Skip to main content

Posts

PERBAHARUI, 'RENEW' SSM SECARA 'ONLINE'

Bagi sesiapa yang ingin memperbaharui lesen perniagaan mereka yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , anda semua boleh perbaharuinya melalui portal EZBIZ . Tapi, untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna ezbiz, anda perlu daftar dan perlu aktifkan pendaftaran di kaunter SSM buat kali pertama. Bermakna, untuk penggunaan kali pertama, perlu juga ke kaunter SSM. Tidak senang dengan hanya duduk di rumah dan dapat pengaktifan secara automatik. Jadi, sekiranya anda perbaharui lesen di SSM, alang-alang dah pergi SSM, boleh daftar ezbiz. Selepas ini, atau tahun depan, dah tak perlu ke SSM untuk perbaharui lesen. Bayar secara online dan tekan butang print untuk print sijil SSM. Kat bawah adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk memperbaharui lesen SSM melalui portal ezbiz. Kalau terus ke laman web ezbiz pun ada sediakan manual untuk menerangkan langkah demi langkah untuk membantu pengguna menggunakan khidmat mereka. Masukkan username dan password yang telah didaftar

PENING KEPALA MENCARI TEMPAT PENGINAPAN KETIKA TRANSIT DI KLIA 2? CUBALAH TUNE HOTEL

Ini adalah pengalaman pertama aku bermalam di Tune Hotel yang terletak di KLIA 2. Disebabkan tidak ada penginapan yang dekat, murah dan mesra keluarga, jadi ini adalah pilihan terbaik yang ada. Walaupun masih dalam fasa PKP, Tune Hotels beroperasi seperti biasa. Jadi, jangan risau tentang penginapan ketika transit di KLIA 2 semasa PKP berlangsung. Masih mengekalkan tema merah putih tune hotel, air asia dan tune talk Harga untuk dua malam aku menginap disini  adalah RM 358. Mahal? Ya, mahal sedikit berbanding hotel bajet seperti OYO dan sebagainya. Tetapi disebabkan tidak ada persaingan dengan hotel lain, harga itu adalah harga yang terpaksa ditelan untuk mereka yang memilih untuk cepat dan mudah. Harga yang dibayar termasuk ubat untuk emosi dan mental yang cedera ketika memilih penginapan yang terbaik untuk bermalam. Susun atur yang menarik dan sesuai untuk transit Cepat dan mudah kerana dari lapangan terbang KLIA 2, kita tidak perlu berjalan meredah panas matahari mahupun hujan gerimi

KEDAI MAKAN DI KELANTAN : NASI KANDAR LORONG KUBUR, PASIR MAS

Semasa  PKP 2.0,  ada   mari  rasa  nak   makan  nasi  kandar .  Kebetulan   ada   lalu  di Facebook timeline  baru-baru   ini   tentang  Nasi  Kandar  Lorong  Kubur  di Kasar, Pasir Mas.     Menarik . Namanya  cukup   unik . Lorong  kubur .  Sisatan   awal   aku   dengan   membaca   komen-komen  netizen,  kedai   ini   uniknya  kerana  menjadikan   tapak   rumahnya   sebagai   premis   perniagaan .  Halaman  rumahnya   luas ,  rumahnya  juga  tersergam   besar  dan  indah .   D i s e b a b k a n   i t u ,   r u a n g   pa r k i r n y a   s e l e s a   d a n   t i d a k   b e r s e s a k   s e p e r t i   m a n a   k e d a i - k e d a i   l a i n   y a n g   r a m a i   p e l a n g g a n   t e t a p i   b e r a d a   d i   t e p i   j a l a n . Susah  parkir !   Uniknya   lagi   k edai   a dalah  pada  namanya   iaitu   lorong   kubur .  Memang   jalan   untuk   ke   kedai   atau   rumahnya   adalah   lorong   kubur  yang  sedikit   berhadapan   dengan  Masjid Kasar, Pasir Mas. Kalau k