Skip to main content

Posts

Budak Jahat? Siapa Salah?

Kecoh dekat laman media sosial tentang video seorang budak yang dikatakan ketua kelas dipukul beramai - ramai di sebuah sekolah. Facebook PDRM sendiri ada memuat naik video tersebut dan meminta mana mana saksi mahupun mangsa mahupun sesiapa yang mengetahui perkara tersebut menghubungi pihak polis untuk membantu mangsa. Sesiapa yang tengok video tu mesti akan merasa bengang, rasa marah, rasa geram, rasa menyampah dengan budak budak yang jadi pemukul dalam video tu. Manakan tidak, 3 lawan 1. First tu nampak la sorang budak siap dengan aksi tomoi, penyiku, penumbuk, kaki, lutut semua dia bagi kat budak yang lengkap beruniform sekolah. Kesian tengok budak tu, siap dengan beg sekolah lagi tu. Dibuat macam punch bag je. Tapi, baca komen facebook.. diorang kata budak ni kuat juga... 3 orang bantai dia, dia tak tumbang pun. Kalau lawan satu sama satu mungkin advance budak tu lagi la. Cara jantan la tu.. Tak tahu la apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Masih bersekolah yang ta

Celoteh West Brom vs Arsenal

Nampaknya game Liga Inggeris bermain lebih awal sekarang dan ini bermakna peminat bola sepak liga inggeris di Malaysia tidak perlu mendera mata kuyu mereka untuk menonton perlawanan pada lewat malam lagi. Game Arsenal dan West Brom pada awal malam ni ye. Maybe orang bujang nampak masih di awal malam, orang dah berkahwin mungkin ala - ala lewat. Kita perlukan team kita untuk menang kesemua 8 lagi baki perlawanan. Kita perlu menang untuk mendaki di puncak liga biarpun bayangan kedudukan no satu tu sudah tidak kelihatan. Paling puncak sudah runtuh. Paling kurang kita perlu duduk di tempat ketiga ataupun keempat untuk melayakkan kita merebut piala UCL pada musim depan. "Sudah sudah la Arsenal, sembang kosong je.." haha.. tu para haters Arsenal. Biarkan diorang. Kita tumpukan match kita malam nanti. Nampak yang performance player Arsenal sedikit up sekarang ni dengan menangnya kita ke atas Reading biar pun kita tidak layak untuk mara diperingkat UCL. Gervinho yang aku sel

Sabar Lagi

Dalam selama kita menanti sesuatu, kita akan terasa lama dari detik kepada detik yang seterusnya. Bila tiba saat waktu itu, pernah tak kita terlintas yang penantian kita selama ni tidak lah selama mana yang kita fikirkan ? Sedarkah kita yang penantian itu adalah sesuatu yang sangat berat untuk ditanggung biarpun waktu yang perlu ditunggu sekitar sejam hingga ke dua jam. Penantian itu suatu penyesakaan. Zahir dan batin. Pernah dengar bukan? Tak percaya? Cuba tunggu queue untuk cucuk duit dekat atm. Satu barisan yang dalam 9-10 orang beratur untuk mengambil duit, dan kita adalah orang yang ke 11. Terasa lamakah akan terasa untuk sampai saat kita mengambil duit dari mesin atm tersebut. Tak lama..? Sebentar sahaja..? Memang orang itu seorang yang penyabar. Salute untuk orang yang macam tu. See, hidup kita tak dapat lari daripada perbuatan sabar. Sabar dan terus sabar. Kalau diikutkan, semua kita nak cepat je. Tak nak lambat, tak nak menunggu. Tak nak jadi orang yang last. Semua ki

:D

Kelas tafsir hari ni berjalan macam biasa. Hari ni lain sikit tempat aku duduk dalam kelas. Kebiasaannya aku duduk sebelah tepi kanan kelas. Rapat sangat dengan dinding. Bukan apa. Untuk mendapat network. Hari ni aku berganjak sedikit. Kali ni kebahagian kiri kelas dan terkebelakang sikit. Hari ni aku lewat sikit, arab laju je nak duduk situ, nak network juga la tu. Lecturer aku mula mengambil kedatangan. Tiba nama aku dipanggil, " Muhammad Hafizin..." aku angkat tangan seraya berkata, "Haadhirr..". Lect macam menoleh ke kanan kelas untuk mencari aku. Tapi tak ada. Bila nampak aku kat belakang, dia merungut sesuatu. Tapi aku tak berapa nak dengar sangat. Aku biarkan aja. Rupanya network kat tempat baru aku ni lagi kuat signalnya. 2 orang budak arab sebelah kiri aku masing masing dengan handphone. Dari awal kelas sampai akhir kelas. Sorang tu iphone kat tangan, satu lagi bb atas meja. Tak cukup satu. Sebelah kanan aku pun sama. 2 orang dengan phone, dari awa

Usah Dipendam Rasa Itu

Ada seorang lelaki ni minat dengan seorang gadis. Sudah lama dia memendam rasa suka dia tu. Tapi dia tak luah kan. Dia hanya biarkan perasaan itu bersoal sendiri. Menjawab sendiri. Dia buntu dan juga dilema. Mahu diluah atau pun tidak. Dia risau, jika diluah.. apakah perempuan tadi akan menerimanya. Kalau menerima... dia gembira, suka sangat. Jika direject.. dia tak tahu apakah dia dapat menerima kenyataan itu. Dia tak sanggup nak hadapi hakikat. Persoalan itu dibiarkan berlegar, dia dengan aku ada jodoh ke tak ye..? Dia bertanya kepada seorang  yang alim. Biarpun orang alim itu tidak lagi berkahwin, lelaki tadi cuba untuk meminta pandangan dan pendapat. " Jika tidak diluahkan, macam mana kita boleh tahu kita dengan dia ada jodoh ke tak. Bagitahu dahulu. Kena berani. Kalau dia tolak, mungkin kita boleh kata kita tak ada jodoh dengan dia, boleh cuba untuk mencari orang lain". ringkas sahaja jawapan orang alim tadi. Ada betulnya. Sampai bila kita nak memendam rasa.

Langkah Pertama

Sampainya kita ke destinasi yang jauh itu tak dapat tidak kena dimulakan dengan langkah pertama. First step kalau bahasa mat salleh nya. Mat salleh tak semestinya dia orang soleh ye.  So, sesuatu perjalanan yang jauh dan tibanya kita ke destinasi yang dituju itu dengan adanya first step. Bermulanya first step ini bermakna bermulalah satu adventure yang kadang kala kita sendiri tidak menyedarinya. Kita tidak sedar yang kita dalam adventure. Jeng.. jeng.. jeng.. Sama juga hal ketikanya kita untuk menggapai apa jua matlamat yang kita idamkan dan juga inginkan. Nak itu. Nak ini. Tapi, setakat nak je.. usaha tak ada. Nak kawin je.. isteri tak nak cari, kerja malas. Habuk juga kan..? Nak berjaya, nak cemerlang, nak lulus dalam pelajaran... studynya tidak... tidur je lebih... kelas jarang - jarang je pergi.. apa kesudahan nya? Sama - sama sudah tahu jawapannya. Kalau tak gagal, teruk juga la keputusannya. Tapi, pergi kelas jarang - jarang tu pergi juga.. Kira first step la tuu.. Ye..

Nilai Dahulu

Aku asyik dengan satu kisah dalam facebook yang dikongsi oleh seorang rakan. Nampak Islamik. Ye.. memang Islamik sangat. Kisah berkisarkan tentang “ Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w”. Kita sebagai pengikut setia agama yang dibawa oleh baginda mesti ingin mengetahui hal – hal yang berkaitan dengan baginda. Tambahan pula benda – benda yang sebegini rupa yang jarang didengari oleh telinga kita sendiri. Ke mana perginya air mandian jenazah? Tidakkah otak kita akan terus tertarik dengan tajuk ini? Kisah yang dibawakan itu tidak terlalu panjang. Mungkin boleh dikongsikan di sini. Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut. Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah meli

Kalah itu Sudah Adat

Fan Man Utd tengah sedih, tengah marah, tengah kecewa, tengah sayu. Mungkin bukan rezeki Man Utd untuk menjulang trofi Champion League musim ini. Nampaknya team Man Utd bukan lah team terkuat di Eropah untuk musim ini. Hanya propaganda je lebih. Haha. ( tengah provoke) Harap fan Man Utd terus bersabar dan teguh di atas landasan yang betul. Mungkin ada yang tak puas hati dengan refree semalam. Tindakan ref salah. Ye, aku pun rasa begitu. Tindakan refree melayangkan kad merah kepada Nani adalah seakan kejam dan nampak memihak kepada Real Madrid. Tapi, siapa tahu... akal pertimbangan ref masa tu sedang keliru. Mungkin orang kata ref dibayar Real Madrid. Mungkin orang kata ref itu tidak adil. Tapi, keputusan ref sudah tetap, dah ref adalah raja di atas padang. Say No... silap - silap sekali dengan orang tu dapat kad. Haha Game malam tadi memang best. Serious. Ada fight la. Man Utd pun nampak leading awal dengan hasil pertolongan Ramos. Game laju. Giggs pun nampak cergas sangat. Ga

Min Ainal Bilad

Kelas tafsir tadi memang sedikit mencuit hati. Aku pun hairan. Biasanya syeikh tu serius je bila mengajar. Selalu punctual. 10 minit pelajar masuk selepas kelas bermula akan dikira tidak hadir. Bagi alasan tak diterima, MC tak ambil. Nak settle pergi cakap dengan pihak pentadbiran kuliah. Settle dekat sana. "Aku hanya menjalankan tugas je, ikut apa itu peraturan diberikan kepada aku." Aku rasa sedikit terhibur dengan syeikh punya sikap macam ni. Budak - budak Saudi memang dah maklum dah, kalau kelas last, selalu je ada 4 5 orang pergi cakap dengan syeikh, bagi alasan yang tak boleh diterima akal.. nak balik awal. Minta keuzuran katanya. Rumah jauh.. nanti sampai lambat, mak dah tunggu nak makan lunch sama-sama. Hampeh..tak pandai langsung budak Saudi ni buat alasan.  Kelas tafsir ni memang kelas last biasanya. Tadi ada dua tiga orang yang minta keuzuran, nak balik.. tapi nak suruh syeikh tadi tanda yang dirinya hadir. Hampeh. Kerja nak senang je. Saudi takut sangat k