Nacho Monreal untuk Arsenal

2 comments
 ENTRY ARSENAL!!

Fans Arsenal mesti dah tahu pasal pembelian yang dibuat oleh Wenger pada minit - minit last sebelum pintu jual beli pemain untuk January ditutup. Pembelian pemain dari Malaga iaitu Nacho Monreal, berumur 26 tahun dengan kontrak selama 4 tahun setengah. Yuran perpindahan sebanyak 8.3 Juta Euro dengan gaji 50K Euro seminggu. Nacho, nama dah nak dekat dengan macho.. nasib baik tuan pun macho.

Nacho bermain sebagai pertahanan kiri dan ini merupakan berita baik buat Arsenal kerana Kieran Gibbs telah pun injured untuk tempoh 4 hingga 6 minggu semasa menentang Liverpool. Satu pembelian yang berbaloi di kala fan mempertikaikan keupayaan Santos untuk mengawal benteng pertahanan di sebelah kiri. Wenger hanya membawa masuk seorang pemain dan aku rasa ianya tidak dapat membawa impak yang begitu besar. Paling tidak pun dapat berada di tempat keempat liga.

Wenger tidak mengambil dia untuk plan jangka masa panjang memandangkan umurnya sudah menjangkau 26 tahun. Ianya sebagai plan untuk menguatkan jentera untuk kala ini memandangkan banyak game yang Arsenal tidak dapat menang dengan kelab - kelab besar. Faktor pengalaman memberikan satu kelebihan untuk dia beraksi berbanding Santos di peringkat liga mahupun peringkat UCL. Bekas pemain Sepanyol untuk bawah 19 tahun ini akan memikul beban yang berat untuk menentang Bayern Munich nanti.

Aku rasa Wenger yakin sangat dengan dia ni memandangkan dia ni selalu je fit. Corak permainan yang masuk dengan corak permainan Arsenal. Sangat bagus untuk bola tinggi ataupun bola di udara. Bagi Wenger mungkin dia perfect. Tapi, bagi fans kena tengok dulu game Arsenal nanti macam mana impak dia. Untuk transfer Januari ini, hanya Chamakh dan Frimpong yang out.

**katanya Nacho, Santi Cazorla tu idola dia..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia