Skip to main content

Posts

Perpisahan

Pertemuan dan perpisahan sudah semacam tidak dapat dipisahkan. Bahkan sebagai satu pasangan yang sangat secocok dan sepadah. Ianya sudah menjadi fitrah. Sudah menjadi aturan kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Cuma masa yang menentukan sama ada cepat atau pun lambat. Bukan setakat berpisah jarak, bahkan berpisah tempat. Dari satu alam ke alam yang lain. Sesungguhnya perpisahan itu amat perit jika sepanjang pertemuan itu diisikan dengan rasa kasih dan sayang. Jika sepanjang pertemuan itu disemai dengan bibit - bibit keharmonian. Namun, jika sudah tiba masanya... perit itu kita kena telan. Hanya kenangan yang tinggal dan ianya mengajar kita apa itu erti kasih sayang. Tidak kah bila kita berpisah, kita akan lebih merasai apa itu rasa sayang tika dalam pertemuan? ** to future wife (FA) , we will stick to gether till jannah. :) insya allah

Hadis 5

Sabtu pagi bersamaan 4 Februari merupakan kelas Hadis pertama untuk sem ini. Hadis 5 lebih tepat. Bermakna sudah empat sem subject hadis aku belajar dan hadis lima adalah subject terakhir hadis. Boleh dikatakan yang semua lecturer mengajar subject hadis ni adalah baik - baik dan friendly dengan pelajar. Nada suara yang lembut dan gaya pengajaran yang memberi kesan. Pintu kelas 109 dibuka. Kelihatan seorang orang tua dipimpin oleh seorang pemuda memasuki kelas. Di tangannya kelihatan tongkat. Perlahan dia berjalan dengan sebelah tangannya dipimpin oleh pemuda tadi. Nampak keletihan. Ditariknya perlahan kerusi, dan dia duduk sambil bersandar. Senyap seketika. Dalam 5 minit. Hanya kedengaran deruan nafasnya. Tenang setiap tarik dan hembusan, tapi kuat bunyinya. Dia memakai cermin mata. Bulat dan tebal kantanya. Aku mengintai anak mata dia di balik kanta tebal itu, ternyata gagal. Kanta itu silau dek cahaya lampu dalam kelas. Lebih kurang lima minit, kelas sepi tanpa bunyi. "

Peraturan Baru

Awal February. Masih lagi dingin dan kesejukan. Seminggu yang lepas, mentari sudah perlahan mengganas dengan bahangnya. Tapi, minggu ini awan kembali memayungi bumi Madinah. Angin pula lembut menyulam si bayu. Nampaknya Saudi masih di dalam winter. Winter tanpa salju. Aman dan nyaman. Kehidupan minggu ini sudah berubah. Bukan lagi macam dua tiga minggu yang lepas. Minggu ini class sudah berjalan. 21 jam dalam seminggu perlu ditempuhi dalam minggu – minggu yang akan mendatang. Bulan May adalah pengakhiran untuk sem ini. Lamakah..? Jika dihitung memang lama, begitulah kata orang ramai.  Sem baru, peraturan baru. Selalu je macam tu dekat Islamic university of Medina. Sem ni nampaknya peraturan baru lebih memberi tekanan kepada pelajar – pelajar Saudi sendiri. Kereta sudah tidak dibenarkan untuk parking di dalam kawasan university. Relevankah? Kalau tanya aku, memang sangat relevan la.. Kenapa? Sebab, kalau budak Saudi bawa kereta ni.. memang boleh kata jin l

Nacho Monreal untuk Arsenal

  ENTRY ARSENAL!! Fans Arsenal mesti dah tahu pasal pembelian yang dibuat oleh Wenger pada minit - minit last sebelum pintu jual beli pemain untuk January ditutup. Pembelian pemain dari Malaga iaitu Nacho Monreal, berumur 26 tahun dengan kontrak selama 4 tahun setengah. Yuran perpindahan sebanyak 8.3 Juta Euro dengan gaji 50K Euro seminggu. Nacho, nama dah nak dekat dengan macho.. nasib baik tuan pun macho. Nacho bermain sebagai pertahanan kiri dan ini merupakan berita baik buat Arsenal kerana Kieran Gibbs telah pun injured untuk tempoh 4 hingga 6 minggu semasa menentang Liverpool. Satu pembelian yang berbaloi di kala fan mempertikaikan keupayaan Santos untuk mengawal benteng pertahanan di sebelah kiri. Wenger hanya membawa masuk seorang pemain dan aku rasa ianya tidak dapat membawa impak yang begitu besar. Paling tidak pun dapat berada di tempat keempat liga. Wenger tidak mengambil dia untuk plan jangka masa panjang memandangkan umurnya sudah menjangkau 26 tahun. Ianya se

BlackBerry 10

Budak gadget kecoh dengan keluaran produk baru BlackBerry 10 yang nampak ada kelainan berbanding peranti BB sebelum ni. Budak gadget yang anti BB terus je cakap, "Blackberak dah keluar yang baru la, funtion sama je tu..BB Messenger. Budak - budak minat bola kecoh dengan big match malam ni, Barca vs Real Madrid dan Arsenal v Liverpool. Semuanya ada peminat masing - masing. Memang begitu fitrahnya bukan.? Setiap kita ada minat dan dalam ramai - ramai manusia kat bumi ni, tak pernah ada sepakat semuanya kaum ini untuk minat pada sesuatu benda je. Contoh, pernah ke dengar yang semua manusia dari seluruh benua ni sepakat menyokong pasukan Man Utd.? Pernah..? Tak pernah. Mesti ada je hater Man Utd. Tak tahu pun apa salah Man Utd tiba - tiba ada haters. Haha.  Hatta benda - benda yang nampak jijik pun ada yang minat lagi. Bukan jijik sikit, memang jijik sejijiknya, contohnya najis. Tapi ada je puak - puak sana yang siap buat program Fear Factor lagi untuk makan benda jijik ni. T

Sampai Bila Harus Begini

Bila tibanya sem baru ni acap kali juga aku dengar cakap-cakap orang di sekeliling aku, "sem ni kena belajar baik - baik ". " Sem ni kena study awal, nanti nak exam tak kalut." " Sem ni tak boleh banyak main, nanti masa exam jadi blur.", dan pelbagai lagi ayat yang sama maksudnya..iaitu untuk study dengan baik, tak nak main - main lagi, nak study awal - awal bukannya di saat akhir. Aku bila dengar orang cakap macam tu, laju je aku menyampuk.. " Eh, okay...sem ni kita belajar baik - baik.. tapi esok tidur dulu, awal lagi.." pastu sama - samalah gelak berdekah - dekah. Bukan apa, orang yang kata mahupun orang yang menyampuk tu tahu sangat macam mana bila dengar ayat tu. Mulut dan hati tu nak sangat study awal, study baik - baik tapi.. nak buat tu berat semacam. Andai kata malam ni kata macam tu, esok pagi mesti lupa. Kadang - kadang ada yang tertidur sampai ada missed class untuk yang awal pagi. Tak salah nak berazam macam tu, lagi bagus d

New Sem

Pejam celik. Pejam celik. Berkelip - kelip kelopak mata. Tak perasan yang hampir 3 tahun aku belajar di Madinah. Hanya tinggal setahun setengah lagi berbaki untuk menghabiskan study dan seterusnya mendapat segulung ijazah dalam course Syariah Islamiah. Minta - minta dipermudahkan semuanya. Bukan mudah untuk menghabiskan masa empat tahun biarpun ada sesetengah orang kata yang ianya hanya sekejap. Sememangnya ada pahit dan manis dalam mengharunginya. Kalau diikutkan aku tak nak pergi Madinah, hanya nak stay kat Egypt.. mungkin sekarang aku dah grad, bekerja macam orang lain. Mula menggapai impian. Mula mencipta identiti diri. Tapi, diri kita diberi pilihan dan kita ada kuasa untuk membuat pilihan. Itu hanyalah KALAU, sejenis permainan otak yang dicucuk bius oleh syaitan. Alhamdulillah kerana semua subject sem lepas semuanya lulus. Tak ada subject sem lepas yang perlu diulang ambil semula. Perjalanan sudah berada di suku penamat. Penamat yang ditetapkan oleh peraturan universit