Aku asyik dengan satu kisah dalam facebook yang dikongsi
oleh seorang rakan. Nampak Islamik. Ye.. memang Islamik sangat. Kisah
berkisarkan tentang “ Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w”.
Kita sebagai pengikut setia agama yang dibawa oleh baginda mesti ingin
mengetahui hal – hal yang berkaitan dengan baginda. Tambahan pula benda – benda
yang sebegini rupa yang jarang didengari oleh telinga kita sendiri. Ke mana
perginya air mandian jenazah? Tidakkah otak kita akan terus tertarik dengan
tajuk ini?
Kisah yang dibawakan itu tidak terlalu panjang. Mungkin
boleh dikongsikan di sini.
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli
Sya'rawi Rahimahullah
Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.
Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".
Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".
Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.
~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Jelas ia menceritakan bagaimana seorang ulama terkenal di
Mesir datang ke dalam mimpi seorang manusia yang lain bersama – sama dengan
Nabi s.a.w. untuk memberi jawapan tentang misteri ke mana perginya air mandian
jenazah Rasulullah s.a.w. Jika difikir oleh akal yang pendek, senang sahaja
kita percaya. Air itu menyejat dan diturunkan menjadi hujan dan tempat turun
hujan tadi akan berdirinya rumah – rumah Allah iaitu masjid yang akan dibina
oleh manusia.
Beringatlah dengan benda – benda yang seumpama ini. Ia
adalaha benda – benda yang ghaib. Ia adalah racun kepada agama kita sendiri. Benda
ini adalah benda yang terlalu dalam untuk difikirkan dan tidak ada mana – mana
hadis yang menceritakan hal seumpama ini mahupun yang dikongsikan oleh para
sahabat Nabi s.a.w ataupun para salafusoleh tentang air mandian jenazah Nabi
Muhammad s.a.w.
Cerita itu sendiri belum tentu sahih. Mungkin ada pihak yang
tidak bertanggungjawab menggunakan nama Syeikh Mutawalli yang merupakan ulama
besar Mesir. Ketahui juga yang mimpi itu tidak boleh menjadi hujah kepada agama
Islam. Apatah lagi untuk membicarakan soal Nabi yang kita pun tidak sempat
bersama – sama dengan nya.
Memang benar yang Nabi boleh datang ke dalam mimpi kita.
Tapi, ingat… syaitan dapat menyerupai sesiapa sahaja kecuali Nabi s.a.w. Syaitan juga boleh datang ke dalam mimpi kita dan mendakwa dia
adalah Nabi Muhammad s.a.w. Dapatkah kita membezakan ketika itu sama ada yang
datang itu adalah Nabi atau pun syaitan sedangkan kita tak pernah pun melihat
wajah suci baginda dan tidak tahu bagaimana bentuk gambaran Nabi Muhammad
s.a.w? Apakah kita yakin?
Cuma sama – sama kita fikir, tiada dalam Al Quran, tiada
dalam hadis, tiada pun kata – kata sahabat dan para salaf mahupun ulama’
selepas itu. Benda sebegini jangan dibuat main – main. Ramai orang awam yang
mudah tertipu. Biasanya kerja – kerja sebegini dibuat oleh puak – puak syiah
dan juga sufi yang melampaui batas. Mereka terlalu taksub. Mereka terlalu
membenci.
Bila dapat benda macam tu. Kita fikir sekejap. Kita tidak berlebihan
dan juga tidak berkurangan dalam hal agama. Kita tidak lebih dalam mengikuti
Nabi Muhammad s.a.w seperti sesetengah kaum sehingga mengangkat Nabi Muhammad
s.a.w itu adalah setaraf dengan Allah. Perlu disembah. Nabi tahu perkara –
perkara ghaib. Kita juga tidak mencela Nabi Muhammad s.a.w seperti mana puak –
puak Syiah yang mengatakan Jibril silap orang ketika menghantar wahyu.
Kita berada di pertengahan seperti mana yang Nabi kita
suruh. Kita kaji, cari sumber, tanya orang yang berilmu. Jangan terlampau
ghairah untuk berkongsi tanpa mengkaji dahulu. Pergi tekan butang ‘share’ untuk
dikongsi dengan friend – friend kita tanpa kita pastikan ia adalah betul –
betul sahih. Satu butang share telah mendapat satu saham untuk kita walaupun
kita sendiri yang tak pastinya ia adalah betul. Nak selamat? Periksa la dulu
betul atau tak? Hehe
tak paham. maksudnye?mimpi tu tak betul lah?
ReplyDeletesebab itu kte kene pegang kuat2 al-quran wa hadis supaya kte dpt kaji betul2..yg mane sahih,dhaif..
ReplyDelete