LELAKI ITU SAMA SAJA

Soalan dan jawapan penting untuk perempuan memahami lelaki

Allah SWT sebut dalam al-Quran, 'وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى' Dan bukanlah anak lelaki itu sama seperti anak perempuan.' [Ali-Imran:36]

1. Kenapa lelaki suka melihat perempuan?

Aljawab, kerana melihatnya dapat memuaskan nafsu. Seperti kucing suka melihat ikan, si lapar melihat makanan.

Firman Allah SWT:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَاتِ مِنَ ٱلنِّسَاءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَاطِيرِ ٱلْمُقَنْطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلأَنْعَامِ وَٱلْحَرْثِ ذٰلِكَ مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَٱللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ ٱلْمَآبِ
'Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Ali-Imran:14]

2. Apa lelaki mahu apabila melihat perempuan?

Aljawab, lelaki akan membayangkan tubuh badan perempuan tersebut, dari lekuk ke lekuk dan tiap sisi yang dapat disentuh, diramas, dll.

Perempuan yang berjalan dihadapan lelaki ibarat ikan yang berjalan dihadapan kucing. Tiada lain dalam fikiran kucing melainkan untuk memakannya demikian si lelaki, tiada lain dalam fikirannya melainkan untuk menyetubuhinya.

3. Kenapa lelaki suka menyetubuhi perempuan ?

Aljawab, itulah fitrah lelaki yang dijadikan tuhan agar merasa senang untuk memeluk, menikmati tubuh perempuan sebagai salah satu keseronokan duniawinya. Macam perempuan suka 'shopping' maka darab 100 kali begitulah kesukaan lelaki kepada perempuan.

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda, مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ 'Tidaklah aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih memudharatkan lelaki selain perempuan'. [riwayat al-Bukhari]

4. Apa yang harus perempuan lakukan ?

Firman Allah SWT, وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ 'Katakanlah kepada perempuan yang beriman agar menundukan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka.' [An-Nur:31]

Aljawab,

a. Mencegah lebih baik dari berubat. Maka sebelum terlanjur kerana dinoda, tergoda dan digoda adalah lebih baik bagi mana-mana muslimah yang ingin memelihara dirinya AGAR 'menyedari bahawa mana-mana lelaki bukan mahram yang ingin rapat atau mahu menghampirinya BERMAKSUD mahu menyetubuhinya.'

Fikir macam tu dan hakikatnya memang begitu.


Walaupun dikhabarkan oleh sang lelaki bahawa niatnya 'Ikhlas', dia cuma mendekati untuk berkawan, nak berkenalan, nak jadi sahabat, nak jadi rakan seperjuangan, ingin berkongsi masalah dan mahu membantunya dalam hal-hal sekian dan sekian.

b. Bersetubuh itu fitrah, maka persiapkanlah diri untuk itu. Apabila telah sampai desakan fitrah untuk itu maka carilah lelaki yang soleh, beragama dan genetiknya bagus sebab persetubuhan bakal melahirkan keturunan/anak. Carilah bapa dan 'baka anak' yang berpotensi jadi soleh dan baik.

Sebelum sampai desakan itu, peliharalah diri sebaik-baiknya dari dapat disetubuhi atau diraba/diramas oleh lelaki yang tidak halal kerana itu zina dan haram. Janganlah jadi bodoh dan terpedaya konon lelaki itu nak berkawan, nak berkenalan, nak menjalinkan ukhuwah Islamiyyah, jihadiyyah, Ibadiyyah, harakiyyah dan pelbagai lagi iyyah.

c. Kalau ada yang meminang sebelum sampai seruan/desakan. Lihat orangnya kalau bagus maka terima saja sebab rezeki yang baik jarang datang dua kali setelah disia-siakan.

d. Tutup badan dan lindungi aurat dari menjadi santapan percuma lelaki apabila keluar rumah. Sudahlah berdosa mendedahkan aurat kemudian kita sengaja mengundang nafsu lelaki agar menghampiri kita bagi memuaskan nafsu mereka.

Perempuan yang mendedahkan aurat tak ubah bagaikan ayam 'togel' yang sengaja menari-nari dihadapan harimau. Lelaki yang soleh ialah harimau jinak yang akan menundukkan pandangan tetapi kalau perempuan terlalu menggoda maka harimau jinak pun boleh tergoda !

5. Kotornya ustaz dok sebut bab2 bersetubuh ni. Persetubuhan tak kotor, awak pun datang dari jalan tersebut. Al-Quran sebut ayat bersetubuh banyak kali, ada hadith cerita 'details' hal sebegini dan ia bukan taboo jika kena pada tempatnya.

Ia fitrah maka salurkan pada jalan yang halal !
Kata Urwah bin al-Zubair RA, petanda awal keburukan yg terdpt pd seorg perempuan ialah belanja utk menikahinya adalah mahal. [riwayat Ahmad]
:: Credit to Ustaz Emran Ahmad ( copy & paste )
***************************************************************************
Aku suka dengan status - status ustaz ni dekat fb. Ayat santai, bersahaja dan mudah faham apa yang hendak dimaksudkan. Tidak perlu berbelit belit dan berkias - kias. Tepat dan jelas. Haha. Tak semua lelaki itu sama eh..?? Haha. Terimalah lelaki.. memang betul pun apa yang ustaz tu sebut kat atas. Nak buat macam mana. Dah fitrah.. cuma kena bentengkan diri dengan sabar tu. Salurkan pada jalan yang halal. Tu je cara dia.

Comments

  1. malagnya perempuan sekarang ni lebih 'mengalakkan' lelaki menyentuh mereka

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan anda :)

    masih ternginag-ngiang lg kata2 peringatan dr seorang sahabt. perempuan ni senang sgt nk dpt pahala, nak masuk syurga. tapi perempuanlah yg plg ramai dlm neraka. nauzubillah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan anda :)

    masih ternginag-ngiang lg kata2 peringatan dr seorang sahabt. perempuan ni senang sgt nk dpt pahala, nak masuk syurga. tapi perempuanlah yg plg ramai dlm neraka. nauzubillah.

    ReplyDelete
  4. budak engine? ape namanya?blanaj kt u mana? tahun ke berapa? mna la tau kot2 kenal kan :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK