Kelas tafsir hari ni berjalan macam biasa. Hari ni lain sikit tempat aku duduk dalam kelas. Kebiasaannya aku duduk sebelah tepi kanan kelas. Rapat sangat dengan dinding. Bukan apa. Untuk mendapat network. Hari ni aku berganjak sedikit. Kali ni kebahagian kiri kelas dan terkebelakang sikit. Hari ni aku lewat sikit, arab laju je nak duduk situ, nak network juga la tu.
Lecturer aku mula mengambil kedatangan. Tiba nama aku dipanggil, " Muhammad Hafizin..." aku angkat tangan seraya berkata, "Haadhirr..". Lect macam menoleh ke kanan kelas untuk mencari aku. Tapi tak ada. Bila nampak aku kat belakang, dia merungut sesuatu. Tapi aku tak berapa nak dengar sangat. Aku biarkan aja.
Rupanya network kat tempat baru aku ni lagi kuat signalnya. 2 orang budak arab sebelah kiri aku masing masing dengan handphone. Dari awal kelas sampai akhir kelas. Sorang tu iphone kat tangan, satu lagi bb atas meja. Tak cukup satu. Sebelah kanan aku pun sama. 2 orang dengan phone, dari awal hingga akhir kelas, masing masing asyik dengan phone blackberak. Depan aku tab. Yang ni tak berapa nak sure dari awal sampai habis ke tak. Belakang aku dinding. Tak de sape - sape. Macam polis kan aku..? haha
Aku tahu, gatal je tangan aku nak picit phone juga. Walaupun samsung cikai, rasa juga nak try sent whatsapp. Tapi, tak boleh.. So, aku focus je dalam class tadi. Kelas tafsir, lect tadi nampak dah putus asa nak tegur budak - budak arab dengan phone ni. Dah habis cara dah dia tegur.
Hari ni tafsir ayat 86 sampai ayat 90 surah Al - An'am. Dalam ayat itu disebutkan nama - nama nabi. Ada 18 nama yang disebut kesemuanya dalam ayat tu. Dalam quran, hanya 25 nama sahaja yang disebut sebagai nama - nama Nabi Allah. Lect menerangkan yang keturunan nabi tidak keluar dari jalur keturunan Nabi Ibrahim alaihisalam ataupun Nuh alaihisalam. Dan rasul yang paling awal adalah Nabi Nuh yang diutuskan oleh Allah. Haaa,, mesti ada je kan yang anggap Nabi Adam a.s tu adalah rasul yang paling awal sebab dia adalah nabi yang terawal.. hehe
eh kau dh kahwin ke ?
ReplyDeletehamboi-hamboi kemain lg bebudak zmn skang asik dgn phone je.. online lettew =P
ReplyDeleteehem ehem.. dah ade ISTERI ek HJ skang ??? =P
Apa yg lecturer rungut kan ek? Hehehe
ReplyDeleteOoo dah nikah ke? Patut la akak lama x dgr berita HJ
haha.
ReplyDeletebagus-bagus.
jangan keluarkan phone masa dalam kelas! haha
:D
aik dh kawen? nmpk sgt la sy lama sgt x singgah sini hehe
ReplyDeletedah nikoh ko??
ReplyDeleteIsteri ? Senyap2 je ehh.. Tunjuk la sket isteri ko tu jgn nk kedekut sgt :p
ReplyDeletehoi.berani kau kawen tak ajak
ReplyDeleteterharu isteri mung..
ReplyDelete