Skip to main content

LATA PERAHU : JANGAN INGAT BANYAKNYA PERAHU

Setahun di Perak, baru sempat jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar. Berbekalkan petrol RM 3 dalam tangki motor berjenama Honda, dapat juga jelajah 2-3 tempat di kawasan daerah Kuala Kangsar dan juga Lenggong.

Lata Perahu

Mengikut orang tempatan, dulu Lata Perahu dikenali dengan Lata Peghor. Ada sejarah berkait dengan Lata Perahu yang mana dikatakan air dari Lata Perahu ini akan mengalir masuk ke Sungai Temong. Temong pula nama besar dan orang penting dalam sejarah kesultanan negeri Perak. Namanya Tok Temong. Jangan ingat nama Lata Perahu disebabkan sini banyaknya perahu pula.

Tempatnya tak adalah besar sangat. Parkiran amat terhad. Dalam 200 meter nak sampai, jalan agak mencanak naik. Tapi Honda Wave boleh naik dan lulus dengan jayanya. Jangan risau, jalan diturap dengan baik. Bukan macam jalan lebuhraya Grik nak ke Jeli.

Ada gerai jual makanan dan juga laksa. Boleh makan laksa sambil menikmati pemandangan air sungai yang mengalir. Bunyi uggas-unggas hutan berkicauan mendamaikan lagi hati. Ada juga air terjun. Boleh mandi-manda di bawah air terjun yang deras mengalir. Segar dan nyaman!

Bayaran masuk RM 1. Ada diletakkan tabung dekat parkir. Siap tulis lagi bayaran adalah untuk mengurus prasarana di kawasan Lata Perahu. Tak perlu nak mengelat, cuma RM 1. Niatkan dengan ikhlas. Kalau banyak duit, bagi la lebih. Dia tak marah.

Matahari semakin tegak di atas kepala. Masa untuk beredar.

Ini mukadimah bila sampai di sini. Ikut jalan simen tu akan terus ke air terjun.
Larangan menangkap ikan. Tapi dia silap eja pula. Jadi menagkap. Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ya dekat sini.
Tabung yang disediakan untuk pengunjung bayar. Kalau tak nak jujur, bukan dia tahu pun kalau korang tak bayar.
Masa aku pergi, airnya sungguh jernih. Dari jauh dah boleh rasa mesti airnya sejuk dan segar.
Ini port di bahagian belah kiri. Terselindung sikit dari air terjun. Airnya boleh la dalam mencecah dada.
Inilah air terjun lata perahu. Dikatakan airnya keramat. Tapi ingat, walau sejauh mana keramat pun air Lata Perahu, air zam-zam lagi keramat.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google