibaratan ini membuka minda~

    ReplyDelete
  12. yup aku stuju.. tp aku ni masih dikira org yg tidak beriman la ni? banyak rasanya dosa yg aku buat

    ReplyDelete
  13. semuga kite dipelihara iman dan islamnya...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...terima kasih adik hj...

    ReplyDelete
  15. betul tu..semuga di jauhkan dari benda2 yang tak elok mcm ni....

    ReplyDelete
  16. moga dijauhkan dr sifat tercela

    Jum hayati di sini (^o^)
    bila izrail datang memanggil

    ReplyDelete
  17. sama2 kita tingkatkan keimanan. =)

    ReplyDelete
  18. ak like en3 nie..=)

    jom bacer kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

    ReplyDelete
  19. ya Allah...kuatkan iman dkna ..aminnn

    ReplyDelete
  20. ust..mana gi ni lama xupdate.hehe

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..perkongsian menarik dn membina bg mnyedarkn kte sume =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.