Sayang itu Subjektif

4 comments


Sayang itu subjektif. So, gambar di atas adalah bukannya sayang antara satu sama lain dengan perasaan seperti suami sayang kepada isterinya. Jauh sesekali.  Sila buang sangkaan buruk itu cepat - cepat. Sayang itu banyak perspektif dan dalam keadaan tertentu membezakan erti sayang itu sendiri.

Sayang sesama jiran. Sayangnya ibu kepada anak. Sayang cikgu kepada anak murid. Sayang antara sepasang suami isteri. Sayangnya seseorang kepada harta benda. Dalam keadaan yang tersebut, sudah tentu kita dapat bezakan macam mana sayangnya kita. Kita boleh kata yang sayang kita kepada harta benda tak sama seperti kita sayang kepada kawan - kawan kita Kita boleh rasa sendiri rasanya macam mana kan..?

Gambar di atas adalah hanya sayang seorang kawan kepada kawannya. Kalau ingin pergi kepada lebih jauh, mungkin sayangnya seorang abang kepada seorang adik. Nampak gedik kan.? Mata saling bertentang mata. Tapi, gambar seperti ini dapat mencipta pelbagai memori dan mengimbau kembali kenangan. Indah bukan? Jangan fikir yang rambut panjang itu adalah lelaki lembut, jauh sesekali, tengok tangan pun besar kan? Haha

Gambar ni masa aku tengah kat Egypt. Dalam bulan Mac 2010 kalau tak silap. Masa ni baru lepas match bola dan tengah menunggu bas untuk balik ke rumah. Sesi menunggu bas menjadi boring dan seterusnya berlakulah aksi sebegini. Sungguh, ianya adalah aksi yang tak dirancang. Tetapi, pengarah di sebalik tabir selalu je ada untuk aksi - aksi yang sebegini. Haha.

**sayang saya yang special saya simpan untuk awak sorang je.. :)
**rasanya gambar ni dah ada dalam entry sebelum ni..tapi tak tahu entry apa and entry bila.. :D
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. kawan yg baik

    mana buleh jual beli

    ReplyDelete
  2. bkn sng nk jumpe kwn yg baik =(


    simpan taw syg awk tok sy


    wakakkaka ahahhahahaahah

    ReplyDelete
  3. special special jugak. sayang abang kepada adik jangan lupa ya. nak hadiahhhhhhhhh! :D

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia