Skip to main content

Posts

Malaysia Masih Aman walau Minyak Naik 20 Sen

Malaysia kecoh lagi apabila harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen untuk RON 95 dan juga diesel. Tidak sampai seminggu aku meninggalkan Malaysia untuk berada di Madinah, nampaknya Perdana Menteri kita sudah berani menaikkan harga minyak. Ishhh.. memang tak patut langsung. Orang lain tak boleh diharapkan untuk mengekang PM daripada menaikkan harga minyak. Semua takut pada bik mama kah..? Heee.. Sebelum detik 12 tengah malam semalam, stesen minyak ibarat ada pesta makanan free bila semua orang beratur untuk mengisi minyak dengan full tank. Sehingga ada stesen minyak yang bertabrakan akibat amukan orang yang emosi apabila tiba turnnya minyak sudah habis. Bengang, sejam beratur boleh pula habis. 20 sen bukanlah suatu nilai yang sikit bila benda yang melibatkan suatu benda yang sudah menjadi keperluan asas penduduk di Malaysia. Minyak naik sebanyak 20 sen untuk satu liter, bayangkan yang setiap kali kita mengisi minyak, bukan kita isi sebanyak satu liter je, bahkan paling kurang pun 5

Gunners Tersenyum ; 2 Pemain Baru

ENTRY ARSENAL !! Gunner nampaknya boleh tersenyum gembira dengan berakhirnya jendela perpindahan untuk musim ini. Ramai yang mengharapkan Wenger dapat membawa masuk beberapa orang pemain star untuk membuka lebih peluang kepada Arsenal meraih piala dan kejuaraan pada musim ini dan ternyata ,Wenger pandai membuat debaran pada minit minit akhir. Tahniah kepada Pak Wenger. Berita yang membuatkan ramai fans Arsenal mengukir senyuman ketika bangkit daripada tidur pagi tadi. Arsenal berjaya mengikat kontrak dengan Mesut Ozil. Pemain kebangsaan German. Pemain yang seringkali menjadi idola oleh peminat bola yang beragama Islam kerana pemaindengan gaya islamik ketika berada di atas padang mahupun di luar. Katanya pembelian Ozil adalah rekod dalam sejarah Arsenal untuk pemain termahal yang pernah dibayar. Hmmm. boleh tahan Arsenal ni. Tak dapat trofi lagi musim ni memang tak tahu la. haha. Arsenal mengikat kontrak dengan Ozil untuk 5 tahun perkhidmatan. Perjalanan masih jauh wahai Ozil.

Arsenal Menang Tipis dengan Tottenham

Semalam menyaksikan satu lagi episod kegembiraan buat Arsenal kerana dapat menewaskan Tottenham yang mana merupakan pesaing sengit Arsenal pada musim lepas. Arsenal dapat menumpaskan Tottenham di laman sendiri dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan daripada Oliver Giroud. Sungguh epik dah mendebarkan kerana Tottenham bermain dengan baik pada babak separuh masa kedua. Epik dan debar pun, Arsenal dah menang dah kan..? haha Wenger nampaknya menurunkan skuad yang sama untuk match sebelum ini dengan kembalinya Koscielny bergandingan dengan Mertesacker sebagai center back. Jenkinson pertahanan sebelah kanan manakala Gibbs bertahan di sebelah kiri. Tengah pula dikuasai oleh Cazorla, Wilshere, Ramsey, Rosicky manakala penyerang pula adalah Giroud dan juga Walcott. Aku rasa Walcott lebih kepada wing dan hanya Giroud sebagai penyerang tunggal.Gawang gol pula dijaga dengan rapi oleh Shazwani. Percaturan yang agak baik oleh Wenger memandangkan percaturan ini keputusannya adalah kemena

Renew Passport / Perbaharui Passport

Ku menghitung hari, masa semakin berlalu. Rabu depan flight terbang ke Madinah. Tidak perlu gusar, masa tidak akan berhenti, ia akan tetap berdetik tanpa lelah. Menunggu akan membuatnya terasa lama. Hanya jalani masa sekarang dengan sebaiknya. Manfaatkan even bersorang ataupun berdua. Jauh mahupun dekat. Selesaikan apa yang patut. Utamakan yang penting. Before fly rabu depan, aku kena renew passport terlebih dahulu. Ni penting. Paling utama. Ikut takwim, passport aku akan expired jun 2014. Tak sampai setahun lagi. Nak selamat aku perlu renew. Boleh juga kalau aku nak renew passport dekat Saudi sana. Tapi, urusan kat sana melibatkan masa dan perjalanan yang jauh. Leceh dan akhirnya membuat kepala otak semakin stress. Elakkan kerja yang boleh bawa stress. Boleh buat jiwa kacau je kan? Hee. Plan aku nak pergi dekat wisma. Masa aku buat passport dulu pun kat situ. Kalau nasib baik, orang tak ramai. Tak lama  aku kena queue. Tapi hari ni, aku melencong ke simpang lain. Asalnya hanya nak

Even a smile

Syawal sedang berlalu. Ramadan sudah berlepas. Tidak dapat digapai, hanya mampu menunggu untuk datang lagi pada tahun hadapan. Hanya berdoa moga - moga kita panjang umur untuk menyambutnya nanti. Memang betul yang masa itu adalah suatu benda yang paling jauh. Berlalu ia, sama sekali tidak dapat diputar balik. Aku terpana sekejap apabila melihat TL twitter. Biasa, aku baca sepintas lalu je mana-mana twit dalam bahasa inggeris. Kali ini twit dia macam special. Ada gaya bahasa yang memukau dan isi yang padat untuk disampaikan membuat aku berulang kali membacanya. Ulang banyak kali tu sebab tak berapa nak faham je. Hee. Aku mengiyakan bila mana ia mengatakan sekeping gambar perempuan yang sedang tersenyum manis tu sudah boleh membuatkan kaum lelaki tidak senang suduk. Aku olah ayat aku sendiri je ni. Betul, kalau senyuman itu manis, lelaki yang tengok pasti akan terpana sekejap, mahu ditenungnya lama-lama. Itu normal, suka kepada perkara cantik. Kan? Tengok iklan tv kalau

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

3 syawal 1434 hijrah. Sudah berlalu Ramadan. Semacam tak ramai penduduk Malaysia menangisi kepergiannya. Perginya seakan dirai dengan mercun pelbagai bunyi. Boleh jadi semacam Malaysia ini medan pertempuran. Sini sana berbalas bedilan mercun. Tapi, tak kurang juga dengan bedilan pistol dengan 5 kes tembakan dan kematian pada 1 syawal. Kesian, mentaliti dan adat Melayu susah untuk diubah. Adat yang menyimpang tak perlu dikekalkan bukan? Adat yang tidak selari dengan tuntuan syariat perlu dilupuskan. Awal Islam lagi datangnya untuk menghapuskan adat arab jahilliyah yang menindas kaum wanita, adat yang bolehkan anak mengahwini bekas isteri ayah. Pelbagai. Banyak contoh. Bukti syaitan mula dilepaskan memang nyata sangat. Anak anak muda sudah tidak segan untuk kembali berfesyen dengan aurat yang terdedah. Jejaka jejaka yang macho sudah tidak malu hendak menghembus asap-asap putih. Dunhill mahal pun tetap jalan kerana ada John White sebagai alternatif. Jelas. Hari raya adalah hari merayak

10 Malam Terakhir

Masuk 10 terakhir Ramadan. Maybe kita dengar pasal ramadan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 malam awal dan pertengahan tu adalah fasa keampunan dan fasa rahmat. Fasa 10 terakhir adalah pelepasan dari api neraka. Ketahuilah yang benda tu disandarkan pada hadis Nabi pada awalnya, tapi..disepakati oleh alim ilmu hadis yang status hadis tu tidak cukup kuat untuk diriwayatkan dari Nabi jadi, bimbang takut-takut kita semua berdusta atas nama Nabi s.a.w. Jadi, elakkan.. kalau boleh jelaskan kepada yang belum tahu lagi. Ada juga hadis riwayat Bukhari yang menyuruh kita semua mencari malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Kita juga tahu yang bagaimana Rasulullah s.a.w memperbanyakkan iktikaf pada 10 terakhir Ramadan. Kita juga tahu yang mana isteri-isteri Nabi juga turut beriktikaf tetapi selepas selesainya suaminya beriktikaf dan sudah semestinya dengan izin suaminya. Kita juga tahu apa doa yang perlu diperbanyakkan bacaanya kalau pada malam seribu bulan melalui pertanyaan 'Aishah