Kita

Teringat sewaktu zaman remaja. Usia dalam belasan tahun. Hingus baru sahaja mengering. Muka semakin matang. Bulu roma nampak nipis di bahagian antara bibir dan hidung. Penggayaan rambut seringkali diambil berat. Alangkah malangnya, bersekolah di sekolah yang hanya menerima kaum Adam sebagai penuntnya. Tidak mungkin aku ingin bergelar gay. Jauh sesekali.

Jiwa lelaki memberontak. Tak ada lelaki yang bertudung dalam sekolah ini. Amat mustahil. Lagi malang yang ianya wajib menetap di asrama. Sepenuh masa. Mendidik untuk menahan gelora nafsu buas demi sebuah naskhah yang penuh mukjizat. 

Bangun pagi, aku tengok kau.. kau tengok aku.. Kita sama - sama ada misai. Ada janggut. Senyum. Aku senyum sebab engkau ada setompok tumpahan cecair yang sudah mengering berwarna keputih - putihan. Apakah itu..?

"Panggg..." bunyi rotan dihempap di pintu kayu dorm. Bingit telinga. Mata membuntang. Wajah bengis warden terpampang bersama jelingan yang tajam dilemparkan. Tanpa sebarang tutur bicara. Dia berdiri tegap. Memandang setiap penghuni dorm. Seram dan menyeramkan.

 Automatik kaki ini bingkas melangkah.  Semacam sudah sebati dengan rotan dan jelingan warden tadi. Lekas bangun mengadap almari pakaian, dibuat - buat ingin menukar baju. Ada yang buat - buat mengambil tuala. " Hurmmm.. hari - hari taktik lama je... " hati ini bermonolog.

Warden tadi beralih ke bilik sebelah. Sekali lagi kedengaran. "Panggg..." aku tahu, mesti bingit budak yang katilnya dekat pintu. Warden sudah jauh mara ke hadapan. Bunyi rotan menghempap pintu semakin sayu kedengaran. Kau senyum. Aku pun turut tersenyum. Kedua kening diangkat. Badan rebah semula di atas katil. Masing - masing menyambung kembali mimpi yang belum tamat. Mungkin tiada penghujungnya.

Sungguh enak dibuai mimpi nampaknya bakal - bakal imam untuk sesebuah rumah tangga ini. Roh turut melayang entah ke mana. Aku turut terbuai sekali. Sungguh enak bila dinginnya pagi menyapa elus selimut yang sederhana tebal. Nyaman sekali. Nyaman yang bersifat menguji.

"Pappp.. Papp.." bunyi rotan singgah di betis yang gebu. Laju saraf bertindak menghantar impuls kepada otak dan otak diaktifkan dengan serta merta. Roh bergegas kembali kepada jasad. Mata membulat. Badan terus bangkit. Terasa pedihnya kulit betis ini. Nasib baik bulu betis ini lebat.

" Sekali saya datang kejut ni, bangun la.!! Takkan tiap - tiap hari nak makan rotan." tinggi suara warden tadi sambil tangannya laju memainkan peranan, menyebat saki-baki penghuni dorm. Paling kurang akan kena dua sebatan untuk setiap orang. Ada yang dipalunya dekat betis. Ada yang dekat punggung. Yang mana impuls lambat sedikit, mungkin sampai 4 sebatan.

"Tak serik - serik nampaknya penghuni dorm ni!!" warden mengomel sendirian.  Lintang - pukang penghuni dorm tadi mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air. Usah dicabar tahap kesabaran orang. Jangan sesekali.

Aku dan kau. Nampaknya kita bertemu lagi di kolah besar. Masing - masing dengan kain basahan. Di tangan sudah memegang baldi yang sederhana besar. Bersedia untuk mencebok air. Otak kata mandi. Tubuh kata sejuk. Otak masih lagi waras.

 Laju air disiram ke tubuh. Sejuk. Menggigil. Terasa pedih tempat dirotan tadi. Mungkin berdarah. Empat hingga lima kali disiram, tubuh sudah dapat membiasakan diri. Sabun sudah tersedia di bucu - bucu ruangan tempat kolah tadi. Sengaja ditinggal untuk kemudahan bersama. Satu sabun untuk satu 'batch'. Bergilir. Terukkah..?

"Allahu akbar...Allahu akbar.." muazin mula kamat. Suara masih lagi lembut. Mungkin junior. Nampaknya semua bergegas. Tidak mahu lagi membiarkan betis gebu ini menjadi mangsa.

**sebatan nampak dasyat sangat kan..?
**macam panjang pula entry kali ni. haha

Comments

  1. fuh nasib baik aku xpna dok asrama mse sek dlu.....
    hihihih

    ReplyDelete
  2. zaman sekolah dulu emmang best!! aku selalu kena denda sapu koridor and cuci toilet. sbb jahat sngt.heheh..

    tp xpe, at least aku tlg mak cik cleaner dpt pahale..hihihi..

    ReplyDelete
  3. dulu masa darjah 4-6 aku duduk hostel.
    bangun lewat n lewat pergi skolah.
    sampai kelas. warden panggil pergi bilik guru.
    kena rotan 5kali kat tapak tangan tetiap pagi.
    pedih
    T_____T

    ReplyDelete
  4. kalau kat asrama lelaki warden mmg garang kan. kat asrama akak pun bdk lelaki ada cite selalu kena sebat sbb lewat bangun. Tapi bagus sebenarnya.

    kat asrama prmpuan, takde gitu sbb semua bgn awal. Kalau ada yg lewat pun kwn2 sibuk kejut.

    mandi kolah? sejuk tu!

    ReplyDelete
  5. warden asrama lelaki memang mostly stok macam nak makan student je kan? hihi..

    ReplyDelete
  6. dok hostel mana dulu bos?

    hehehe.
    serupo la ngan warden kawe dulu.
    rotan betis gerak subuh hujung minggu.
    keh kelakar pulak, warden rotan je, terus kawan aku ni bersilat, ranpas rotan dari warden, pastu lepar..hahaha...

    teringat masa asrama dulu.

    ReplyDelete
  7. asrama perempuan pun ada mandi kolah jugak..hihi.. macam mana pun, pengalaman duduk asrama tak boleh di beli di mana2.

    ReplyDelete
  8. kenapa macam best sangat cite ni HJ? aiyooo..mana sambung manaaaaaaa???

    sabun tu tahan jugak ek satu batch pakai baru tukar... =.="

    ReplyDelete
  9. zaman skolah asrama gak best kan :D

    ReplyDelete
  10. memori hostel. aku ddk hostel time plkn je. acaner tuh ?

    ReplyDelete
  11. biase la lelaki,bgon warden kejot gune rotan ..tp y xthnnye..ble warden lelaki berani menjejakkan ke asrama perempuan..guna teknik y sama..fuh~~xtenang idop..hee..pengalaman2~~..xD

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum H.J...pengalaman yg best tu bila dok asrama ni...;)

    ReplyDelete
  13. masa skolah menengah tk dok asrama.. dok asrama best jugak.. rindu plak zaman2 dlu

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK