Hanya Seri dengan Everton

Leave a Comment
ENTRY ARSENAL

Perlawanan pada malam ni nampaknya hanya berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 melawan Everton. Everton telah berjaya membuat Chelsea dan Liverpool tersenyum dengan keputusan ini. Seri dengan Everton hanya dapat mengutip satu mata di Emirates dan menjadikan jarak mata dengan pesaing terdekat iaitu Liverpool hanya berbeza dengan 5 mata. Game malam ni sungguh layu dan sayu. Pemain kita nampaknya kurang bertenaga dan Everton pula memang lawan yang kuat, bermain dengan baik dan mampu menjaringkaln gol penyamaan pada minit - minit terakhir.

Shazwani 

Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs

Arteta - Ramsey

Wilshere - Ozil - Cazorla

Giroud

Skuad yang biasa Wenger guna sekiranya tidak menurunkan Flamini sebagai first eleven. First half kita sangat teruk. Tidak dapat menguasai ball possesion. Bola banyak bermain di bahagian pertahanan kita berbanding pihak lawan. Passing kita pun banyak yang tak menjadi malam ini. Aku tengok, player Arsenal malam ni nampak sedikit keletihan dan kurang stamina. Kurang pressure kepada pihak lawan.Tidak bermain seperti yang sebelum ini. Serba tidak kena.  Koscielny memang terbaik, nampak letih tapi defend memang kental. 

Pada minit 80, Arsenal mendapat jaringan hasil daripada sentuhan Ozil menjadikan tuan rumah mendahului dengan 1 - 0. Keputusan ini tidak lama kerana pemain simpanan Everton, Deulofeu menyamakan kedudukan pada minit 84. Keputusan kekal 1 - 1 hingga kepada wisel penamat. Deulofeu ni memang layak mendapat pujian. Supersub yang berjaya merobek jaringan Shazwani dan juga defend Arsenal. Aku rasa yang punca Arsenal dapat skor ni adalah faktor penukaran pemain pada minit 68. Wenger mengeluarkan tiga pemain sekaligus, Ramsey, Wilshere dan Cazorla dengan memasukkan Flamini, Rosicky dan juga Walcott. Seri tetap seri. Tunggu UCL melawan Napoli pula nanti macam mana.

**Pendapat aku, Arsenal kena bawa masuk striker baru Januari nanti jika nak mengukuhkan kedudukan di puncak liga.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komen:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia