Melalut dan Melaut

7 comments
Pagi petang siang dan malam ibarat sudah tidak ada maknanya jika hati kita sudah risau dan runsing. Saban hari asyik termenung memikirkan hal tersebut. Bergolek di atas katil. Kiri ke kanan. Menyenggeng ataupun meniarap mahupun menelentang. Kita gelisah. Masa ini senang saja syaitan datang membisikkan benda - benda yang negative dekat kita. Kita sudah berwaspada, tapi kita seringkali tewas.

Jadi, jika benda sebegini berlaku dekat kita.. iaitu sesuatu hal yang membuatkan kita runsing bila memikirkannya... cepat - cepatlah kita menanamkan sesuatu yang positive dalam minda dan emosi kita. Sesuatu yang cukup kuat yang boleh mencengkam dasar fikiran dan hati kita. Sesuatu yang tidak goyah bila dibadai taufan sangkaan buruk datang melanda.

Jika sehari dua mungkin boleh bertahan dengan baik.. tapi, jika fikiran sudah menjadi tak terkawal, emosi berterabur, terlalu banyak benda negative yang ditiupkan oleh raja was - was, tidak mustahil kita akan tumbang. Rebah tersungkur. Nampaknya akar yang ditanam tadi tidak terbenam sebegitu dalam. Ianya belum cukup matang untuk memaut tanah - tanah, mudah tumbang dek sekali tiupan angin.

Mungkin aku baru dapat merasai benda sebegini. First sekali adalah sangkaan negative kita menjadi penyebab kepada kacau bilaunya jiwa. Kadang - kadang sampai boleh membuat kita berputus asa dengan Allah. Kadang kala keadaan dan waktu itu sendiri sampai mendesak akal fikiran kita berfikir sampai kepada benda yang negative. Graf positive kita yang disetkan makin menurun. Tidak ada unsur - unsur luar yang boleh menaikkan pola graf positive kita. 

So, benda yang macam ni kadang - kadang kita perlu bijak menanganinya. Hanya kita dengan cara kita. Hanya janji dan kepercayaan yang kita pegang Hanya perlu menanam sebanyak mungkin benda - benda positive. Tapi, hati aku ni degil. Hati aku semacam ada sifat inquisitve yang sangat tinggi. So, kadang - kadang sifat inquisitive ni merimaskan tuan dia juga la kalau tak kena masa dan tempat. Silap - silap boleh membawa padah.. :D

**ayat melalut..bajet sastera. kalau faham, faham lah..kalau tak..melaut la..haha
**FA,saya  nak minta maaf sekali lagi dekat awak dan dekat sini.. :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. Nape ni.. mcm stress bebenor jeaa. Think positive. Think positive. IAllah jiwa akan tenang ok. ;)

    ReplyDelete
  2. graf jiwa tgh merundum ya..biasalah, layan jap je. Jgn lama2..

    ReplyDelete
  3. kalo hati degil pegi lah mandi laut supaya tak melalur . kah3

    ReplyDelete
  4. Haha kau ni tenvah frust ke hape ni.. Malalut semacam

    ReplyDelete
  5. tak paham! memang melalut dan melaut.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia