Ops Pintu

5 comments
Semalam adalah suatu hal yang menyebabkan hati tak henti-henti menyumpah seranah Arab buat suatu masa yang seketika cuma. Bengang tak habis dengan perangai Arab ni. Kadang - kadang sampai tak masuk akal kalau nak difikirkan. Tak tahu la macam mana otak diorang ni berfikir. Bukan budak lagi, dah berjanggut, berjambang dan bermisai apa semua. Tapi, perangai macam orang tak cukup akal.

Ceritanya, kelas aku ada test pada pagi tu. Aku ambil seat yang second last dari belakang. Belakang aku tu ada satu seat dan belakang seat yang last tu adalah pintu kelas yang memang forever locked. Maknanya pintu kelas aku cuma beroperasi yang hadapan sahaja.

Aku sempat membelek nota - nota sebelum lect datang untuk pass soalan. Lepas tu ada sorang Arab,  lenggang lenggok berjalan, datang duduk belakang aku. Aku buat tak tahu je. Bila lect sudah hampir sampai untuk menghulurkan kertas soalan, aku cepat - cepat menyimpan nota. Pada  masa yang sama, Arab belakang aku memanggil aku. Aku toleh ke belakang, katanya mahu pinjam nota aku.

Aku dah syak, tak ada sebab lain lagi kalau nak nota pada masa tu. Nak meniru la tu. Dah memang keadaan masa tu tak ada sebab lain untuk bersangka baik. Aku pun terus hulurkan. Lantak dia lah. Arab aku memang tak kisah sangat pun. Biasanya diorang akan buka je nota masa tengah jawab exam. Meniru. Lect leka sikit je, mesti dibuka nota untuk dipaste apa yang ada dekat nota tu. Sesetengah la. Arab bongok je macam tu.

Setelah beberapa seketika, aku nampak Arab belakang aku ni mengambil kertas daripada bawah celahan pintu. Aku toleh ke belakang, aku nampak kertas soalan dia yang asal tu dia lipat dan masukkan dalam kocek. Kertas yang kat depan dia sekarang ni adalah kertas yang sudah penuh dengan jawapan. Licik. Ada sorang member dia kat belakang pintu yang turut sama berkomplot. Mungkin awal - awal lagi dia dah pass kertas soalan kosong kat member dia tu. Mereka beroperasi di sebalik pintu. Ops Pintu kot.

Apa yang aku bengang adalah bila mana aku bangun untuk menghantar kertas aku. Aku tengok seat yang dia duduk tadi, nota aku dah tak ada. Hilang. Aku dah mula bengang sebab aku tak nampak pun dia bawa nota tu masa dia keluar tadi. Persoalan sekarang ni, mungkin dia pass nota aku tu melalui bawah pintu dekat member dia, dah member dia tu jawab untuk dia dan hantar balik kertas soalan tu dekat dia. Detail Ops Pintu mereka ni. 

Aku keluar. Jenguk - jenguk cari kelibat dia sama ada masih kat luar kelas atau pun tak. Tak ada. Aku pergi dekat pintu tu. Nota aku pun tak ada. Aku balik terus ke asrama. Tak habis sumpah seranah aku hamburkan dekat Arab tadi. Entah, ketebalan tahap kesabaran aku ni tak cukup tebal bila Arab buat macam ni. Haha. Kes Ops Pintu ni dah berapa kali dah aku tengok dengan mata aku. Diorang memang licik. Lect pun tak dapat kesan.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. kreatifnye pak arab ni dalam meniru. hmm.

    ReplyDelete
  2. Oh, Arab pun pandai gak meniru. Ingat kan kat mesia jer ada ops meniru

    ReplyDelete
  3. berani giler cheating
    lecturer tak perasan ke apa? heh

    ReplyDelete
  4. Amboi pandai betul meniru. kene letak cctv la cmniee -_-

    ReplyDelete
  5. aiyoyo machaaaaa habibi ya maulana

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia