Skip to main content

Posts

Jangan Pandang Mudah

Jangan mudah mengucapkan lafaz cinta jika diri ini masih belum bersedia untuk mencintai orang itu dengan sepenuh hati. Jangan mudah melafazkan rasa sayang jika diri ini masih belum yakin dapat memberi kasih sayang yang sempurna buat si dia. Sesungguhnya kata cinta itu ada seribu erti buat seseorang. Seribu erti yang amat susah untuk dirungkai. Jangan dibiarkan bibir ini ringan menyebut kata setia jika diri ini masih lagi galak bermain ayat dengan perempuan lain. Jangan. Jangan dan jangan sesekali. Semua itu seronok pada zahirnya. Ya.. memang seronok. Merasakan diri ini hot dan disayangi oleh ramai orang. Tapi... tahukah kita yang adanya orang yang merana di balik keseronokan kita itu..? Zalim. Usah diberi pengharapan yang menggunung jika diri ini masih lagi tidak yakin untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah keluarga. Usah bermimpi untuk 'test market' di pasaran Facebook mahu pun Twitter. Sesungguhnya, market kita ini akan sentiasa laku. Sentiasa laku kerana manusia meni

wordless wednesday

aku suka rabu sebab esok dah cuti.. hehe **love you too.. haha

Pemain Pinjaman Arsenal untuk Januari

 ENTRY ARSENAL!! Lama tak dengar cerita pasal Arsenal kan..? Terbaru Arsenal menang 2-0 dalam liga baru-baru ni. Ni yang buat ada semangat sikit nak update pasal Arsenal. Walaupun dua - dua gol sumbangan daripada penalti Arteta. Tapi okay dan layan je. Janji menang. Aku hanya tengok goal Arteta je. Tak dapat nak download highlight untuk tengok perfomance Wilshere yang dikatakan telah meningkat mendadak sejak sembuh daripada kecederaannya. Aku pun tak tahu sampai mana tahap mendadak tu. Kalau boleh challenge Messi tu memang over mendadak sangat. Terbaru, Arsenal sudah mengesahkan kehadiran Thiery Henry untuk Januari nanti sebagai pemain pinjaman dan sudah pun dijanjikan yang Henry akan bermain untuk piala FA pada 6 Januari nanti menentang Swansea. Welcome home legend. Haha. Mesti rindu je kan dengan sentuhan Henry memandangkan tak banyak goal yang Arsenal dapat buat musim ni. Plan asalnya Wenger nak Henry ni kekal sampai akhir musim ni. Tapi, kelab Henry tu macam tak bagi

Kita

Teringat sewaktu zaman remaja. Usia dalam belasan tahun. Hingus baru sahaja mengering. Muka semakin matang. Bulu roma nampak nipis di bahagian antara bibir dan hidung. Penggayaan rambut seringkali diambil berat. Alangkah malangnya, bersekolah di sekolah yang hanya menerima kaum Adam sebagai penuntnya. Tidak mungkin aku ingin bergelar gay. Jauh sesekali. Jiwa lelaki memberontak. Tak ada lelaki yang bertudung dalam sekolah ini. Amat mustahil. Lagi malang yang ianya wajib menetap di asrama. Sepenuh masa. Mendidik untuk menahan gelora nafsu buas demi sebuah naskhah yang penuh mukjizat.  Bangun pagi, aku tengok kau.. kau tengok aku.. Kita sama - sama ada misai. Ada janggut. Senyum. Aku senyum sebab engkau ada setompok tumpahan cecair yang sudah mengering berwarna keputih - putihan. Apakah itu..? "Panggg..." bunyi rotan dihempap di pintu kayu dorm. Bingit telinga. Mata membuntang. Wajah bengis warden terpampang bersama jelingan yang tajam dilemparkan. Tanpa sebarang tu

Desperate Man

Salam Jumaat dari bumi Madinah. Cuaca yang agak kedinginan. Angin sipi-sipi memasuki ruang bilik melalui celahan pintu dan tingkap. Alangkah nyaman. Alangkah indah jika dihayati nikmat tuhan ini. " Nikmat Tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan..? " Alangkah indah bagi orang - orang yang berkelapangan jika pagi Jumaat ini dihiasi dengan membaca surah Kahfi. Besar manfaatnya. Mungkin bukan pada pandangan kasar. Susah bukan jika tidak nampak ganjarannya dengan biji mata kita sendiri..? Susah untuk memotivasikan diri kita sendiri. Itulah hikmahnya. Ingat, janji Allah sentiasa benar dan hakiki. Lelaki desperate. Susah kan jika wanita dapat lelaki yang macam ni. Lelaki yang sangat sangat dan sangat teruja dengan pasangannya. Mungkin tidak ada erti atau maksud sebenar. Tapi, jelas bagaimana keadaannya. Mungkin juga lelaki jenis ini mudah untuk cemburu tanpa ada sebab yang konkrit. Sentiasa mahu memberikan perhatian buat pasangannya. Sentiasa mahu pasangannya memberi perha

Tubuh Kuat

Teringat... ada satu benda yang orang tersayang bagitau baru-baru ni. Petua untuk menjadi kuat. Dia nak sangat orang yang sayang dia ni menjadi kuat agar orang tu berterusan dapat menyayangi dia. Kemungkinan besar adalah begitu. Tak nak orang tu berhenti daripada menyayangi dia. Ibarat air sungai yang mengalir ke arah muara tanpa henti - henti. Entah bila penghujungnya.. Begitulah kasih sayang yang diperlukan dalam sesebuah perhubungan. Rasa kasih yang dicurah tanpa ada terdetik pun di hati untuk berhenti menyayangi orang yang disayanginya. Rasa sayang yang membuatkan orang itu turut ingin memberi rasa sayang yang lebih dari itu. ( sedikit keling kan.? ) Apa yang petua orang tersayang tu bagitau..? Dia pun cilok petua orang lain juga ni.. Haha Orang tersayang bagitau yang petua untuk menjadi kuat tu ada empat. First sekali yang ingin difokuskan di sini adalah selalu mandi. Ye... salah satu petua untuk menjadi seorang yang kuat tubuh badan mahu pun akal fikiran adalah dengan se

Hujan dan Air Mata

Embun pagi jernih kebasahan. Bersinar bila dipantul cahaya mentari. Perlahan - lahan akan hilang. Pagi Khamis. Alhamdulillah, masih lagi dapat bernafas.. masih lagi dapat menghirup udara - udara untuk memenuhi ruang paru - paru. Masih lagi dihidupkan dalam agama Islam. Satu nikmat yang paling agung sekali.. Bergelar seorang Muslim. Madinah sekali lagi disirami hujan. Rasa - rasanya dah 3x hujan turun sejak masuk musim sejuk ni. Hujan itu sejuk.. Hujan itu juga telah disinonimkan dengan berkat. Kerana itu lah kita digalakkan untuk berdoa bila tiap kali hujan turun. Antara masa mustajabnya doa. Kerana hujun yang turun itu boleh menyuburkan tanah dan seterusnya menumbuhkan benih - benih tumbuhan bersamanya - samanya akan mengeluarkan buah - buahan sebagai hasil. Berkat. Rezeki dari Allah. Ya Allah... sungguh hebat pentadbiran-Mu ya Allah. Hanya orang yang tertutup pintu hatinya yang tidak nampak kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha tiada tandingan. Mungkin sudah nampak dan jel