Skip to main content

member punya masalah

hari monday. selamat bekerja dan selamat kembali belajar buat orang belah2 selatan. aku kat sini tak dikategorikan belah2 mana..tapi yang penting aku orang oversea..haha..ada kelainan sikit di situ..kalo korang jadi blurr bila hari monday..aku ni hari saturday lagi dah jadi blurr..sebab tu selalu je kelas hari sabtu jadi miss..

semalaman aku terpikir masalah member aku ni..bukan pikir sangat..membayangkan jika masalah member  ni terkena pada aku.. member aku ni ada kenal dengan sorang perempuan negeri bawah bayu.. ala - ala borneo gitu.. kalo nak sampai negeri ni kena naik flight air asia tu. seposen je kan tiket skang ni? baru lah sampai.. negara tu sama..tapi jauh sikit..

dipendekkan cerita. tanpa diduga..perempuan ni telah jatuh hati kepada dia. dia pom kaget. dia tahu yang perempuan ni cun, pemakaian okey plus dengan tudung labuh lagi. umur pom ngam - ngam je dengan dia. hari - hari si perempuan ni asyik BBM dia, cakap yang dia sayang kat member aku ni.. kalo aku..perempuan cun hantar BBM macam ni hari2..blh jatuh demam jugak..

so..aku suggest je kat dia supaya accept je perempuan tu..tapi, dia tersengih2 plak..dia cakap jauh..susah jugak tu..ada benar jugak..tapi, dia ni baik hati..nak tolak tak sampai hati..jadi, sekarang ni dia asyik tersengih je..tak tahu nak buat apa..kalau lah aku tu adalah member aku..haha

**aku nak suh dia tolak kat aku..segan plak..haha

Comments

  1. org kate pompuan yg baik x kn ckp syg atw ngaku jatoh hati pd seseorang lelaki 2.. tp nth lh ye..... jodoh kot...

    cinta jarak jauh memerlukan banyak kesabaran =)

    ReplyDelete
  2. :) cinta jarak jauh...ok ape??
    yang penting kesabaran dan kejujuran

    ReplyDelete
  3. jauh..susah tu~~suh dia tolak kat awak je la kot kalau awak tak kisah bab jarak

    ReplyDelete
  4. cinta jarak jauh utk seketika ok kot.
    tapi kalo mmg hati takmo..better terus terang.
    lagi lambat, lagi susah tau!

    ReplyDelete
  5. lorh...jauh tu bukan penghalang ma...xleh main tolak2 nanti jatuh tergolek lagi susah

    ReplyDelete
  6. Klo tdg lbih tp sokmo bbm kte syg. Wku ase musykil ngn mnh tu.

    Tp lau da syg, lautn api pon sggup kn

    ReplyDelete
  7. HAHAHA . malu tak dapat lah bro : )

    ReplyDelete
  8. kalau jodoh, mesti kawan hang sanggup walaupon jauh.

    ReplyDelete
  9. hahaha...kalau ade jodoh mesti tak kemananye :)

    ReplyDelete
  10. lor kan kalau pas kawin prmpn kena ikut laki, nanti kawin ajak la dia duk dekat2..hihiih

    ReplyDelete
  11. hahahhahaha..malu tapi maw...choyy~~

    ReplyDelete
  12. kalau dah suka, jarak bukan halangan pun.

    ReplyDelete
  13. cinta jarak jauh kena jaga2 dengan penangan rindu, kadang2 boleh melalaikan ;D

    ReplyDelete
  14. semoga mendapat jodoh yang baik..=]

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum H.J...cinta jarak jauh ni mmg susah hanya orang yg betul2 memahami saja akan dpt mengharunginya dan berjaya hingga ke akhirnya...

    satu lg H.J nasihatkanlah kwn tu kalau tak suka baik ckp awal2 sebab makin lama ianya makin susah dan akan membawa keparahan hati....bagitahu yg sebenarnya apa masalah yg kwn H.J x dpt menerima die...jgnlah buat hati orang tertunggu2....kesiankan perempuan hatinya lembut ...:)

    ReplyDelete
  16. ehehe.. jauh dan dekat bukan penghalang kan.. ada jodo x ke mana.. ramai juga kwn2 saya kat sabah ni yang dah kawin ngan kwn2 semenanjung... ok ja pu..

    p/s: saya setuju dgn mama maszul.. kalau kwn tu tak suka baik bagitau pempuan tu trus trg kan.. jgn asyik tersengih2 je. Kesian.. kang parah, pengajian luar negara tak tak abis plak kerana cinta.. kesian kat mak bapak gadis tu.. ehe

    ReplyDelete
  17. haippp !.. awk jgn curang ngn bolat ! wahaha

    ReplyDelete
  18. jarak mmg satu halangan bg sesetengah org..tp kata org juga byk kelebihannya..bergantung pada pasangan tu mcmna nak hadapi..mudah2an dpt diselesaikan dgn bijaksana~ =)

    ReplyDelete
  19. amboi nak tolak kat ko eh hihi
    Hanie pun dr negeri di bawah bayu..untung husband dia hoho
    aku borneo, untung bf aku dpt aku **tetibe** haha

    ReplyDelete
  20. kwn ko tue pown msti ade hati ckit2 kt gurl tue kan..

    ReplyDelete
  21. amboi terus terang je la kat kwn tu ckp nak ppuan tu..;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-