Skip to main content

Posts

Tips Menjaga Selipar di Tanah Haram

Dalam satu jemaah umrah yang berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah pasti akan ada seorang ataupun lebih yang mengeluh. Mengeluh? Ye, mungkin mengeluh. Paling tidak pun dalam hati.. Merintih sayu mengadu kepada Yang Esa. Kenapa? Ini adalah disebabkan oleh alas kaki mereka yang hilang. Kalau sekali hilang, mungkin boleh bersabar lagi. Keluar masjid, beli yang baru dalam perjalanan pulang ke hotel. Biasanya satu pasang dalam SR 10. Tapi, kalau tiap-tiap kali keluar masjid alas kaki ataupun selipar itu hilang, memang boleh bermain tarik tali dengan tahap kesabaran. Silap tarik, memang tak pergi masjid gamaknya!! Bagi yang berfikiran positif, mungkin dia menganggap itu sebagai ujian kepadanya sepanjang berada di Tanah Haram. Bersabar dan terus bersabar. Mungkin ada hikmah di dalamnya. Tidak mengapa habiskan duit untuk beli selipar. Selipar yang akan digunakan untuk pergi ke masjid. Menunaikan solat dalam mengadap Sang Pencipta. Ini mungkin ada bagusnya. Mungkin ada cara untuk men

Ramadhan di Madinah 2

Ini adalah Ramadhan aku yang ketujuh. Sudah 6 hari Ramadhan berlalu. Tinggal untuk muhasabah apakah enam hari yang lalu terisi dengan amalan-amalan soleh yang boleh menjadi teman kita di alam akhirat kelak. Setiap tahun hanya 30 hari yang dianugerahkan oleh Allah. Hari-hari yang mana amalan-amalan anak Adam akan dilipatkali gandakan. BERBUKA PUASA DI MADINAH Berbuka puasa di Madinah adalah tidak susah bagi orang bujang. Bahkan ia mungkin lebih seronok. Boleh dikatakan setiap tempat mesti ada menyediakan khemah untuk juadah berbuka puasa. Semuanya terpulang kepada kita untuk memilih tempat dan selera yang sesuai dengan kita Bagi jemaah umrah, berbuka puasa juga tidak menjadi masalah. Hampir di segenap ruang dan penjuru Masjid Nabawi disediakan tempat berbuka puasa. Bagi jemaah yang sudah sampai di Madinah pada bulan Ramadhan, gambaran suasana berbuka di Masjid Nabawi mesti meriah.  Terdapat pelbagai jenis dan ragam makhluk dari pelbagai negara di sana. suasana di perkarangan Ma

Ramadhan di Madinah

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kerana masih sempat diberikan masa oleh Allah di atas dunia ini untuk merasai Ramadhan. Kali ni berganda kesyukuran kerana dapat merasai Ramadhan kali kedua di tanah haram Rasulullah s.a.w. First Ramadhan adalah 3 tahun yang lalu. Ye..3 tahun berlalu. First day Ramadhan kat sini adalah hari Jumaat. Sehari awal berbanding Malaysia. Petang khamis tu macam dah nampak tanda - tanda yang malam tu akan terawih. Teropong anak bulan. So, awal - awal lagi dah prepare untuk pergi solat di Masjid Nabawi. Teruja katakan. Firasat yang mengatakan esoknya puasa memang terbukti. Chanel Radio terpasang di dalam kereta. Suara dalam radio, mungkin DJ nya bersemangat mengumumkan yang hari Jumaat adalah jatuhnya Ramadhan di Arab Saudi. Tengok pula update tweet daripada member-member dalam twitter. Jordan pun sama, puasa hari Jumaat. Ireland pun sama. Jumaat dah mula puasa. Malaysia je yang lewat sehari. TERAWIH Terawih kat sini tak pelik. Tiap-tiap malam confirm

takwim hijri takwim terbaik

Puasa dah nak hampir dah. Sama - sama kita doakan agar kita masih sempat untuk mengecapi kemanisan bulan Ramadhan tahun ini. Berazam agar Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas. Itu adalah tanda seorang Muslim yang terbaikkan? Tapi lain bagi aku kat sini. Menghitung Ramadhan tu samanya dengan menghitung final exam untuk shortsem.  Awal Ramadhan adalah permualaan untuk mula final exam. Okay la tu... tiap kali menghitung final exam... terhitung sekali dengan Ramadhan. Ini adalah disebabkan universiti aku menggunapakai takwim kalendar Hijri dalam pentadbirannya. Mungkin ada kelebihannya kerana menggunapakai sistem kalendar Hijri dalam pentadbirannya. Rasa-rasa aku, tak banyak negara yang menggunapakai takwim Hijri sebagai takwim rasmi pentadbiran diorang. Mungkin hanya Arab Saudi Mungkin aku patut rasa beruntung dan bertuah. Boleh merasainya. Daripada yang aku dapat tahu, universiti aku buka sepanjang masa sepanjang takwim Hijri kecuali 2 hari setiap minggu iait

dulu dan sekarang

Gambar yang ada kalimah arab. Mungkin ramai dah tahu perkataan yang basic dalam gambar kat atas tu. Sempena wordless.. tapi aku tak berapa nak wordless dalam entry ni.. Gambar kat atas tu first adalah perkataan Ramadhan yang kat tengah - tengah tu. Mesti korang dah tahu kan..? Tak tahu baik kena google translate..haha. Gambar sebelah kanan tu ada kalimah QADIIMA. Aku malas nak taip arab. Maksudnya adalah dulu. Yang belah kanan pulak adalah AL - AN bermaksud sekarang. Dengan itu, tafsir sendiri la gambar kat atas tu. Aku pun masih tak dapat nak tafsir dengan jelas gambar tu.. **hari ni last sekolah. nanti boleh jejalan di alam maya.. :D

kurma madinah

Kalau kat saudi, Madinah memang terkenal dengan banyak dan murahnya kurma. Pelbagai jenis kurma boleh didapati kat Madinah. Kalau ada yang datang umrah ataupun haji, dan ingin membeli kurma, aku syorkan untuk beli di Madinah berbanding di Mekah. Tak rugi kalau ikut apa yang aku syorkan. Percayalah. Sehingga kurma Nabi ataupun kurma Ajwah itu sendiri datangnya daripada Madinah. Setakat yang aku tahu, kurma paling mahal dan sedap pun adalah kurma Ajwah. Ajwah sendiri ada pelbagai jenis dan ada rate harganya yang tersendiri. Harga biasa untuk kurma Ajwah ni dalam SR 60-70. Bergantung kepada skill masing - masing untuk penawaran. Yang mulutnya manis dapatla murah sikit. Tu gred Ajwah yang standard. Sebulan sebelum Ramadhan biasanya harga kurma sedikit mahal. Stok tak banyak sehinggalah masuk bulan yang mana kurma ini membiak. Aku bukan nak buat iklan kurma kat sini. Haha. Cuma nak bagitau yang sekarang ni adalah musim kurma sedang berbuah kat Madinah. Kat universiti aku, kurma mula r

musibah yang besar

first sekali adalah tahniah kepada rakyat Mesir kerana Dr. Mursi secara sah sudah menjadi presiden Mesir. aku rasa rakyat Malaysia ramai je yang nak Dr. Mursi ni menang, tak nak anak buah si Hosni Mubarak memerintah Mesir. aku pun macam tu juga. nak tengok pembaharuan yang dibuat oleh Dr.Mursi. Hanya dapat memerhati daripada jauh. Mukadimah untuk entry hari Isnin. Hari minggu je dapat update satu entry untuk satu hari. Hari sekolah tak dapat buat pula. Nak kata busy tak de sangat. Aku pun baru perasan yang dkna ada dok canang-canang nama aku dalam entry dia dua hari lepas. Kalau korang nak tahu, aku dah tackle dkna tu..tapi dia yang jual mahal. Bajet. Haha Tak nak citer banyak pasal orang jual mahal. Tak de guna juga. Yang penting kita cari apa kelemahan kita sampai orang tak nak terima kita. Hehe. Dkna, tak ada orang yang perfect ada dunia ni. Memang manusia diciptakan macam tu. Mesti ada kelebihan dan kekurangan. Jangan pandang kekurangan je. Tak adil macam tu. Tapi, dalam tak