LELAKI ITU SAMA SAJA
- Get link
- X
- Other Apps
Soalan dan jawapan penting untuk perempuan memahami lelaki
Allah SWT sebut dalam al-Quran, 'وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى' Dan
bukanlah anak lelaki itu sama seperti anak perempuan.' [Ali-Imran:36]
1. Kenapa lelaki suka melihat perempuan?
Aljawab, kerana melihatnya dapat memuaskan nafsu. Seperti kucing suka melihat ikan, si lapar melihat makanan.
Firman Allah SWT:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَاتِ مِنَ ٱلنِّسَاءِ وَٱلْبَنِينَ
وَٱلْقَنَاطِيرِ ٱلْمُقَنْطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ
ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلأَنْعَامِ وَٱلْحَرْثِ ذٰلِكَ مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ
ٱلدُّنْيَا وَٱللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ ٱلْمَآبِ
'Dijadikan indah pada
(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan
hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Ali-Imran:14]
2. Apa lelaki mahu apabila melihat perempuan?
Aljawab, lelaki akan membayangkan tubuh badan perempuan tersebut, dari
lekuk ke lekuk dan tiap sisi yang dapat disentuh, diramas, dll.
Perempuan yang berjalan dihadapan lelaki ibarat ikan yang berjalan
dihadapan kucing. Tiada lain dalam fikiran kucing melainkan untuk
memakannya demikian si lelaki, tiada lain dalam fikirannya melainkan
untuk menyetubuhinya.
3. Kenapa lelaki suka menyetubuhi perempuan ?
Aljawab, itulah fitrah lelaki yang dijadikan tuhan agar merasa senang
untuk memeluk, menikmati tubuh perempuan sebagai salah satu keseronokan
duniawinya. Macam perempuan suka 'shopping' maka darab 100 kali
begitulah kesukaan lelaki kepada perempuan.
Nabi
Salallahualaihiwassalam bersabda, مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ
عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ 'Tidaklah aku tinggalkan selepasku
fitnah yang lebih memudharatkan lelaki selain perempuan'. [riwayat
al-Bukhari]
4. Apa yang harus perempuan lakukan ?
Firman Allah SWT, وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ 'Katakanlah kepada perempuan yang beriman agar
menundukan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka.'
[An-Nur:31]
Aljawab,
a. Mencegah lebih baik dari
berubat. Maka sebelum terlanjur kerana dinoda, tergoda dan digoda adalah
lebih baik bagi mana-mana muslimah yang ingin memelihara dirinya AGAR
'menyedari bahawa mana-mana lelaki bukan mahram yang ingin rapat atau
mahu menghampirinya BERMAKSUD mahu menyetubuhinya.'
Fikir macam tu dan hakikatnya memang begitu.
Walaupun dikhabarkan oleh sang lelaki bahawa niatnya 'Ikhlas', dia cuma
mendekati untuk berkawan, nak berkenalan, nak jadi sahabat, nak jadi
rakan seperjuangan, ingin berkongsi masalah dan mahu membantunya dalam
hal-hal sekian dan sekian.
b. Bersetubuh itu fitrah, maka
persiapkanlah diri untuk itu. Apabila telah sampai desakan fitrah untuk
itu maka carilah lelaki yang soleh, beragama dan genetiknya bagus sebab
persetubuhan bakal melahirkan keturunan/anak. Carilah bapa dan 'baka
anak' yang berpotensi jadi soleh dan baik.
Sebelum sampai
desakan itu, peliharalah diri sebaik-baiknya dari dapat disetubuhi atau
diraba/diramas oleh lelaki yang tidak halal kerana itu zina dan haram.
Janganlah jadi bodoh dan terpedaya konon lelaki itu nak berkawan, nak
berkenalan, nak menjalinkan ukhuwah Islamiyyah, jihadiyyah, Ibadiyyah,
harakiyyah dan pelbagai lagi iyyah.
c. Kalau ada yang meminang
sebelum sampai seruan/desakan. Lihat orangnya kalau bagus maka terima
saja sebab rezeki yang baik jarang datang dua kali setelah disia-siakan.
d. Tutup badan dan lindungi aurat dari menjadi santapan
percuma lelaki apabila keluar rumah. Sudahlah berdosa mendedahkan aurat
kemudian kita sengaja mengundang nafsu lelaki agar menghampiri kita bagi
memuaskan nafsu mereka.
Perempuan yang mendedahkan aurat tak
ubah bagaikan ayam 'togel' yang sengaja menari-nari dihadapan harimau.
Lelaki yang soleh ialah harimau jinak yang akan menundukkan pandangan
tetapi kalau perempuan terlalu menggoda maka harimau jinak pun boleh
tergoda !
5. Kotornya ustaz dok sebut bab2 bersetubuh ni.
Persetubuhan tak kotor, awak pun datang dari jalan tersebut. Al-Quran
sebut ayat bersetubuh banyak kali, ada hadith cerita 'details' hal
sebegini dan ia bukan taboo jika kena pada tempatnya.
Ia fitrah maka salurkan pada jalan yang halal !
Kata Urwah bin al-Zubair RA, petanda awal keburukan yg terdpt pd seorg perempuan ialah belanja utk menikahinya adalah mahal. [riwayat Ahmad]
:: Credit to Ustaz Emran Ahmad ( copy & paste )
***************************************************************************
Aku suka dengan status - status ustaz ni dekat fb. Ayat santai, bersahaja dan mudah faham apa yang hendak dimaksudkan. Tidak perlu berbelit belit dan berkias - kias. Tepat dan jelas. Haha. Tak semua lelaki itu sama eh..?? Haha. Terimalah lelaki.. memang betul pun apa yang ustaz tu sebut kat atas. Nak buat macam mana. Dah fitrah.. cuma kena bentengkan diri dengan sabar tu. Salurkan pada jalan yang halal. Tu je cara dia.
- Get link
- X
- Other Apps
malagnya perempuan sekarang ni lebih 'mengalakkan' lelaki menyentuh mereka
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan anda :)
ReplyDeletemasih ternginag-ngiang lg kata2 peringatan dr seorang sahabt. perempuan ni senang sgt nk dpt pahala, nak masuk syurga. tapi perempuanlah yg plg ramai dlm neraka. nauzubillah.
terima kasih atas peringatan anda :)
ReplyDeletemasih ternginag-ngiang lg kata2 peringatan dr seorang sahabt. perempuan ni senang sgt nk dpt pahala, nak masuk syurga. tapi perempuanlah yg plg ramai dlm neraka. nauzubillah.
budak engine? ape namanya?blanaj kt u mana? tahun ke berapa? mna la tau kot2 kenal kan :p
ReplyDelete