:: Selamat tinggal DELL::

8 comments
Gua memang nekad dan juga tekad untuk study sehabis parah dalam 2 3 hari ni. sebab gua sedar yang guwa skang ni berada di last2 minit exam. tapi tak lah seminit betul. setakat sehari dua lagi. guwa memang tekad dan sememangnya juga nekad. korang jangan pusing kepala hotak korang jadi naked pula...itu salah korang la...haha


korang tahu tak apa yang aku nekad sangat tu..? yang aku nekad tu pasal laptop aku ni. aku sudah tekad yang aku nak tutup laptop ni buat sementara untuk aku melalui highway exam. memang aku akan off selagi aku termampu. korang bayanglah...dekat 2 minggu jugak aku exam ni..tak tahu la gelora nafsu untuk mengadap laptop ni dapat aku belai menjadi jinak ke tak. haha..bia jadi jinak dengan tua dia sikit.


keputusan ni memang muktamad. aku sudah dapat detect apa pasal aku tak leh nk tutup laptop, kalo nak tutup laptop tu rasa macam bersalah je. punca utama adalah aku nak torent seeding aku ni berjalan. ye la..nak tolong orang yang dok donlod ceramah2 agama. aku kesian jugak orang yang nak donlod ceramah pakai torent ni..haha..kalo korang tak paham peranan torent..lantak korang lah..aku nak xplain panjang2 bukan di sini tempatnya.. 


aku teringat first time aku beli laptop ni. alkisah dia lebih kurang macam ni la...

aku first time datang mesir memang tak bawa pom lappy. bajet memang nak beli kat sana la. sebab sebelom tu dalam kepala hotak aku dah ada imagine yang aku nak pakai pc yang bergrafik kad power gitu. serius. aku tunggu je duit pinjaman aku masuk untuk aku melabur dalam sektor perkomputeran ni. pelaburan jangka masa panjang.

tunggu punya tunggu...datanglah rezeki dok mencongak dalam akaun AR Rajhi. sebelom2 tu aku dah dok bincang sikit sebanyak nga roomate aku nak beli yang jenis macam mana. maklum la..aku tengok roomate aku tu nampak pro semacam je dalam bab perkomputeran ni. apa lagi. tempat aku mintak cadangan la tu. aku memang kesian sangat masa tu nga roomate aku kat tingkat bawah sebab aku asyik menodai pc dia je. aku tengok muka dia pom macam dia naik serabut je kat aku sebab asyik dok lepak bilik dia je. sampai tido pom sebilik dengan dia. sape tak bengang kan? buat macam bilik sendiri. tapi, aku tanya dia, dia neutral je. haha..cover kot sebab nak ambik hati aku.maklum la..aku kan junior dia..kena kasih mengasihi skit..tu sebab aku tergesa2 nak beli pc tu..

bincang punya bincang masalah pc ni memang masyuk la. aku time tu memang jahil tukey la pasal alam siber ni. maklum la..budak kampung. kenal mouse je. master aku yang merangkap roomate ni memang pro giler.. ada sekali tu teruja gile aku dgr dia cakap perbandinga antara laptop nga pc. pro dan kontranya. kurang dan lebihnya. timbang punya timbang, aku decide nak beli laptop. pasal apa? pasal aku tengok keadaan semasa memandangkan kalo aku beli pc sudah sah aku tak de tempat utk aku bermanja dengan pc aku. mesti pc aku jadi port utk diorang2 yang dok serumah nga aku tu main game. haha.. analisis yang bijak..

aku serah je keputusan beli laptop ni kat tangan roomate aku ni. nampak je kepakaran dia, memang aku tak bantah langsung dia cadang model laptop apa yang bagus utk aku. sekali tu dia bagi 3 jenis model utk aku timbang tara. first adalah jenama Allien, second jenama Dell dan yg last adalah jenama AsUS..

yang first tu awal2 lagi aku dah tolak sebab dah tau, kat Mesir time tu memang susah nak cari brand ni. maklum la..selepas Transformer menang ari time lawan kat Piramid, memang susah Allien nak landing kat sini. Skang ni cuma pilihan aku adalah DELL dan Asus. 

"mum pilih la nk DELL ko ASUS.." roomate aku bersuara.

" aku takpo belako ji gapo2 pom, mum raso molek wak mano?" aku memang macam ni kalo org tanya aku. bagi dia feel dulu. aku tak pandai nak memilih nih..

aku tengok roomate aku tu tarik muncung panjang. muka tak puas hati kot. dia belom tahu lg aku macam tu. susah nak bagi keputusan yang muktamad. padehal aku tau yang dia rasa macam bersalah pula kalo aku tak puas hati dengan keputusan dia..

" takpo ji..aku tak de hal..ikut la wak mano..asal mum raso molek.." aku menyakinkan roomate aku.haha..aku mempraktikkan sedikit ilmu psikologi dari fadilah kamsah. haha...

" um..ok kalu gituh..kita akat DELL...haha.." dia pulak yang suka terbahak2.aku pom naik heran jugak apa pasal dia pula yang suka...haha..

p/s: bersambung....

************

*** giler,,panjang giler citer ni..aku ingat kan sikit je aku nak tulis,,,alkisahnya aku kena tamat kat sini dulu..sebenarnya aku nak ucap selamat berhibernasi kat laptop DELL aku ni sampai lah aku habis exam...

ni la roomate gua..mmg macho.!!

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. JIJI YU yang gile neslo 2 ke?haha.

    molep kot DELL tu.hehe

    ReplyDelete
  2. muahhaa..gambar yang menggamit memori tol le...rindu ko aku ko mil..

    ReplyDelete
  3. huhuhu...nak tau ksah selanjutnyer... dramatik plak.. hihihi...

    ReplyDelete
  4. owh...dalam dilema ye dulu...akhirnya memelih juga si teruna nie....hahaha...teruna???(out of topik)hehehe

    ReplyDelete
  5. apa dah jadikkkk?

    hahahaha ! ;)

    ReplyDelete
  6. naseb bek dla faham psl torrent tu sbb dla download pun pkai torrent gakk..mmg salu on je lappy ni..

    ReplyDelete
  7. haha.

    eyqasara:tak sempat nak tulis lagi..exam belom habis..

    farhan: smua masih teruma sih..haha

    eliza: nak tahu tnya encik nesloo..

    dla: torent paka akaun gak ke??ke pkai yg free jek..haha

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia