KERJA SAMPAI MALAM, HANTU KE TU?


Berbaki 2 malam lagi aku berada di Sg. Siput. Malam itu, selepas Isya’, hati aku terdetik untuk masuk ke perkarangan sekolah. 


Budak-budak semua sudah balik. Tiada lagi suara riuh rendah di asrama mahupun di dewan makan. Malam itu sungguh gelap. Tiada sinaran cahaya bulan. Angin pula bertiup lembut seakan ingin menghantar aku untuk lena di perbaringan.


Yang tinggal di sekolah cuma calon SPM. Itupun separuh daripadanya sudah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal lagi separuh yang ambil subjek Usuluddin pada Khamis ini.


Kereta aku melepasi pondok jaga. Aku membunyikan hon sebagai isyarat salam kepada jaga. Kereta aku masuk menuju ke arah pejabat.


“Ada lagi Amin ni. Baru mari pula ke?” Gumam hatiku sendirian sebaik saja melihat kereta Perodua Alza yang diparkir di hadapan pejabat.


Kereta itu milik Amin dari Kg. Tempoyak. Dari pagi aku tengok Amin berada di sekolah menguruskan borang surat tawaran kepada pelajar baharu tingkatan 1 tahun 2025. Masa itu dia lengkap berkemeja putih dan berseluar slack hitam. Baju pula kemas dengan ‘tucked-in’.


“Min, demo paling kemas. Gila kerja.” Sempat aku bergurau dengan Amin.


Tapi, Amin diam tidak memberi reaksi. Dia begitu fokus dengan helaian kertas di hadapannya. Berlagak la tu.


Aku memarkir kereta di sebelah kereta Amin.


Di bawah limpahan lampu neon, aku tengok ada susuk badan manusia. Dari belakang, dia membongkokkan badan dan kepalanya ditunduk ke bawah. Lututnya sebelah kanan pula diangkat menyamai paras kepala.


“Siapa ini?” Aku bertanya. Aku was-was. Adakah ini Amin? 50% mengatakan Amin. 50% lagi mengatakan bukan Amin.


“Takkan Amin? Dari pagi tadi lagi dia berada di sekolah. Kalau bukan Amin, siapa pula? Pakaian memang macam Amin pakai pagi tadi.” Hatiku berteka-teki. Jawapannya pula masih tergantung.


Kalau susuk itu adalah hantu kenapa tidak rasa seram? Adakah suasana di sekeling cerah dengan lampu jalan? Hantu bila di bawah sinaran lampu, ia tidak menyeramkan sama sekali.


Aku perhati lagi sekali. Kali ini aku amati betul-betul. Kening dikerutkan sedikit untuk meningkatkan daya fokus.


Sah! Memang Sah! Itu adalah  Amin. 100% aku yakin susuk badan tadi adalah milik Amin dari Kg. Tempoyak.


Aku memberanikan diri turun dari kereta dan menghampiri Amin. Di hadapannya ada kertas yang bertimbun. Mukanya sudah berkerut seribu. Baju kemejanya masih putih dengan dengan keadaan masih ‘tucked-in’. Kakinya masih lengkap berkasut hitam.


“Min, demo gila dah ni.” Aku menyapa Amin.


Sekali lagi Amin diam seribu bahasa macam pagi tadi.


Manusia ke entiti berasingan ni? Jantungku mula berdegup laju.


“Min…” belum sempat aku habiskan ayat, Amin mengangkat wajah dan memandang tepat ke arahku.


Dia tersenyum lebar tapi senyumannya nampak pelik dan janggal. Bulu romaku mula berdiri secara berjemaah.


Comments

Popular posts from this blog

hukum main mercun

Selamat Tahun Baru 2014