Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..? Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je. Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza
melakar apa yang minda sering kusut